Pelajaran 5 *23–29 Julai Berbahagialah Engkau, Hai Israel!

23 SABAT PETANG     

Bacaan Untuk Pelajaran Minggu Ini: Imamat 9; 10:1–11; Ulangan 33:26–29; 1 Samuel 1; 15:22, 23; Wahyu 20:9.     

Ayat Hafalan: “Celakalah mereka yang menyebutkan kejahatan itu baik dan kebaikan itu jahat, yang mengubah kegelapan menjadi terang dan terang menjadi kegelapan, yang mengubah pahit menjadi manis, dan manis menjadi pahit. Celakalah mereka yang memandang dirinya bijaksana, yang menganggap dirinya!” (Yesaya 5:20, 21).

Dalam budaya yang menumpukan kepada keperibadian individu, adalah mudah untuk melupakan apa yang sepatutnya sentiasa menjadi titik permulaan kepada semua perbaktian: perbuatan Tuhan dalam sejarah. Perbaktian yang tulen seharusnya respons yang muncul dari hati seorang Kristian kepada perbuatan agung Tuhan, baik dalam Penciptaan dan juga dalam Penebusan (sekali lagi, tujuan dalam perkhabaran malaikat pertama). Perbaktian sejati seharusnya datang dari respons kita kepada kasih Tuhan dan seharusnya membawa kesan kepada setiap ruang kehidupan kita. Pada akhirnya, perbaktian sejati bukan sekadar apa yang kita lakukan pada hari Sabat; ia seharusnya menyerap di seluruh ruang kehidupan kita dan bukan di dalam gereja sahaja.

                Khususnya dalam keinginan kita untuk menjadi relevan, adalah sangat mudah untuk mengubah tumpuan perbaktian kita hanya kepada dri kita sendiri, kepada keperluan, keinginan dan kemahuan kita. Walaupun kebaktian itu secara peribadi seharusnya sesuatu yang memuaskan, bahayanya datang dari cara kita berusaha mengalami kepuasan itu. Hanya dalam Tuhan, hanya dalam Dia yang telah mencipta dan menebus kita maka kita boleh mendapat kepuasan sebenar, seberapa yang mungkin diperolehi dalam dunia yang berdosa dan telah jatuh.

                Minggu ini kita akan mempelajari lebih lanjut kepada beberapa pelajaran mengenai perbaktian sejati yang kita boleh pelajari daripada sejarah bangsa Israel, sama ada daripada perkara baik yang telah berlaku dan juga dari perkara yang tidak baik.

      *Sila kaji pelajaran minggu ini untuk persediaan Sabat, 30 Julai.

AHAD       24 Julai

     

Pentahbisan      

            Tujuh hari masa pentahbisan telah berlalu (sila lihat Imamat 8). Pada hari ke lapan para imam memasuki pelayanan mereka yang kudus dalam khemah suci. Mereka akan memulakan satu pekerjaan yang akan bertersuan (bukan tanpa gangguan) selama 1,400 tahun, satu pekerjaan yang membayangi terlebih dahulu pekerjaan Kristus dalam sanktuari di Syurga, sanktuari sebenar yang Kristus sekarang melayani bagi pihak kita.

Sila baca Imamat 9. Apakah unsur yang mucul di sini, yang mengajar kita tentang perbaktian? Iaitu, apakah kebenaran yang di ajar oleh pelbagai bentuk ritual yang membantu kita memahami pekerjaan Tuhan untuk umat manusia dan mengapa kita menyembah Dia? Sebagai contoh, apakah yang diajar kepada kita oleh pekerjaan “pendamaian” tentang apa yang Tuhan telah lakukan untuk kita dan mengapa kita menyembah Dia?

            Ayat 22–24 secara khusus adalah menarik. Sukar untuk membayangkan apa yang telah berkisar dalam minda dan hati Musa dan Harun semasa mereka memasuki rumah suci lalu keluar hanya untuk melihat “kemuliaan Tuhan” muncul di hadapan semua khalayak ramai. Walaupun ayat itu tidak mengatakan secara khusus apa sebenar yang telah berlaku, namunterdapat banyak orang di sekitar perkhemahan ketika itu dan bagi mereka semua mereka yang menyaksikannya bermakna ia semestinya suatu yang menakjubkan. Mungkin kemuliaan itu dinyatakan oleh apa yang terjadi seterusnya: “Dan keluarlah api dari hadapan TUHAN, lalu menghanguskan korban bakaran dan segala lemak di atas mezbah. Tatkala seluruh bangsa itu melihatnya, bersorak-sorailah mereka, lalu sujud menyembah” (Imamat 9:24).

            Khemah Suci sudah ditahbiskan dan para Imam ditahbiskan kepada pelayanan kebaktian yang kudus. Api suci turun sebagai tanda bahawa korban persembahan itu sudah diterima. Umat itu menyahut serentak – dengan sorakan pujian dan tunduk menyembah dalam kerendahan diri di hadapan hadirat Tuhan yang kudus. Apa yang kita lihat di sini merupakan satu penghormatan yang tinggi, perasaan kagum, dan penurutan; setiap perincian dari perintah Tuhan itu dituruti, dan Tuhan menunjukkan penerimaanNya kepada apa yang mereka telah lakukan.

Perhatikan tindakan mereka: mereka bersorak-sorai dan tunduk menyembah. Betapa sungguhnya sekalipun seluruh upacara itu, namun reaksi mereka adalah suatu yang penuh hormat, sukacita dan rasa takut-semua pada masa yang sama. Bagaimanakah kita dapat menyatakan jenis penghormatan dan sukacita yang sama ini dalam upcara kebaktian kita sendiri?

 

ISNIN        25 Julai

Api Datang Di Hadapan Tuhan

            “Dengan dibantu oleh anak-anaknya yang lelaki, Harun mempersembahkan korban yang dituntut oleh Tuhan dan dia mengangkat tangannya serta memberkati bangsa itu. Semua telah dilakukan seperti yang diperintahkan oleh Tuhan dan Dia telah menerima korban itu serta menyatakan kemuliaanNya dalam cara yang menakjubkan; api turun dari Tuhan dan menghanguskan korban persembahan yang di atas mezbah. Umat itu melihat kepada pernyataan indah tentang kuasa Ilahi ini dengan terpegun dan minat yang mendalam. Mereka melihat di dalamnya satu tanda mengenai kemuliaan dan kebaikan Tuhan dan mereka menyuarakan satu seruan pujian dan penyembahan menyeluruh sambil mereka tunduk menyembah seolah-olah mereka berada benar-benar di hadapan Yahweh.”—Ellen G. White, Patriarchs and Prophets, ms. 359.               

            Adalah sukar untuk mempercayai bahawa setelah suatu peristiwa yang sangat dramatik berlaku maka satu kejatuhan yang dahsyat akan serta merta menyusul. Seseorang mungkin berpendapat bahawa dengan pernyataan kuasa Tuhan yang sangat hebat itu maka semua bangsa, terutamanya para imam (kuhsusnya para imam yang terhormat seperti mereka ini) akan pasti menjadi penurut. Betapa aibnya kita dalam keserbakurangan andaian tentang betapa buruknya hati manusia, khususnya hati kita!

Sila baca cerita mengenai Nadab dan Abihu dalam Imamat 10:1–11. Siapakah mereka ini? Apakah dosa mereka? (Bandingkan Keluaran 30:9, Imamat 16:12, 10:9). Selepas apa yang baru berlaku dalam fasal sebelum ini, apakah unsur-unsur nyata yang terdapat dalam cara mereka mati? Apakah pelajaran Injil penting yang boleh kita ambil dari cerita yang menyedihkan ini?

            Kata-kata Ibrani dalam Imamat 9:24 dan 10:2 adalah sama: “Dan  keluarlah api dari hadapan TUHAN, lalu menghanguskan” . . . (9:24). Menghanguskan apa? Dalam hal yang pertama ia menghanguskan korban persembahan; bagi hal yang kedua ialah orang berdosa. Betapa suatu paparan berkuasa tentang rencana keselamatan. Ketika di Salib, “api dari hadapan Tuhan,” iaitu murka Tuhan telah “menghanguskan” persembahan, iaitu Yesus. Dengan demikian, semua mereka yang meletakkan imannya dalam Dia tidak perlu lagi berhadapan dengan api kerana seorang pengganti telah lakukan hal itu untuk mereka. Namun mereka, yang sama seperti para imam ini, yang telah menolak cara Tuhan dan melakukan cara sendiri  akan berhadapan dengan api tersebut (Wahyu 20:9). Kemuliaan yang telah dinyatakan di Salib adalah juga kemuliaan yang sama yang akhirnya akan memusnahkan dosa. Betapa nyata dan jelas pilihan yang berada di hadapan kita.

            Dalam pengertian lain, jika anda memikirkannya, api adalah api. Apakah bezanya? Jelas sekali bahawa dalam hal ini dalam hal ini perbezaannya adalah besar. Sila fikirkan bukan sahaja cara anda berbakti tetapi mengenai kehidupan anda secara umum. Jika ada, apakah “api ganjil” yang mungkin anda perlu padamkan dalam kehidupan anda?

 

SELASA    26 Julai

Berbahagialah Engkau, Hai Israel

            Sila gambarkan babak tersebut: Musa, hamba yang setia, ditegur oleh Tuhan kerana kemarahannya, berdiri di hadapan bangsa Israel (Bilangan 20:8–12).

            Selepas itu, Musa menyedari bahawa tidak lama lagi dia akan mati. Betapa mudah baginya untuk bergelumang dalam rasa kesal diri dan kekecewaan. Namun begitu, fikirannya hanyalah untuk umatnya dan masa depan yang mereka akan hadapi. Ketika berdiri kali terakhir di hadapan umat itu sebagai pemimpin mereka, Musa di bawah inspirasi Roh Kudus melafazkan berkat kepada setiap suku. Lalu dia mengakhiri dengan doa perestuan.

Sila baca Ulangan 33:26–29. Apakah yang Musa sedang katakan di sini yang boleh membantu kita lebih memahami apa maknya untuk menyembah Tuhan? Apakah kebenaran, apakah prinsip yang boleh kita serapkan sementara kita berusaha mempelajari lebih banyka mengenai perbaktian yang sejati?

            Perkataan Yeshurun merupakan satu istilah puisi bagi Israle (sila lihat Ulangan 33:5, 26). Ia berasal dari kata dasar (yashar) yang bererti “jujur” atau “tegak,” bukan sekadar secara fizikal tetapi juga secara moral. Ayub disebutkan (Ayub 1:1) sebagai “saleh dan jujur” (dari perkataan yashar); lihat juga Mazmur 32:11, 97:11, dan  Amsal 15:8. Oleh yang demikian, Musa sedang berbicara mengenai bagaimana umat Tuhan dengan sesuai bertingkahlaku sebenarnya, iaitu mereka yang sudah memasuki ke dalam satu perjanjian perhubungan dengan Dia.

            Sebagaimana selalunya, tumpuan utama di sini ialah terhadap tindakan Tuhan bagi pihak umatNya. Semua perkara yang akan terjadi ke atas Israel – kemenangan ke atas musuh, keselamatan fizikal, keselamatan dari dosa dan buah-buah dari tanah itu – adalah milik mereka kerana apa yang Tuhan telah lakukan untuk mereka. Betapa pentingnya bagi mereka untuk tidak melupakan kebenaran yang penting ini. Di antara banyak perkara yang perbaktian boleh lakukan untuk kita ialah bahawa ia boleh menjadi peringatan tetap terhadap apa yang “Tuhan bagi orang Yesyurun” telah lakukan untuk kita. Pujian, penyembahan dan pemujaan – boleh membantu kita dalam jangka panjang untuk sentiasa menumpukan kepada Tuhan dan bukan kepada diri kita sendiri dan masalah kita.

            Fikirkan mengenai semua alasan untuk anda dalam memberikan pujian dan beribadah kepada Tuhan. Mengapakah sangat penting untuk sentiasa mengingati semua berkat-berkat, semua yang Dia telah lakukan bagi pihak anda sepanjang masa? Jika tidak demikian, seberapa mudahkan anda boleh terperangkap dalam keputusasaan?

RABU        27 Julai

Satu Sifat Berserah

            Dalam Alkitab, ibadah itu merupakan satu urusan yang serius. Ia bukan satu hal yang berkaitan dengan citarasa peribadi dan bukan juga suatu hal yang berkaitan dengan hal-gal seseorang atau mengikuti kecenderungan seseorang. Walaupun selalunya terdapat bahaya terjatuh ke dalam ritual mati dan tradisi yang menjadi matlamat kendiri dan bukan alat untuk mencapai matlamat itu – dan bahawa matlamat tersebut ialah penyembahan sejati kepada Tuhan dalam cara yang akan mengubah kehidupan kita dan membawa keadaan kita sesuai dengan kehendak dan tabiatNya (Galatia 4:19)-kita harus berhati-hati agar tidak membiarkan peninggian diri sendiri, kepuasan yang bersifat dosa serta keinginan memuliakan diri untuk menentukan cara kita beribadah.

            Kini kita melompat beberapa tahun kemudian dalam sejarah bangsa Israel dan membaca satu cerita sederhana yang boleh membantu menerangkan kepada kita bagaimana perbaktian sebenar itu boleh dinyatakan dalam hati jiwa yang bertaubat.    

Sila baca 1 Samuel 1, sebuah cerita mengenai Hana. Apakah yang kita boleh pelajari dari pengalamannya yang boleh menolong kita memahami makna ibadah dan cara kita seharusnya beribadah kepada Tuhan?

            Sejauhmana sekalipun kita mesti ingat bahawa Tuhan sendiri seharusnya menjadi tumpuan penyembahan kita, namun kita tidak menyembah Tuhan dalam vakum (keadaan kosong). Kita tidak menyembah suatu mahkluk abstrak yang berada terlalu jauh; kita menyembah Tuhan yang telah mencipta dan menebus kita dan yang berinteraksi dengan hal ehwal manusia. Kita menyembah Tuhan yang berperibadi yang turut campur tangan dalam hal kehidupan kita dengan cara yang paling intim, cara yang boleh menolong kita dengan keperluan kita yang paling mendalam jika kita membiarkan Dia berbuat demikian.

            Hana menyembah Tuhan dari rongga jiwanya yang paling dalam. Dalam pengertian lain, kita adalah sama dengan Hana. Kita semua mempunyai keperluan yang paling dirasai dan mendalam yang kita sendiri tidak dapat memenuhinya. Hana telah datang kepada Tuhan dalam sifat penyerahan diri yang sepenuhnya (Kerana, berapakah besarnya penyerahan diri yang seseroang boleh temukan selain daripada orang yang rela menyerahkan anak sendiri?). Kita boleh dan seharusnya datang kepada Tuhan dengan keperluan kita; tetapi kita harus sentiasa membuat keperluan kita itu lebih rendah daripada panggilan Tuhan dalam hidup kita. Perbaktian sejati harus mengalir dari hati yang lebur, yang sedar sepenuhnya tentang ketidakberdayaan sendiri dan kebergantungan kepada Tuhan.

Apakah tempat-tempat dalam diri anda yang telah remuk? Bagaimanakah anda boleh belajar untuk menyerahkannya kepada Tuhan?

KHAMIS            28 Julai

Ibadah dan Penurutan

            “Tetapi jawab Samuel: ‘Apakah TUHAN itu berkenan kepada korban bakaran dan korban sembelihan sama seperti kepada mendengarkan suara TUHAN? Sesungguhnya, mendengarkan lebih baik dari pada korban sembelihan, memperhatikan lebih baik dari pada lemak domba-domba jantan. Sebab pendurhakaan adalah sama seperti dosa bertenung dan kedegilan adalah sama seperti menyembah berhala dan terafim. Karena engkau telah menolak firman TUHAN, maka Ia telah menolak engkau sebagai raja” (1 Sam. 15:22, 23).

Sila baca petikan ayat di atas. Apa prinsip penting yang boleh kita ambil dari ayat ini tentang apa yang merupakan suatu penyembahan yang benar? Tentang apakah yang kita diingatkan olehnya? Bagaimanakah kita  What does it warn us against? Bagaimanakah kita boleh memastikan bahawa kita tidak melanggar amaran yang diberikan kepada kita oleh ayat ini?

                Ayat-ayat tersebut terungkap dalam konteks kejatuhan dan kemurtadan Saul yang berterusan, raja Israel yang pertama. Saul seharusnya menyerang dan memusnahkan sepenuhnya (istilah Ibrani bererti “didedikasikan untuk kehancuran”) setiap orang dan setiap ternakan. Tuhan bercadang menggunakan Israel untuk membawa penghukuman ke atas bangsa yang jahat, iaitu bangsa Amalik yang dalam belas kasihannya telah dibiarkan selama tiga abad. Di sebalik arahan-arahan nyata tentang apa yang harus dilakukan, secara terbuka Saluh mengingkari (1 Samuel 15:1–21), dan sekarang dia akan menerima akibat daripada tindakannya. Jawapan Samuel kepada Saul dalam ayat 22 dan 23 menolong kita memahami apa makna ibadah sejati itu sebenarnya.

  1. Tuhan lebih inginkan hati kita daripada persembahan kita. (Jika Dia benar-benar memiliki hati kita, maka persembahan itu akan menyusul.)
  2. Penurutan itu lebih menyenangkan kepadaNya daripada korban. (Penurutan adalah cara kita untuk menunjukkan makna pada korban persembahan itu sebenarnya.)
  3. Kedegilan, berkeras untuk mengikuti cara sendiri merupakan suatu bentuk berhala kerana kita mendewakan diri kita sendiri, keinginan dan pandangan kita.

            Biarkan Roh Kudus berbisik ke dalam hati anda sementara anda bertanya pada pada diri sendiri soalan berikut” Ruang manakah dalam kehidupan saya maka saya mungkin memilih untuk menuruti keinginan dan pandangan saya sendiri dan bukan membiarkan Tuhan memimpin saya? Apakah penerapan yang saya boleh lakukan kepada ibadah saya dari contoh Saul dan anggapannya yang membahayakan?

JUMAAT 29 Julai

Kajian Selanjutnya: Sila baca Ellen G. White, “The Sin of Nadab and Abibu,” ms. 359–362; “The Presumption of Saul,” ms. 616–626, dalam Patriarchs and Prophets.

            “Tuhan telah melafazkan kutuk ke atas orang yang membelakangkan perintah-perintahNya, dan tidak membezakan antara hal-hal biasa dan hal-hal kudus.”—Ellen G. White, Patriarchs and Prophets, ms. 360.

            “Anggapan [Saul] yang membahayakan harus dikaitkan dengan sihir kesyaitanan. Saul telah menunjukkan semangat jitu dalam membenteras penyembahan berhala dan ilmu sihir; namun dalam keingkarannya terhadap perintah Ilahi maka dia telah digerakkan oleh semangat menentang yang sama kepada Tuhan dan sebenarnya telah didorong oleh Syaitan sama seperti halnya dengan mereka yang mempraktikkan ilmu sihir; apabila ditegur maka dia telah menambahkan kedegilan kepada pemberontakan. Penghinaan yang diberikannya terhadap Roh Tuhan adalah yang lebih besar daripada seandainya secara terbuka dia bersatu dengan penyembah berhala.”—Ellen G. White, Patriarchs and Prophets, ms. 635.

Soalan Perbincangan:

  1. Menagakah sangat penting dalam perbaktian untuk benar-benar membuat Kristus sebagai pusatnya? Betapapun halus caranya, apakah lagi hal-hal lain yang muncul dan mengalihkan tumpuan kita daripada Tuhan ketika kita sedang berbakti? Dalam cara apakah kemungkinan kita berada dalam bahaya ketika menggunakan Tuhan atau nama Tuhan dalam pujian dan nyanyian sebagai sekadar satu alasan untuk suatu kebaktian yang berlainan?
  2. Apakah cara yang kita boleh bersifat  hipokrit dalam perbaktian? Iaitu, apakah yang ia katakan tentang diri kita apabila kita berada di luar gereja itu sendiri kelakuan kita berlainan dan apabila berada di dalam gereja kita penuh dengan pujian, pemujaan dan ibadah? Walaupun tiada di antara kita yang sempurna, bukankah cara hiudp kita harus berkaitan dengan cara ibadah yang kita amalkan? Menyedihkan bahawa sesetengah orang pergi ke gereja, “berbakti,” lalu pulang dan mendera suami/isteri dan anak-anak mereka atau terlibat dalam tingkah laku yang tidak baik. Bagaimanakah amalan seumpama ini menghina perbaktian kita?
  3. Sila kembali kepada ayat hafalan untuk minggu ini dan serapkannya dalam konteks kebaktian. Bagaimanakah kita dapat pastikan bahawa kita tidak melakukan apa yang kita diingatkan mengenainya di sini?
  4. Bagaimanakah anda boleh pelajari dengan lebih baik “seni” kebaktian dan “seni” menyerahkan diri kepada Tuhan? Bagaimanakah anda boleh belajar untuk membawa diri lebih dekat kepada Tuhan  dalam masa peribadi dan perbaktian anda?

 

Ringkasan Pelajaran

Ayat Utama: Yesaya 5:20, 21

Pelajar Akan:

Mengetahui: Mengenalpasti perbezaan di antara perbaktian yang berpusat pada diri sendiri dan perbaktian yang berpusat pada Tuhan.

Merasakan: Memupuk sifat menyerah diri dan penurutan dalam perbaktian.

Melakukan: Tunduk kepada kehendak dan cara Tuhan dan bukan mengganti tuntutanNya dengan idea dan cara kita.

 

Garis Panduan Pembelajaran:

I. Mengetahui: Perbaktian Yang Berpusat Pada Tuhan

  1. Mengapakah sangat penting untuk mengenali cara Tuhan membezakan di antara hal yang kudus dan hal yang umum?
  2. Apakah contoh dalam Kitab Suci yang menerangkan akibat dalam menggantikan tuntutan Tuhan dalam hal perbaktian dengan cara dan gaya kita sendiri?
  3. Mengapakah langkah-langkah drastik yang Tuhan ambil terhadap Nadab dan Abihu sangat penting pada ketika ini dalam pembangunan konsep perbaktian bangsa Israel?
  4. Mengapakah Tuhan menolak kepimpinan Saul dan menarik balik kerajaan itu daripadanya?

II. Merasakan: Penurutan Di Sebalik Korban Persembahan

  1. Bagaimanakah tingkah laku Hana dalam perbaktian berbeza dengan tingkah laku Saul? (Sila lihat  1 Samuel 1 dan 1 Samuel 15.)
  2. Bagaimanakah tabiat Nadab dan Abihu terhadap perbaktian sama dengan tabiat Saul? (Sila lihat  1 Samuel 15 dan Imamat 10.)
  3. Apakah tabiat yang penting untuk dipelihara dalam perbaktian dan mengapa?

III. Melakukan: Bukan Kehendakku Melainkan KehendakMu

  1. Di manakah kita mendapati pencubaan terbesar dalam melakukan hal-hal kita sendiri dan bukan berserah kepada kepimpinan Tuhan?
  2. Apakah yang harus kita lakukan untuk menumpukan kepada Tuhan dan bukan kepada dirikita sendiri semasa kebaktian?

Ringkasan: Apabila mereka menuruti arahan jelas Tuhan dalam perbaktian, Israel telah diberi ganjaran melalui kehadiranNya. Mereka yang menggantikan cara Tuhan dengan cara mereka sendiri menemui akibat yang merugikan.

 

Cara Pembelajaran                          

 

LANGKAH 1-Mendorong

KUNCI UTAMA UNTUK PERTUMBUHAN ROHANI: Tuhan bukan suatu makhluk bayangan yang kita boleh bentuk sesuai dengan citarasa kita. Terdapat cara yang dinamik dan memuaskan untuk menyembah dan melayani Tuhan dan juga cara berbentuk layan-diri. Apabila kita berbakti, marilah kita meletakkan Tuhan terlebih dahulu daripada keinginan dan pendapat kita sendiri.

Hanya Untuk Guru: Tekankan hakikat bahawa mengasihi Tuhan bererti menunjukkan bahawa kasih itu melalui penurutan, satu keinginan untuk menyenangkan Dia dan satu keinginan untuk mencaritahu apa yang terlibat sama dalam kasih tersebut.

            Kita semua mungkin telah melalui pengalaman di mana pendapat dan pilihan kita dianggap seolah-olah ianya tidak penting. Contohnya, pernahkah anda ditanya apa yang anda inginkan sebagai hadiah harijadi atau Krismas dan hanya menerima sesuatu yang anda tidak minta atau sesuatu yang jelas menunjukkan bahawa orang yang memberikan hadiah tersebut tidak mengambil masa untuk mencarinya? Bagaimanakah perasaan anda mengenainya? Ia jelas menunjukkan bahawa pandangan itu seharusnya diambil kira tetapi tidak dilakukan. Bukankah hal ini suatu yang lebih menyedihkan jika ia datang dari seseorang yang mengaku sebagai mengasihi atau menghormati anda?

            Pada beberapa minggu sebelum ini kita telah mempelajari makna pada perbaktian yang sebenar, perbaktian yang timbul dari hati yang benar-benar ditahbiskan kepada Tuhan dan satu keinginan untuk mempelajari dan melakukan kehendaknya. Tetapi berapa kerapnya kita mengabaikan apa yang Dia mahu dari kita dan sekadar memberikan kepadaNya apa yang kita fikir Dia harus terima atau apa yang kita rela berikan? Tuhan inginkan jiwa, minda dan penurutan kita. Kurang daripada itu tidak akan memadai.

 

Perhatikan Hal Ini: Bagaimanakah anda boleh menunjukkan kasih anda kepada Tuhan melalui penurutan?

 

LANGKAH 2-Mengkaji

Hanya Untuk Guru: Tekankan hakikat bahawa mengasihi Tuhan bererti menolak apa yang tidak menyenangkan Dia. Dari sudut positif, menyenangkan Tuhan seharusnya menjadi suatu yang lebih penting bagi kita daripada hal-hal lain termasuklah kejayaan duniawi.

 

Ulasan Alkitab

A. Yesaya dan Sukatan Nilai yang Menurun (Imbas kembali  Yesaya 5:18–23.)

            Telah dikatakan bahawa realiti adalah suatu yang tidak akan hilang walaupun anda berhenti mempercayainya. Kebanyakan di antara kita sentiasa bersedia menerima hakikat ini apabila ia berkaitan dengan kereta yang sedang bergerak di hadapan, cendawan yang beracun dan ular yang berbisa. Jika seseorang telah dipatuk oleh ular berbisa, dengan mengatakan bahawa ular itu tidak berbisa tidak akan mengubah keadaan si mangsa. Tiada juga terdapat sebarang perbahasan sama ada sesuatu benda itu pahit atau manis dengan bersandarkan kepada suatu bentuk perbezaan budaya. Contohnya, orang Cina akan menganggap bahawa teh itu adalah manis sementara ramai orang Barat menganggapnya sebagai pahit. Namun demikian, reaksi terhadap rasa yang dianggap sebagai pahit adalah serta-merta, dan sepenuhnya mengelakkan daya “rasional” yang congkak. Tiada sesiapapun yang bersifat relativis ketika berada dalam kegelapan, terutamanya apabila diberikan lampu suluh.

            Oleh yang demikian, dalam hal sebenar, tidak ada perbahasan tentang hal yang manis atau pahit, atau gelap lawan terang. Bagaimanakah pula dengan hal tentang baik dan jahat, benar atau salah? Kebanyakan di antara kita memiliki skala, di mana seorang diktator kejam di satu hujung kejahatan dan kemungkinan seorang yang bersifat seperti Mother Teresa di hujung yang bertentangan. Tetapi di antaranya, kita cenderung berada dalam skala yang menurun, terutamanya jika “semua oarng melakukannya,” atau lebih-lebih lagi jika kita atau mereka yang dalam lingkungan kita melakukannya. Kita tahu membezakan benar dan salah, tetapi yang benar itu hanya sedikit sahaja. Jika kita sendiri tidak melakukannya – apapun “hal” yang dilakukan – mungkin kita merasa sedikit teruja dan selesa untuk mewajarkan atau mengabaikannya.

            Dalam ayat ini Yesaya menembusi terus kepada inti hal yang dimaksudkannya. Celakalah mereka yang menyebutkan kejahatan itu baik dan kebaikan itu jahat, satu perbezaan nyata yang seharusnya menjadi nyata dan penting bagi kita sama seperti gelap lawan terang. Perhatikan bahawa dia sama sekali tidak menyebut orang yang melakukan kejahatan dalam ayat ini. In this passage Isaiah cuts right to the heart of the matter. Woe to those who call good evil, and evil good, a distinction that should be as real and important to us as darkness versus light. Notice that he doesn’t mention people who do evil in this passage at all. Dia merujuk kepada mereka yang mewajarkan kejahatan atau yang enggan mengakui wujudnya jahat dan baik.

Perhatikan Hal Ini: Dari manakah datangnya piawaian anda bagi perbaktian atau kehidupan itu sendiri? Mengapakah hal itu penting untuk didasarkan kepada Tuhan dan bukan didasarkan kepada apa yang orang lain lakukan dan fikirkan sebagai benar, atau sekurang-kurangnya apa yang mereka fikirkan sebagai “tidak begitu jahat”?

II. Penurutan Lebih Penting Daripada Hasil (Imbas kembali  Numbers 20:8–12 bersama kelas anda.)

            Ramai pembaca dan pengkaji Alkitab tertanya-tanya mengapa hukuma Tuhan ke atas Musa dan turutan persitiwa yang dicatatkan dalam ayat ini terlalu kejam. Musa merupakan seorang pemimpin yang penuh dedikasi kepada umat yang seringkali bersifat bengis dan keras kepala. Dia telah berhadapan dengan penentangan dan keganasan yang sudah pasti boleh menyebabkan seseorang yang lemah semangat berteriak sambil melarikan diri di tengah malam dan tidak akan kembali lagi. Setelah semua hal ini, umat yang sama ini, yang telah dipimpinnya dan dibekalkannya, telah menuduh dia sebagai tidak tahu apa yang dia lakukan dan yang membawa mereka melalui pengembaraan maut yang tidak menentu. Lalu Musa telah menjadi marah dan di sebalik berbicara kepada batu tersebut, dia telah memukulnya. Apakah yang telah terjadi?

            Ia tetap menjadi juga. Air keluar dari batu itu sama seperti sekiranya Musa telah menuruti arahan sebagaimana yang dinyatakan. Tetapi kita juga tidak membaca mengenai sebarang rungutan atau penentangan dari umat itu dalam ayat seterusnya. Musa telah menutupi mulut mereka. Apakah lagi tindakan yang lebih baik daripada hal itu?

            Apa yang ditunjukkan melalui akibatnya ini ialah bahawa Tuhan boleh membawa hasil yang positif daro kesilapan dan keingkaran kita. Dia adalah pengasihan dan memandang ke arah yang jauh. Namun, apa yang tidak dimaksudkan oleh hal ini ialah bahawa kita membiarkan diri kita menuruti keinginan dan perasaan kita – sama ada dalam kehidupan, pelayanan atau perbaktian— melakukan suatu yang kelihatan benar pada saat itu tanpa mengira apa yang terbaik dalam pandangan Tuhan. Tuhan akan membiarkan kita mengecapi kejayaan di sebalik kejahilan dan kegagalan kita tetapi Dia menjangka agar kita belajar semasa minda kita semakin menjadi sama dengan mindaNya. Musa bersemuka dengan Tuhan ketika berbicara denganNya. Kita harus berusaha bukan sekadar terhadap apa yang cukup untuk mencapai matlamat kita tetapi kehendak Tuhan yang baik dan sempurna dalam segala hal.

Perhatikan Hal Ini: Ketika Tuhan memberkati kita dan memberikan kita pengetahun yang lebih lengkap tentang rencana dan sifatNya, Dia berharap lebih banyak dari kita. Jika kita berkata bahawa kita ingin mengenali Tuhan dan rencanaNya, bagaimanakah kita harus merangka hidup kita untuk mencapainya?

 

LANGKAH 3-Menerapkan

Hanya Untuk Guru: Sila gunakan pertanyaan dan latihan berikut untuk menekankan perlunya memakai juba kebenaran Kristus agar dapat didamaikan dengan Tuhan.

Soalan Renungan:

  • Dalam Ulangan 33:5, 26, Musa merujuk kepada bangsa Isarel sebagai umat yang “jujur,” “benar” secara literal (dalam bahasa Ibrani ialah “Jeshrun”). Tetapi kita tahu dari catatan sejarah bahawa mereka sering bertindak dalam cara yang sama sekali tidak kelihatan benar. Dari semua orang sudah tentu Musa mengetahui hal itu. Oleh yang demikian, mengapakah dia merujuk kepada mereka sebagai benar? Apakah yang disingkapkan oleh hal ini tentang cara Tuhan memandang kepada kita atau mengenai apa yang boleh terjadi dengan kita?
  • Kecenderungan semulajadi kita sebagai manusia ialah menumpukan kepada dosa-dosa khusus yang mungkin kita anggap sebagai sangat keji dan yang (selalunya) kita tidak lakukan secara peribadi. Kita boleh melihat hal ini dalam perjuangan moral yang sering mewarnai landskap politik kita. Dalam 1 Samuel 15:22  kita telah diberitahu bahawa pemberontakan (sebarang tindakan yang diketahui tentang keingkaran kepada Tuhan) adalah sejajar dengan salah satu dosa yang paling besar dan menjolok: iaitu ilmu sihir. Apakah yang hal ini katakan tentang jarak di antara piawai Tuhan dan piawai kita yang sering bersifat cetek?

Soalan Penerapan:

  • Walaupun kita semua adalah orang berdosa, namun Tuhan sentiasa berdiri dan bersedia untuk menganggap seolah-olah kita benar. Bagaimanakah kita dapat menunjukkan dengan terbaik rasa kesyukuran kita kepada penerimaan Tuhan terhadap kita dalam Kristus?
  • Kita tidak mengetahui semua keadaan pada persembahan Nadab dan Abihu yang terdiri daripada “api yang asing” dalam Imamat 10:1–3. Adakah mereka bersikap angkuh atau mencemar dengan sengaja atau adakah mereka berpendapat bahawa apa yang mereka telah lakukan itu adalah benar? Akhirnya, dengan mengetahui jawapan tersebut tidak akan mengubah ceritanya. Mereka meletakkan kaedah dan piawai mereka sendiri mengatasi apa yang Tuhan tetapkan. Bagaimanakah kita melindungi diri kita daripada melakukan perkara yang sama walaupun akibatnya jarang sekali tiba dengan cepat dalam dunia masa kini?

 

LANGKAH 4-Mewujudkan

Hanya Untuk Guru: Aktiviti berikut bertujuan untuk membantu kita agar menumpu kepada pelbagai alasan yang ada pada kita untuk bersyukur kepada Tuhan kerana pimpinanNya.

            Sebagai umat Kristian kita percaya kepada Tuhan yang bertindak selama ini dalam sejarah. Bukan sahaj dalam hal itu – seperti yang disebutkan dalam Alkitab dan buku teks sejarah – tetapi bertindak dalam kehidupan kita juga. Kebanyakan di antara kita mungkin pernah merasa bahawa Tuhan sedang cuba memberitahu kita sesuatu walaupun bukan dalam cara yang literal serta boleh didengar.

            Sila tanya ahli kelas jika mereka pernah sedar ketika Tuhan berkomunikasi dengan mereka tentang kehidupan mereka atau tentang tindakan yang hendak dilakukan. Bagaimanakah mereka bertindak balas? Adakah mereka menurutinya? Adakah mereka mengabaikannya? Apakah akibatnya?

 

Alternatif: Sila tumpukan kepada perbaktian. Gunakan papan tulis atau kertas carta untuk aktiviti ini. Akui bahawa Tuhan berbicara kepada pelbagai manusia dalam pelbagai cara tetapi bahawa terdapat sifat-sifat berbeza terhadap perbaktian sejati yang akan membawa kepada penurutan. Apapun rupabentuknya dari luar, apakah yang seharusnya dirangkumkan dalam perbaktian seumpama ini? Sila tuliskan jawapan yang diberikan oleh ahli kelas. Apakah yang dinayatakan oleh jawapan tersebut tentang tingkah laku kita terhadap Tuhan? Tentang perbaktian? Tentang diri kita sendiri?

Posted in Uncategorized | Leave a comment

Pelajaran 4 *16-22 Julai Bersukaria Di Hadapan Tuhan: Sanktuari dan Perbaktian

 16 SABAT PETANG

     Bacaan Untuk Pelajaran Minggu Ini: Keluaran 25:1–22; 29:38, 39; Keluaran 35; Ulangan 12:5–7, 12, 18; 16:13–16.

      Ayat Hafalan: “Kamu harus bersukaria di hadapan TUHAN, Tuhanmu, kamu ini, anakmu laki-laki dan anakmu perempuan, hambamu laki-laki dan hambamu perempuan, dan orang Lewi yang di dalam tempatmu, sebab orang Lewi tidak mendapat bagian milik pusaka bersama-sama kamu” (Ulangan 12:12).

     Leo Tolstoy, seorang penulis berbangsa Rusia telah menulis mengenai seorang teman yang, ketika hampir mati, telah menerangkan keadaannya sendiri yang kehilangan iman. Orang itu berkata bahawa sejak kecil lagi dia telah berdoa, tindakannya sendiri dalam renungan dan kebaktian peribadi sebelum tidur. Suatu hari setelah kembali dari berburu bersama abangnya, dan ketika bersedia hendak tidur dalam bilik yang sama lalu dia berlutut untuk berdoa. Abangnya memandang kepadanya dan berkata, “Engkau masih melakukan perkara ini?” Sejak dari saat itu dia tidak pernah berdoa lagi, tidak pernah berbakti lagi dan tidak pernah menunjukkan imannya. Kata-kata, “Engkau masih melakukan perkara ini?” mendedahkan betapa kosong dan sia-sia ritual ini kepadanya selama ini lalu dia berhenti.

                Cerita ini menggambarkan bahaya terhadap suatu hal yang sekadar ritual. Perbaktian perlu datang dari hati, dari jiwa dan dari satu hubungan sejati dengan Tuhan. Itulah sebab minggu ini kita akan mempelajari upacara purba di sanktuari yang dilakukan oleh bangsa Israel yang telah menjadi pusat perbaktian mereka dan mengambil pelajaran daripadanya tentang cara kita memiliki satu kehidupan perbaktian yang lebih dalam.

 *Sila kaji pelajaran minggu ini untuk persediaan Sabat, 23 Julai.

 AHAD                17 Julai      

“Supaya Aku Akan Diam Di tengah-tengah Mereka”      

            “Engkau membawa mereka dan Kaucangkokkan mereka di atas gunung milik-Mu sendiri; di tempat yang telah Kaubuat kediamanMu, ya TUHAN; di tempat kudus, yang didirikan tanganMu, ya TUHAN” (Keluaran 15:17).

            Inilah merupakan catatan pertama dalam Kitab Suci mengenai sanktuari (rumah Tuhan). Ia dinyanyikan sebagai sebahagian daripada nyanyian pembebasan oleh umat Israel setelah pelepasan mereka dari Mesir. Ayat itu berbicara bukan sahaja mengenai sanktuari tetapi juga menunjukkan bahawa ia akan menjadi tempat kediaman Tuhan di bumi ini. Istilah Ibrani yang diterjemahkan sebagai “kediaman” datangnya dari kata dasar yang bermaksud, secara literal, “duduk.” Adakah Tuhan benar-benar akan diam, “duduk,” di tengah-tengah umatNya di dunia?

Sila baca Keluaran 25:1–9. Apakah di antara dua perkara utama yang kita pelajari dari ayat ini dan mengapakah ayat ini menakjubkan? (Sementara anda memikirkan jawapannya, fikirkan mengenai siapa Tuhan, kuasaNya, kuasa dan keagunganNya.)

             Tuhan yang telah membebaskan bangsa Israel kini akan diam bersama mereka. Tuhan sama yang telah melaksanakan banyak “tanda dan keajaiban” yang menakjubkan (Ulangan 6:22), Tuhan yang telah menciptakan langit dan bumi, kini akan berdiam bersama dengan umatNya. Fikirkan mengenai kehadiran Tuhan yang sangat dekat!

            Di atas segalanya, Dia akan tinggal di dalam bangunan yang umat manusia berdosa telah bina. Dia, yang telah mengfirmankan kewujudan dunia, boleh saja Dia mengungkapkan firman dan tercipta satu bangunan yang serba indah. Sebaliknya, Ia membuat umatNya yang dengan intim dan rumit terlibat dalam penciptaan tempat itu bukan saja untuk tempat kediamanNya tetapi tempat yang akan menjadi pusat kepada semua ibadah bangsa Israel.

            Bangsa Israel tidak membina sanktuari itu menurut piawai manusia. Di sebaliknya, ia dibina “Menurut segala apa yang Kutunjukkan kepadamu ……, demikianlah harus kamu membuatnya” (Keluaran 25:9). Setiap aspek bangunan rumah Tuhan yang di bumi itu semestinya melambangkan Tuhan yang kudus dengan betul dan layak bagi hadiratNya.

            Setiap hal mengenainya akan mendorong suatu perasaan terpegun dan hormat. Kerana, inilah yang akan menjadi tempat kediaman Pencipta alam semesta.

Bayangkandiri anda berdiri di hadapan sebuah bangunan dengan kesedaran bahawa di dalam bangunan itu sendiri, Yahweh, Tuhan Pencipta, yang telah mencipta langit dan bumi tinggal di dalamnya. Apakah jenis tingkah laku yang ada pada diri anda dan mengapa? Apakah yang jawapan anda katakan kepada anda tentang tingkah laku anda semasa kebaktian?     

ISNIN                           18 Julai   

Terdorong Hatinya        

            Sebagaimana kita telah pelajari kelmarin, bukan saja Tuhan memilih untuk tinggal bersama umatNya, Dia melakukan itu di dalam bangunan yang akan di bina oleh mereka sendiri yang berbeza dengan suatu bangunan  yang dibinaNya secara luarbiasa. Iaitu, Dia telah membuat mereka turut terlibat secara langsung, suatu tindakan yang semestinya telah membuat mereka tertarik lebih dekat kepadaNya. Bersama-sama dengan hal itu, Dia tidak mencipta melalui suatu mukjizat perkakas yang akan digunakan untuk membina bangunan tersebut.

Silabaca Keluaran 35. Apakah yang sedang berlaku di sini dan apakah pengajaran penting yang kita boleh ambil dari hakikat ini untuk diri kita sendiri berhubung seluruh hal mengenai perbaktian?  

            Perhatikan penekanan kepada perkataan terdorong. Tuhan telah berkata, “setiap orang yang terdorong hatinya” (Keluaran 35:5), dan “setiap orang yang tergerak hatinya” (Keluaran 35:21) telah menyambut panggilan itu. Ini bermakna bahawa tidak terdapat sebarang api dan guruh serta suara nyaring dari gunung Sinai mengarahkan mereka untuk menyerahkan pemberian ini. Di sebaliknya, di sini kita melihat satu pekerjaan Roh Kudus yang tidak pernah memaksakan diriNya kepada sesiapapun. Kerelaan mereka untuk memberi menyatakan rasa terima kasih dan kesyukuran. Kerana, lihat saja apa yang Tuhan telah lakukan untuk mereka.

            Perhatikan juga bahawa umat itu bukan sahaja rela untuk menyerahkan pemberian kebendaan, masa dan bakat mereka serta juga keupayaan pekerjaan mereka yang kreatif: “Semua perempuan yang tergerak hatinya” (ayat 26); “setiap orang yang tergerak hatinya untuk datang melakukan pekerjaan itu” (Keluaran 36:2).

            Dengan memberi sebagaimana yang mereka telah perbuat, apakah yang bangsa Israel sedang lakukan, sebelumpun bangunan sanktuari itu didirikan?

            Kita sering memikirkan acara kebaktian sebagai satu kumpulan umat yang berkumpul bersama untuk menyanyi, berdoa dan mendengar khutbah. Sementara hal itu sememangnya benar, perbaktian tidak terhad kepada perkara tersebut. Apa yang umat Israel lakukan di sini ialah berbakti. Setiap tindakan penyangkalan diri dalam menyerahkan harta benda mereka, atau masa mereka sendiri, atau bakat mereka sendiri untuk keperluan Tuhan mereka merupakan satu tindakan kebaktian.

 Fikirkan mengenai tindakan anda sendiri dalam memberi—persepuluhan, persembahan, masa dan kebolehan. Bagaimanakah anda telah mengalami apa maknanya berbakyi melalui tindakan seperti ini? Dengan menyerahkan diri anda sendiri, bagaimanakah anda diperkayakan kembali sebagai ganti?      

SELASA             19 Julai  

Korban Bakaran Yang Berterusan      

            Inilah yang harus kauolah di atas mezbah itu: dua anak domba berumur setahun, tetap tiap-tiap hari. Domba yang satu … pada waktu pagi dan domba yang lain … pada waktu senja.” (Keluaran 29:38, 39).

            Korban doma setiap hari, iaitu “korban bakaran yang tetap” [tidak henti-henti] (ayat 42) adalah bertujuan mengajar umat itu tentang keperluan tetap mereka akan Tuhan dan kebergantungan mereka kepadaNya untuk pengampunan dan penerimaan. Api di atas mezbah haruslah menyala secara berterusan setiap hari siang dan malam (Imamat 6:8–13). Api ini dapat berfungsi sebagai peringatan abadi tentang keperluan mereka untuk seorang Juruselamat.

            Tuhan tidak pernah merencanakan agar persembahan harian domba akan hanya bersifat sebagai suatu tindakan ritual atau rutin. Ia haruslah suatu waktu untuk satu “minat yang mendalam kepada para pemyembah,” satu waktu persediaan untuk perbaktian, dalam doa senyap dan “dengan hati yang bertaubat dengan telus dan pengakuan dosa.” Iman mereka haruslah  Iman mereka adalah untuk memahami janji-janji tentang seorang Juruselamat yang akan datang, Domba sejati Tuhan yang akan mencurahkan darahNya bagi dosa-dosa seluruh dunia (sila lihat Ellen G. White, Patriarchs and Prophets, ms. 353).

Bagaimanakahayat-ayat berikut mengaitkan kematian Kristus kepada korban bakaran dalam sistem Perjanjian Lama? Ibrani 10:1–4; 1 Petrus  1:18, 19. 

            Dalam Ibrani 10:5–10, Paulus memetik ayat dari Mazmur 40:6–8 yang menunjukkan bahawa Kristus telah memenuhi makna sebenar kepada persembahan korban. Dia mengatakan bahawa Tuhan tidak senang melihat korban-korban tersebut tetapi ia bermaksud sebagai suatu waktu untuk bersedih kerana dosa, untuk pertaubatan dan berpaling dari dosa. Sama halnya dengan ini, pemberian AnakNya sebagai korban utama akan menjadi suatu saat penderitaan yang mengerikan dan kesedihan menyayat hati untuk Bapa dan Anak. Paulus juga menekankan bahawa perbaktian yang sejati haruslah sentiasa mengalir dari hati yang sudah diampuni, dibersih dan dikuduskan dan yang bersukacita dalam menuruti Dia yang membolehkan segala perkara ini terjadi. “Karena itu, saudara-saudara, …. aku menasihatkan kamu, supaya kamu mempersembahkan tubuhmu sebagai persembahan yang hidup, yang kudus dan yang berkenan kepada Tuhan: itu adalah ibadahmu yang sejati.” (Roma 12:1).

            Makna utama bagi perbaktian ialah menyerahkan diri kita sepenuh kepada Tuhan sebagai satu persembahan hidup. Apabila kita menyerahkan diri kita terlebih dahulu, maka persembahan, pujian dan hati kita akan menyusul. Tingkah laku seperti ini adalah satu perlindungan pasti daripada ritual yang tidak bermakna dan sia-sia.

Tanyadiri anda soalan berikut: Sudahkah saya serahkan segala-galanya kepada Kristus, yang telah mati untuk dosa-dosa saya? Atau adakah terdapat suatu sudut dalam hati atau kehidupan saya yang saya tidak rela serahkan? Jiak adam apakah dia dan bagaimanakah saya boleh meninggalkan?      

RABU                                  20 Julai      

Perhubungan Dengan Tuhan      

            Salah satu aspek utama untuk menjadi seorang Kristian dan memiliki satu hubungan menyelamatkan dengan Yesus ialah dengan mengenali Tuhan. Yesus sendiri telah berkata, “Inilah hidup yang kekal itu, yaitu bahwa mereka mengenal Engkau, satu-satunya Tuhan yang benar, dan mengenal Yesus Kristus yang telah Engkau utus” (Yohanes 17:3). Sama seperti mana-mana jenis hubungan yang lain, berkomunikasi adalah kuncinya.

Silabaca Keluaran 25:10–22.  Apakah yang diminta untuk dilakukan oleh umat itu di sini dan apakah janji yang diberikan? 

            Di atas peti perjanjian yang mengandungi hukum Tuhan yang kudus dan termaktub pada takhta pendamaian terletaknya hadirat Tuhan sendiri dalam kemuliaan  Shekinah. Di sana “Kasih dan kesetiaan akan bertemu, keadilan dan damai sejahtera akan bercium-ciuman” (Mazmur 85:10). Di sana, dari mezbah pedupaan dalam Tempat Yang Kudus, asap naik ke atas melambangkan doa oleh umat Tuhan bercampur dengan kebaikan dan pengantaraan Kristus.

            Di tengah-tengah semua ini ialah janji: “Dan di sanalah Aku akan bertemu dengan engkau dan dari atas tutup pendamaian itu, dari antara kedua kerub yang di atas tabut hukum itu, Aku akan berbicara dengan engkau tentang segala sesuatu yang akan Kuperintahkan kepadamu untuk disampaikan kepada orang Israel” (Keluaran 25:22).

            Tuhan menjanjikan kepada umatNya bukan sahaja kehadiranNya; Dia juga berjanji akan berkomunikasi dengan umatNya, berbicara dengan mereka dan memimpin mereka ke jalan yang mereka harus lalui.

Apakah yang ayat ini janjikan kepada kita? Mazmur 37:23, 48:14, Amsal 3:6, Yohanes 16:13.

            Sudah tentulah hari kita kita tidak ada sanktuari di bumi, tetapi kita sememangnya memiliki janji mengenai pimpinan dan kehadiran Tuhan dalam kehidupan kita jika kita berserah kepadaNya. Umat percaya manakah yang tidak pernah melihat kepimpinan Tuhan dalam suatu detik pada kehidupan mereka?

            Di sini juga munculnya perbaktian. Kita mesti menyembah Tuhan dalam sifat tunduk, menyerah dan kesediaan untuk dipimpin. Hati yang diserahkan kepada Tuhan dalam doa, pengakuan, hormat dan penyerahan, suatu  hati yang sedar tentang keperluan keselamatan, kasih kurnia dan pertaubatan pada dirinya sendiri adalah hati – penuh dengan pujian penyembahan kepada Tuhan– yang akan dituntun ke jalan yang diingini Tuhan. Akhirnya, perbaktian sejati seharusnya dapat membantu anda untuk menjadi lebih terbuka kepada pimpinan Tuhan kerana ia seharusnya membantu anda mempelajari satu tabiat yang beriman dan penyerahan. Tidak ada yang sia-sia dalam bentuk perbaktian seperti ini. 

KHAMIS  21 Julai      

Bersukaria Di Hadapan Tuhan     

            Sebahagian besar daripada Kitab Keluaran, Imamat, dan Bilangan tertumpu kepada upacara sanktuari – pembinaan, upacara, korban dan persembahannya yang dipersembahkan di sana serta pekerjaan pelayanan oleh para imam. Ia merupakan satu tempat yang sangat suci dan kudus. Kerana ia bukan sahaja tempat yang didiami oleh Tuhan, ia juga merupakan tempat yang umat Israel datang untuk mendapat keampunan dan penyucian dosa. Ia merupakan tempat yang bangsa Israel belajar dan mengalami Injil.

            Pada masa sama, kita harus jangan menganggap bahawa bahawa idea perbaktian yang diamalkan oleh bangsa Israel adalah dingin, steril dan suatu yang formal. Tuhan telah menetakan satu panduan yang ketat tentang apa yang perlu dilakukan, tetapi panduan ini bukanlah suatu yang muktamad dengan sendirinya. Di sebaliknya, ia merupakan satu jalan kepada suatu yang muktamad, dan yang muktamad ialah bahawa umatNya akan menjadi satu bangsa perjanjian yang kudus, riang dan setia yang akan mengajar dunia mengenai Tuhan yang sebenar (Keluaran 19:6, Ulangan 4:5–7, Zakharia 8:23).

Apakah yang ayat ini beritahu kepada kita mengenai Ibadah bangsa Israel di sanktuari? Imamat 23:39–44; Ulangan 12:5–7, 12, 18; 16:13–16.   

            Salah satu uasaha besar yang sedang dihadapi oleh gereja dalam zaman kita masa kini ada kaitannya dengan perbaktoan dan cara-cara perbaktian. Dari satu sudut, acara dalam gereja boleh bersifat dingin, formal, hambar dan semestinya tanpa sukacita. Bahaya yang satu lagi ialah bahawa emosi boleh menjadi faktor yang mengawal: apa yang umat inginkan ialah suatu masa yang menggembirakan, “bersukacita” dalam Tuhan dengan mengesampingkan sebarang bentuk penurutan khusus terhadap kebenaran Alkitab.

            Satu perkara penting yang harus diingat, satu pelajaran yang kita boleh pelajari daripada contoh dalam upacara sanktuari ialah bahawa semua Ibadah yang sejati, yang seharusnya membawa kepada sukacita, haruslah dilakukan dalam konteks kebenaran Alkitab. Tuhan telah memberikan kepada bangsa Israel satu peraturan yang jelas, ketat dan formal berhubung pembinaan banguna sanktuari dan pelayanan serta upacaranya yang semuanya bertujuan untuk mengajar kebenaran mengenai Penyelamatan, Penebusan, pengantaraan dan penghakiman. Pada masa yang sama, mereka harus bersukacita di hadapan Tuhan dalam perbaktian mereka. Tema ini seringkali muncul. Oleh yang demikian, haruslah menjadi jelas kepada kita bahawa seseorang itu boleh bersikap teguh dalam ajaran-ajaran Alkitab dan pada masa sama memiliki satu pengalaman Ibadah yang menggembirakan. Kerana apakah yang seharusnya menggembirakan jika bukan mengenai kebenaran tentang Penyelamatan, Penebusan, pengantaraan dan penghakiman?

Apakahyang telah menjadi pengalaman anda sendiri dalam hal bersukacita di hadapan Tuhan? Apakah maknanya hal ini kepada anda? Bagaimanakah anda boleh memiliki satu Ibadah yang lebih menggembirakan? Bagaimanakah anda boleh pastikan bahawa upacara Ibadaha anda tidak sama dengan orang yang disebutkan oleh Tolstoy dalam pengenalan pelajaran minggu ini?      

JUMAAT   22 Julai     

Kajian Selanjutnya: Sila baca Ellen G. White, The Tabernacle and Its Services,” ms. 343–358; “The Sin of Nadab and Abihu,” ms. 359–362; “The Law and the Covenants,” ms. 367–373, dalam Patriarchs and Prophets; “The Lord’s Vineyard,” ms. 288–290, dalam Kristus’s Object Lesson; “Ellen G. White Comments,” dalam The SDA Bible Commentary, vol. 4, ms. 1139, 1140.

            Dari Shekinah Kudus, “Tuhan menyatakan kehendakNya. Seringkali mesej Ilahi itu disampaikan kepada imam besar melalui suara dari awan. Pada masa yang lain cahaya jatuh pada malaikat di sebelah kanan untuk menunjukkan persetujuan atau penerimaan, atau bayangan awan berhenti pada malaikat di sebelah kiri untuk menyatakan ketidaksetujuan atau penolakan.”—Ellen G. White, Patriarchs and Prophets, ms. 349.

        “Pada mereka [umatNya] Tuhan merencanakan untuk tinggal dalam kepenuhanNya di dunia ini; bukan saja secara am dengan berdiam di dalam khemah; tetapi dengan memiliki kehidupan mereka sepenuhnya agar dapat mempamerkan dunia kepada mereka dan melalui mereka bagaimana Mesias akan menjadi tempat-kediaman Tuhan.”—F. C. Gilbert, Practical Lessons From the Experience of Israel for the Church of Today (Concord, Mass.: Good Tidings Press, 1902), ms. 351.     

Soalan Perbincangan:

  1. Bagaimanakah anda boleh membantu orang lain memahami bahawa pengembalian persepuluhan dan persembahan adalah sebenarnya satu tindakan Ibadah? Apakah yang kita kompromikan apabila kita tidak mengembalikan persepuluhan dan persembahan?
  2. Perhatikan pada acara kebaktian di gereja anda sendiri. Adakah ia lebih mirip kepada satu keadaan yang dingin, steril dan tidak menggembirakan? Atau adakah ia suatu yang lebih beremosi kepada yang menghairahkan dan berperasaan? Ataua adakah terdapat suatu yang seimbang di antara yang bersifat keterlaluan? Bincangkan.
  3. Dalam usaha untuk menjangkau mereka yang tidak menjadi anggota mana-mana gereja, sesetengah anggota secara radikal mengubah upcara kebaktian mereka. Sementara hal ini suatu yang bersifat baik, namun apakah bahayanya yang harus mereka berhati-hati, seperti halnya dengan berkompromi dan menokok-tambah kebenaran Alkitab yang penting?
  4. Dalam sesetengah upcara kebaktian, suatu bentuk ritual telah dilaksanakan dalam cara tertentu buat sekian lamanya dan itulah alasan yang diberikan untuk tidak membuat sebarang perubahan. Bagaimanakah anda menyahut kepada jawapan yang diberikan seperti, “Inilah cara kami lakukannya selama ini,” apabila suatu perubahan dicadangkan dan ditolak?
  5. Sanktuari yang di bumi merupakan satu tempat yang suci dan kudus, tempat yang Tuhan sendiri tinggal. Pada masa yang sama, umat Israel akan bersukacita di hadapan Tuhan di sana. Apakah pelajaran yang kita boleh ambil dari kebenaran penting mengenai perbaktian ini?      

Ringkasan Pelajaran   

Ayat Utama: Ulangan 12:12 

Pelajar Akan:

Mengetahui: Menerangkan bagaimana sanktuari itu bukan sahaja satu pusat perbaktian tetapi ia berada pada pusat hubungan dan komunikasi dengan Tuhan.

Merasakan: Memelihara satu sikap usaha pelayanan sungguh-sungguh, tanpa mementing diri sendiri dan merayakan berkat Tuhan dalam melaksanakan acara Ibadah kita.

Melakukan: Mempersembahkan diri kita setiap hari sebagai persembahan hidup dan kudus dalam perbaktian. 

Garis Panduan Pembelajaran: 

I. Mengetahui: Tuhan Tinggal Bersama Kita

  1. Bagaimanakah sanktuatri itu menyediakan satu tempat untuk mengalami satu hubungan menyelamatkan dengan Tuhan?
  2. Bagaimanakah sanktuari itu menjelaskan ajaran-ajaran tentang sifat dan harapan Tuhan yang kudus dan mulia tentang cara kita seharusnya menyembah Dia?
  3. Bagaimanakah ia menyediakan peluang untuk meraikan berkat Tuhan?
  4. Bagaimanakah sanktuari itu menyediakan peluang untuk berkomunikasi dan berhubungan? 

II. Merasakan: Mereka Yang Mecari Tuhan Dengan Jujur

  1. Walaupun upacara korban persembahan itu dilakukan setiap hari, namun apakah sikap bagi para penyembah yang menghalang ritual ini daripada menjadi suatu tradisi yang tidak bermakna dan kejam?
  2. Apakah peranan pada upacara pesta dan Sabat mainkan untuk menggalakkan sikap bersukacita dan merayakan dalam perbaktian? 

III. Melakukan: Rumah Tuhan Hidup, Korban Persembahan Hidup

  1. Bagaimanakah upacara sanktuari dalam zaman Israel mengaturcara renungan harian dan pelayanan kebaktian kita?
  2. Bagaimanakah ia mengaturcara pelayanan kebaktian mingguan kita? 

Ringkasan: Upacara kebaktian sanktuari berpusat kepada persiapan Tuhan untuk menyelamatkan kita dari dosa dan membuat kita kudus setiap hari. Ia juga menyediakan cara untuk satu komunikasi dan perayaan yang intim tentang kebaikan Tuhan. 

Cara Pembelajaran

LANGKAH 1-Mendorong 

KUNCI UTAMA UNTUK PERTUMBUHAN ROHANI: Acara perbaktian bukanlah suatu sukan yang menjadi tontonan (atau bukan berupa suatu acara sukan semata-mata). Perbaktian menuntut peranan kita, baik dalam memuji Tuhan secara aktif dan juga dalam menyerahakan diri kita dan apa yang ada pada kita. 

Hanya Untuk Guru: Memberikan penekanan kepada nilai yang Tuhan telah letakkan pada hubungan kita dengan Dia sebagaimana di lihat melalui perbaktian dan pemberian kita.    

            Pada zaman dahulu di kota Rum tinggal seorang saudagar. Setiap tahun pada umur dewasanya dia telah membayar cukai yang telah ditetapkan iaitu satu dinar kepada maharaja. Perniagaannya maju tetapi apa yang ada padanya tidak pernah cukup. Maka secara senyap dia marah setiap kali dia membayar cukai yang satu dinar itu. Namun demikian, dia terus juga membayar cukai kerana dia tahu dia tidak punya pilihan yang lain. Tetapi pada suatu hari, dia berkata kepada sahabatnya, “Kamu tahu bahawa sememangnya suatu hal yang bodoh bagi saya untuk terpaksa membayar satu dinar kepada raja setiap tahun.”

            Sahabatanya memandang kepadanya dengan kehairanan. “Mengapa?” dia bertanya. “Cuba kamu fikirkan,” jawab saudagar itu. “Siapakah yang membuat kepingan dinar itu?” “Sudah tentu maharaja, saya rasa,” jawab sahabatanya yang jelas tidak selesa dengan pandangan bersifat derhaka itu.

            “Betul!” kata saudagar itu. “Jadi, mengapakah dia minta dinar ini daripada saya sedangkan dia boleh mengilang dinarnya sendiri dan menyimpannya?” Sahabatnya tersenyum lebar seolah-olah dia dimasuki oleh satu idea yang baru. “Anda tahu bahawa sebagai seorang yang agak berjaya, kamu sebenarnya tidak berapa bijak. Idea dalam seluruh hal ini ialah dia tidak mahu dinarnya – dia mahu dinar anda!”

            Sementara perbandingan di antara Tuhan dengan satu penguasa duniawi seperti seorang maharaja tidak semestinya suatu yang lengkap, namun manusia sejak daripada permulaan zaman telah tertanya-tanya mengapa Tuhan menuntut perbaktian, penurutan dan pelayanan kita sedangkan Dia sendiri berkecukupan sepenuhnya. Sebagai contoh, mengapakah Tuhan memerlukan para Raja dan bangsa Israel untuk membina baginya satu sanktuari? Mengapakah Dia membiarkan Ibadah kepadaNya dilangsungkan dalam khemah yang kasar (iaitu makna sebenar bagi sanktuari) sehingga Dia mendapatkan seorang yang Dia rasa layak untuk mengendalikan projek pembinaan satu bangunan yang tetap? Atau dalam hal ini, mengapakah Dia perlukan atau ingikan kita?

            Dari sudut manusia maka adalah sukar untuk membayangkan implikasi, apa lagi jawapan, pada pertanyaan ini. Tetapi kita melayani Tuhan yang memberikan kita peluang untuk membantu Dia menyelesaikan pekerjaanNya di dunia ini, malah sehingga Dia mahu tinggal bersama kita dan akhirnya menjadi salah satu daripada kita. Sementara kita merenungkan idea ini, janganlah sekali-kali kita meremehkan Dia atau memandang kepada perbaktian kita sebagai suatu yang tidak bermakna. 

Perhatikan Hal Ini: Adakah upacara perbaktian, pemberian dan pelayanan kepada Tuhan suatu keistimewaan yang dimaksudkan untuk anda, atau adakah anda merasakan bahawa ianya sekadar suatu rutin atau malah suatu yang membebankan? Jika anda berpendapat bahawa ia suatu yang membebankan, apakah yang anda perlukan untuk mengubah tingkah laku anda? 

LANGKAH 2-Mengkaji 

Hanya Untuk Guru: Tekankan peranan pada memberi dan pengorbanan peribadi dalam Ibadah kita kepada Tuhan sepertimana yang dilihat dalam aktiviti yang dinyatakan dalam ayat-ayat Alkitab yang akan kita pelajari berhubung sanktuari yang kudus. 

Ulasan Alkitab 

I. Rumah Suci atau Rumah Usang . . . ? (Imbas kembali  Keluaran 35.)                 

            Istilah Bahasa Inggersi bagi “rumah suci” (tabernacle) mempunyai makna yang mirip dengan keagamaan dan hal-hal berkaitan dengan gereja. Istilah tersebut, iaitu terjemahan kepada istilah Ibrani mishkan, atau tempat tinggal, digunakan dalam bahasa Inggeris dari bahasa Latin tabernaculum yang secara literal merujuk kepada khemah atau tenda. Jika anda melihat dengan lebih teliti, adalah menjadi jelas bahawa ia datang dari satu istilah asala yang sama iaitu taberna yang boleh bermaksud bangsal, pondok atau rumah tumpangan. Semuanya berbentuk bangunan yang serba serbi dalam halnya dengan rumah tumpangan, ia lebih kelihatan sebagai suatu yang tidak dibanggakan.  Tetapi realitinya, satu-satunya perbezaan ketara ialah penggunaan di mana istilah itu diletakkan. Jika sejarah penggunaan bahasa berubah, mungkin kita merujuk kepadanya sebagai rumah tumpangan Tuhan, dan merendah-rendahkan mereka yang sering pergi ke rumah Tuhan.         

            Khemah Suci yang dibina oleh orang Ibrani di padang gurun sebenarnya adalah sebuah khemah. Ia merupakan satu khemah yang paling indah mampu didirikan di bawah keadaan ketika itu dan ia sememangnya sebuah khemah. Bahan-bahan yang digunakan untuk membina khemah itu telah dipilih dari suatu kriteria yang khusus, tetapi kemungkinan khemah itu sendiri adalah sama dari segi bahan asas dan rekabentuk dengan khemah yang orang Ibrani sendiri diami. Kahadiran Tuhanlah yang membuatnya kudus dan atas hakikat bahawa ia telah dibinia menurut arahanNya; jika tidak demikian ia sekadar merupakan suatu tempat yang biasa sahaja.

            Dalam 1 Korintus 6:19 Paulus memberitahukita bahawa tubuh seseorang yag telah memilih untuk mentahbiskan dirinya kepada Tuhan adalah rumah suci Roh Kudus, satu rumah suci atau tempat tinggal secara literal. Kita sering mengaitkan hal ini dalam merujuk kepada amalan-amalan kesihatan dan hakikat merupakan satu bahagian yang sangat penting. Tetapi perbezaan utama di antara seorang Kristian dengan mereka yang tidak percaya ialah bahawa seorang Kristian telah membiarkan Tuhan untuk tinggal di dalam dan telah memilih untuk menggunakan segala tenaga, kekuatan dan kebolehannya untuk melayani Dia, betapapun sederhananya hal itu. Persoalannya ialah: adakah anda rumah suci atau hanya sekadar khemah? 

Perhatikan Hal Ini: Apakah maknya perbaktian itu kepada anda? Adakah anda membina kehidupan anda sesuai dengan rencanaNya yang sempurna untuk anda? 

II. Korban Persembahan Hidup  (Imbas kembali  Ibrani 10:1–4 dan Roma 12:1 bersama kelas anda.) 

            Dalam Pejanjian Lama, perbaktian bermakna korban dan korban bererti sesuatu harus mati. Semau telah berdosa dan dosa ertinya kematian; jika bukan kepada diri sendiri maka kepada haiwan yang tidak berdosa. Mungkin tidak ramai yang memahami bagaimana transaksi ini berfungsi dalam seluruh butiran metafiziknya, tetapi ia membawa suatu makna tertentu dari segi fahaman gerak hati. Terdapat hutang yang perlu dibayar dan ia harus dibayar dengan nyawa.

            Mereka yang kemudiannya menjadi umat Kristian telah memahami hal ini dalam cara yang berlainan dan kemungkinan bukan dari sudut gerakan hati. Yesus Kristus, di mana kehidupan, kematian dan kebangkitanNya telah terjadi di depan mata sejarah dan yang disaksikan secara peribadi oleh ramai di antara mereka, telah memenuhi makna sebenar korban persembahan ini. Mereka yang menerima pengorbananNya untuk dosa mereka telah berubah dan sebenarnya menjadi lebih bahagia dan lebih baik – dalam ertikata sebenar, menjadi orang yang tidak mementin diri sendiri. Korban persembahan ini tidak perlu diulangi sebagaimana halnya dengan upacar yang di sanktuari. Cara yang lama itu kelihatan sebagai satu pembayang kepada cara yang baru dan hidup. Yesus telah mati tetapi Dia telah kembali kepada kehidupan! Apakah jenis pengorbanan yang berakhir dengan mangsanya kembali hidup dan sihat?

            Sebagaimana berakhirnya, cara lama itu secara literal merupakan pembayang kepada apa yang akan datang. Tuhan tidak inginkan nyawa binatang yang dikorbankan. Satu-satunya pengorbanan yang dimintaNya dari kita ialah diri kita sendiri yang dipenuhi dengan kehidupan yang baru: korban yang hidup.

Perhatikan Hal Ini: Perbaktian sejati masih menuntut pengorbanan. Bukan kerana Tuhan itu tamak atau ingin agar kita mejalankan kehidupan yang susah tetapi kerana ia merupakan respons yang sesuai kepada keberadaan tidak terhingga yang ada pada kita dalam Kristus. Apakah erti sebenar dalam menyerahkan hidup anda kepada Tuhan yang telah menyerahakan nyawaNya untuk anda? 

LANGKAH 3-Menerapkan

Hanya Untuk Guru: Gunakan pertanyaan berikut untuk menekankan kepentingan pada perbaktian selaku suatu perbuatan dan juga yang berkenaan dengan emosi atau tingkah laku. Tingkah laku yang tidak dilijat melalui perbuatan juga dikenali sebagai khayalan. 

Soalan Renungan:

  • Memandangkan Tuhan tidak mendapat faedah sebenar dari korban persembahan dalam upacara rumah suci, mengapakah ia kelihatan sangat penting bagiNya dalam kitab-kitab Perjanjian Lama? Bagaimanakah ia bersifat lebih daripada satu janji tentang apa yang Dia akan lakukan dalam Kristus?
  • Tuhan berkomunikasi dengan bangsa Israel melalui cara yang agak dramatik dalam Perjanjian Lama, terutamanya dalam zaman Musa. Kebanyakan daripada komunikasi ini berlaku dalam konteks perbakyian. Bagaimanakah Tuhan berkomunikasi dengan kita hari ini dan bagaimanakah ia dilakukan melalui perbaktian kita? 

Soalan Penerapan:

  • Sementara kita tidak inginkan kebaktian itu menjadi sekadar satu rutin, namun ia seharusnya ssuatu yang berbentuk rutin agar menjadi berkesan dalam hidup kita. Kita perlu berbakti sama ada kita rasa ingin berbuat demikian pada saat itu atau tidak. Seringkali perasaan ingin melakukannya selalunya menyusul jika kita menyerahkan hati kita kepada Tuhan. Bagaimanakah kita mengenalpasti bahawa cara perbaktian kita sedang kehilangan maknanya dan apakah yang kita boleh lakukan untuk membawanya kembali?
  • Dalam pelajaran hari Selasa E.G. White telah dipetik sebagai berkata bahawa korban persembahan yang akhirnya bertukar menjadi satu ritual lazim, pada asalnya bertujuan untuk menjadi peristiwa yang penuh berdoa dan penyerahan jiwa. Dalam pelbagai cara, cara kita juga tidak jauh bezanya. Kita bermula dengan saranan dan cita-cita yang tinggi tetapi ia akan kelihatan seperti merosot setelah sekian lama berlalu jika kita tidak berhati-hati. Apakah yang kita boleh lakukan untuk mengekalkan kebaktian kita sebagai satu perhubungan penting di antara diri kita dengan Tuhan? 

LANGKAH 4-Mewujudkan 

Hanya Untuk Guru: Menekankan kebaktian itu sebagai satu penerimaan terhadap adanya Tuhan. Aktiviti berikut akan menekankan suatu keadaan yang sedar terhadap realiti dan kebesaranNya.

            Sebagaimana pelajaran kita nyatakan, bangsa Ibrani purba mampu melihat kepada satu bangunan dan struktur yang nyata dan mengetahui bahawa Tuhan berada di sana. Tanya ahli kelas anda untuk membayangkan satu kehadiran Tuhan yang nyata; iaitu, mereka sedang memandang kepada satu struktur dan mempercayai bahawa kehadiran sendiri Tuhan, dalam cara yang istimewa, berada di sana. Bagaimanakah seharusnya perbuatan atau tingkah laku mereka berubah? Bagaimanakah cara mereka memikirkan tentang suatu benda berubah? Setelah membincangkan hal ini, sila tekankan bahawa sebagai umat Kristian kita sememangnya tinggal di dalam hadirat Tuhan.

            Jika anda ingin menambah satu dimensi seterusnya pada idea ini, minta ahli-ahli kelas anda untuk menanggalkan kasut mereka ketika mereka masuk ke dalam bilik sebagaimana yang Musa telah lakukan semasa berada di hadapan belukar yang sedang terbakar. 

Alternatif: Minta ahli-ahli kelas untuk menimbang beberapa ruang dalam hidup mereka yang mereka mungkin perlu dicipta kembali. Cadangkan agar mereka mengambil perhatian pada perkara tersebut dan menjadikannya satu topik tumpuan doa pada hari-hari, minggu atau bulan akan datang dan bahawa mereka berusaha mencari perubahan.

Posted in Uncategorized | Leave a comment

Pelajaran 3 *9-15 Julai : Hari Sabat dan Perbaktian

9 Julai SABAT PETANG   

Bacaan Untuk Pelajaran Minggu Ini: Keluaran 20:11,  Ulangan 5:15, Yesaya 44:15–20, Matius 11:28–30, Roma 6:16–23.

  Ayat Hafalan: “Masuklah, marilah kita sujud menyembah, berlutut di hadapan TUHAN yang menjadikan kita. Sebab Dialah Tuhan kita, dan kitalah umat gembalaan-Nya dan kawanan domba tuntunan tangan-Nya” (Mazmur 95:6, 7).     

Sebagaimana kita telah lihat dalam Pendahuluan, Penciptaan dan Penebusan adalah pusat kepada perkhabaran malaikat pertama dan tema perbaktian. Malaikat pertama memanggil kita kepada “Injil yang kekal,” iaitu berita baik mengenai keselamatan dalam Yesus, keselamatan yang merangkumi bukan sahaja pengampunan terhadap dosa tetapi kuasa ke atasnya. Oleh itu, Injil menjanjjikan kita satu kehidupan baru dalam Kristus, janji mengenai penyucian yang sendirinya merupakan sebahagian daripada proses keselamatan dan Penebusan (Yohanes 17:17, Kisah 20:32, 1 Tesalonika 5:23).

                Sebagaiman kita telah lihat juga, perkhabaran malaikat pertama merangkumi satu peringatan istimewa bahawa satu-satunya yang kita harus sembah ialah Pencipta kita, Dia yang telah mencipta kita dan dunia yang kita diami.

                Oleh yang demikian, apa yang dikaitkan dengan perbaktian ialah tema tentang Penciptaan, Penebusan dan penyucian. Tidak menghairankan bahawa tiga tema ini dinyatakan dalam Sabat, satu unsur penting dalam peristiwa yang digambarkan dalam Wahyu 14, apabila persoalan berhadapan dengan kita semua: adakah kita menyembah Pencipta, Juruselamat dan yang mentahirkan kita atau adakah kita menyembah binatang dan tandanya? Ayat ini tidak meninggalkan kita dengan pilihan ketiga.

                Minggu ini kita akan melihat kepada hukum Sabat dan bagaimana tema ini dinyatakan pada hari tersebut. Sementara kita mempelajarinya, Tanya diri anda sendiri bagaimana kita boleh menjadikan tema ini pusat kepada perbaktian kita?   

       *Sila kaji pelajaran minggu ini untuk persediaan Sabat, 16 Julai.

AHAD            10 Julai

    Penciptaan dan Penebusan: Dasar Kepada Perbaktian

      “Ingatlah dan kuduskanlah hari Sabat” (Keluaran 20:8). Perkataan ingatlah dan peringatan dalam Ibrani datang dari kata dasar Ibrani yang sama iaitu, zkr. Apabila Tuhan berkata, “ingatlah,” Dia sedang memberikan umat itu satu tugu peringatan tentang dua peristiwa besar, yang satu menjadi dasar kepada yang satu.

Berdasar kepada hukum keempat, apakah dua peristiwa ini dan bagaimanakah kedua-duanya berkait rapat? Keluaran 20:11, Ulangan 5:15.

            Peranan Kristus sebagai Pencipta serabut dengan perananNya sebagai Juruselamat dan setiap minggu hari Sabat menyorotkan kedua-dua peranan ini. Bukan setiap bulan, bukan setiap tahun tetapi setiap minggu dan tanpa pengecualian bahawa demikianlah pentingnya hal ini. Dia yang telah membentuk dan menciptakan kita adalah sama dengan Dia yang telah membebaskan Israel dari Mesir dan membebaskan kita dari belenggu dosa.

Sila baca Kolose 1:13–22.  Bagaimanakah Paulus dengan jelas mengaitkan Kristus dalam perananNya sebagai Pencipta dan Penebus?

            Penciptaan dan Penebusan berada pada dasar semua kebenaran Alkitab dan ianya sangat penting sehingga kita telah diperintahkan untuk memelihara hari Sabat sebagai satu peringatan terhadap kebenaran ini. Dari Eden, di mana hari Sabat pertama kali telah diasingkan sehingga hari ini, terdapat manusia yang telah beribadah kepada Tuhan dengan memelihara kekudusan Sabat hari ketujuh.

            Fikirkan seketika betapa pentingnya dua kebenaran ini bagi Tuhan untuk memberikannya kepada kita sebagai satu peringatan mingguan; begitu penting sehingga Dia mengarah kita untuk mengasingkan sepertujuh daripada kehidupan kita dalam satu rehat yang istimewa agar kita dapat lebih menumpukan perhatian kita kepada kebenaran ini. Bagaimanakah cara anda memelihara hari Sabat boleh membantu anda lebih menghargai Kristus sebagai Pencipta dan Penebus?

 ISNIN     11 Julai

    Ingatlah Penciptamu

    Alkitab bermula dengan ungkapan agung, “Pada mulanya Tuhan mencipta langit dan bumi.” Kata kerja “menciptakan” iaitu bara, adalah kata kerja yang merujuk kepada tindakan Tuhan sahaja. Manusia boleh membina benda-benda, membuat benda-benda, mencipta benda-benda dan membentuk benda-benda tetapi hanya Tuhan yang boleh bara. Hanya Tuhan yang boleh mencipta ruang, waktu, bahan dan tenaga – yang kesemuanya menjadi sebahagian daripada dunia yang kita diami. Semuanya ada di sini, hanya Tuhan yang boleh mem-bara-nya.

            Sudah tentulah caraNya melakukannya kekal menjadi satu misteri. Ilmu Sains tidak memahami sepenuhnya apa bahan itu sebenarnya, apalagi cara ia diciptakan dan mengapa ia wujud dalam bentuknya yang sedemikian rupa. Namun apa yang penting ialah bahawa kita harus jangan sekali-kali lupa dari mana ia datang. “Oleh firman TUHAN langit telah dijadikan, oleh nafas dari mulutNya segala tentaranya…. Sebab Dia berfirman, maka semuanya jadi; Dia memberi perintah, maka semuanya ada” (Mazmur 33:6, 9).

            Juga, apabila sesuatu projek siap dilaksanakan, sesetengah orang suka meraikannya. Contohnya, apabila kita membina sebuah bangunan gereja, kita mentahbiskannya kepada Tuhan. Dalam hal yang sama, apabila Tuhan selesai menciptakan dunia, Dia memperingati peristiwa itu dengan mengasingkan satu hari istimewa, iaitu hari Sabat.

Bandingkan Yesaya 40:25, 26; 45:12, 18; Kolose 1:16, 17; Ibrani 1:2 dengan Yesaya 44:15–20, 46:5–7. Apakah perbezaan yang dibuatkan di sini?

            Sejak sengketa besar di antara Kristus dan Syaitan tiba di bumi, musuh itu telah memimpin manusia untuk meragui atau menyangkal kewujudan Tuhan yang sebenar, iaitu Pencipta. Melalui kejahilan terhadap  FirmanNya atau penyangkalan terhadap bukti kuasa penciptaanNya, kepintaran manusia berusaha mencari cara untuk menjelaskan asal usul kita dengan cara lain selain dari Tuhan. Segala bentuk teori telah dikemukakan. Teori paling popular masa kini adalah evolusi, yang menyatakan mutasi rawak dan pemilihan semula jadi sebagai satu sarana di mana semua kehidupan dan mahkluk pintar wujud. Baru-baru ini ada seorang yang mengemukakan satu teori mengatakan bahawa kita adalah satu paparan komputer sahaja dan bahawa kita sebenarnya tidak wujud tetapi sekadar satu ciptaan computer oleh suatu mahkluk asing yang lebih pintar. Dalam pelbagai cara, seseorang boleh mengatakan bahawa dewa kayu yang Yesaya sebutkan, yang disembah oleh pembuatnya sendiri, adalah sama dengan kebanyakan teori tentang asal usul manusia yang sering dipaparkan sebagai ganti kepada Tuhan yang disebut dalam Alkitab.

Jika kita benar-benar menerima hari Sabat sebagaimana dinyatakan dalam Alkitab – iaitu satu peringatan terhadap penciptaan Tuhan yang enam hari lamanya—bagaimanakah kita boleh dilindungi daripada idea palsu tentang asal usul kita? Juga, siapakah yang akan menyembah satu Tuhan yang telah menggunakan proses evolusi yang kejam dan ganas untuk mencipta kita sebagaimana yang diajar oleh sesetengah pihak?

SELASA    12 Julai

Bebas Dari Perhambaan

  Sebagaimana kita sudah lihat, hari Sabat bukan sahaja menunjukkan kepada penciptaan, satu tema penting dalam perbaktian, tetapi juga kepada penebusan. Ulangan 5:15 memberitahu kita, “Sebab haruslah kau ingat, bahwa engkau pun dahulu budak di tanah Mesir dan engkau dibawa keluar dari sana oleh TUHAN, Tuhanmu dengan tangan yang kuat dan lengan yang teracung; itulah sebabnya TUHAN, Tuhanmu, memerintahkan engkau merayakan hari Sabat.” Kata-kata ini sama bunyinya dengan tema penting pada perkhabaran malaikat pertama, iaitu Penebusan dan Penyelamatan. Dan penebusan ini dilambangi oleh apa yang Tuhan telah lakukan dalam zaman Keluaran. Tidak ada dewa di Mesir yang mempunyai kuasa untuk menghalang bangsa hamba abdi ini untuk melepaskan diri dari belenggu mereka. Hanya Tuhan kepada bangsa Israel, yang telah menyatakan diriNya dalam mukjizat yang berkuasa dan kehadiranNya melalui sinaran kemuliaan yang agung yang mempunyai keupayaan untuk membebaskan mereka dengan “tangan yang kuat” dan “lengan yang teracung” (Ulangan 5:15). Tuhan mahu mereka mengingati bahawa Dialah “Tuhan, tidak ada yang lain kecuali Dia” (Ulangan 4:35). Lalu Dia telah memberikan Sabat kepada mereka sebagai satu peringantan kekal tentang pembebasan mereka olehNya dan sebagai peringatan kepada pembebasan kita dari belenggu oleh Kristus.

Sila baca Roma 6:16–23. Apakah janji yang diberikan kepada kita di sana dan hal ini disamakan dengan apa yang Tuhan telah lakukan untuk bangsa Israel di Mesir?

            Perjanjian Baru dengan jelas mengajar bahawa perhambaan kepada dosa menuntut seorang Juruselamat yang berkuasa, pastinya sama seperti perhambaan di Mesir terhadap umat Israel purba. Itulah yang dimiliki oleh bangsa Israel dari Tuhan mereka; itulah juga yang ada pada kita sebagai umat Kristian hari ini, kerana Tuhan yang telah membebaskan mereka daripada belenggu mereka adalah Tuhan yang sama, yang akan membebaskan kita daripada belenggu kita.                         

            Jika kita memerlukan satu alasan untuk menyembah Tuhan, bukankah alasan itu ialah atas pembebasan daripada perhambaan dosa yang Dia sudah menangi untuk kita? Bangsa Israel telah menyanyikan satu nyanyian angung sebaik sahaja mereka dibebaskan. (Sila lihat  Keluaran 15.) Oleh sebab itu, kebaktian Sabat untuk kita seharusnya satu upacara meraikan kasih kurnia Tuhan dalam membebaskan kita bukan sahaja daripada hukuman dosa (yang dijatuhkan ke atas Yesus demi kita) tetapi dari kuasa dosa yang memperhambakan kita.

Apakahmaknanya untuk tidak lagi menjadi hamba kepada dosa? Adakah ia bermakna kita tidak berdosa atau bahawa kadang kala kita tidak lagi berbuat dosa? Paling penting, bagaimanakah anda boleh belajar menerima dan membuat nyata janji pembebasan yang Injil berikan kepada kita?    

RABU        13 Julai

Ingatlah Yang Menguduskan Kamu     

Sila baca Keluaran 31:13. Pada pemahaman kamu, apakah maksud ayat ini? Bagaimanakah ia kekal relevan bagi kita hari ini? Apakah maksudnya untuk Tuhan menguduskan kita? Bagaimanakah kita boleh mengalami proses ini dalam kehidupan kita sendiri?                       

            Penciptaan, Penebusan dan penyucian (Pengkudusan)—semua hal ini adalah berkaitan. Sudah tentulah Penciptaan itu merupakan dasar kepada segala-galanya (kerana tanpanya tidak aka nada yang ditebus dan dikuduskan). Namun dalam keadaan kita yang berdosa, Penciptaan iytu tidak lagi mencukupi; kita memerlukan Penebusan, iaitu janji tentang pengampunan bagi dosa-dosa kita. Kerana tanpanya, kita akan berhadapan dengan kemusnahan kekal dan penciptaan ke atas kita akan berakhir salam-lamanya.

            Sudah tentulah apa yang tidak boleh dipisahkan dengan Penebusan ialah pengkudusan, proses yang kita bertumbuh dalam kesucian dan kasih kurnia dalam kehidupan kita. Perkataan yang diterjemahkan sebagai “menguduskan” dalam Keluaran 31:13 datangnya dari kata dasar sama dengan yang digunakan dalam Keluaran 20:8 apabila Tuhan meminta umat itu memelihara hari Sabat supaya “kudus.” Kata dasar yang sama muncul dalam Keluaran 20:11, yang mengatakan bahawa “memberkati” atau “menguduskan” hari Sabat itu (lihat juga Kejadian 2:3, di mana Tuhan “menguduskan” hari yang ketujuh itu). Dalam semua hal ini, kata dasarnya, qds, bererti “menjadi kudus,” “di asingkan sebagai kudus,” dan “ditahbiskan sebagai kudus.”

            Tuhan telah memanggil Israel dan mengasingkan mereka sebagai umatNya yang kudus, untuk menjadi terang kepada dunia. Kristus memanggil murid-muridNya kepada satu misi untuk membawa Injil kepada dunia. Inti kepada tugas itu ialah kesucian dan sifat dalam diri mereka yang menyebarkan perkhabaran. Injil itu bukan sekadar tidak lagi dihukum kerana dosa kita. Sebagaimana kita telah lihat kelmarin, ianya adalah mengenai bebas dari belenggu dosa-dosa kita. Ianya mengenai menjadi umat baru dalam Kristus dan menjadikan kehidupan kita sebagai saksi hidup terhadap apa yang Tuhan boleh lakukan masa kini untuk kita di sini.

Silabaca 2 Korintus 5:17. Apakah yang Paulus sedang katakan di sini, dan bagaimanakah kita boleh menyamakan ayat ini kepada tema Penciptaan, Penebusan dan hari Sabat? Bagaimanakah perbaktian Sabat kita boleh membantu kita menumpukan kepada tema tersebut? 

KHAMIS  14 Julai

Berehat Dalam Penebusan 

            Penciptaan, Penebusan dan penyucian: ketika memiliki ketiga-tiga hal ini dalam Kristus dan ketiga-tiganya dilambangkan dalam cara yang istimewa melalui berkat-berkat hari sabat.

Dalam Matius 11:28–30, sila baca jemputan Yesus untuk mendapatkan satu istirehat (kelegaan). Bagaimanakah Sabat diserapkan dengan apa yang Yesus katakan kepada kita di sini?

            “Rehat” (kelegaan) yang Yesus berikan kepada manusia termasuklah kelegaan daripada emosi, psikologi dan rohani untuk mereka yang dibebani dengan beban yang berat, termasuklah beban dosa, rasa bersalah dan ketakutan. Disamping keperluan asas manusia untuk mendapat rehat secara fizikal, terdapat juga keperluan yang sama pentingnya bagi minda dan semangat untuk direhatkan – berehat dari bebanan dan tekanan kehidupan seharian. Tuhan membentuk hari Sabat khusus untuk hakikat itu. Kajian telah menunjukkan bahawa produktiviti di tempat kerja sebenarnya meningkatkan dengan adanya istirahat setiap minggu. Membawa satu istirehat kepada rutin biasa kehidupan akan meningkatkan ketajaman mental dan ketahanan fizikal. Seterusnya, hari Sabat memberikan suatu perasaan yang diharap-harapkan untuk membantu mencegah kebosanan dan keletihan.

            Sementara seseorang boleh mengatakan bahawa mereka berhenti dalam Kristus, hari Sabat memberikan kita satu pernyataan kukuh dan fizikal terhadap istirehat yang dimaksudkan itu. Hari Sabat menonjol sebagai lambang terhadap rehat yang benar-benar kita miliki dalam Dia, dalam keselamatan yang Kristus telah sediakan untuk kita.

            Hari Sabat juga memenuhi tahap emosi kehidupan kita. Ia memberikan kita satu kesedaran tentang identiti; kita telah dicipta menurut rupa Tuhan dan kita adalah milikNya kerana Dia telah menciptakan kita.

            Sama seperti Tuhan memberikan institusi perkahwinan di taman Eden demi memenuhi keperluan manusia  untuk keintiman mendatar, maka Dia telah memberikan hari Sabat untuk keintiman menegak di antara Pencipta dan makhlukNya.

            Hari Sabat menjanjikan kepenuhan—apa yang akan terjadi kepada kita melalui pekerjaan pemulihan yang Kristus lakukan. Ia memberikan kita pengharapan tentang masa depan—perhentian Sabat yang akhir dan kekal. Tetapi paling penting daripada segala-galanya ialah bahawa hari Sabat membawa kita ke tahap keperluan manusia yang tertinggi, iaitu keperluan untuk menyembah sesuatu atau Seseorang. Tuhan dalam hikmatNya yang agung telah memberikan Sabat sebagai satu hari yang diasingkan untuk perbaktian, satu hari yang digunakan untuk menghormati dan memuji Dia.

Apakahbebanan yang anda sedang angkat, yang anda perlu berehat daripadanya, dan bagaimanakah anda boleh belajar menyerahkannya kepada Tuhan? Bagaimanakah perjalanan perbaktian sabat anda boleh membantu anda untuk benar-benar belajar berehat dalam Dia?     

JUMAAT  15 Julai

       Kajian Selanjutnya: Sila baca Ellen G. White, “The Creation,” ms. 44–51; “The Literal Week,” ms. 111–116, dalam buku Patriarchs and Prophets; “The Sabbath,” ms. 281–289, dalam buku The Desire of Ages.

         “Tuhan membuat agar pemeliharaan [Sabat] harus menetapkan [Israel] sebagai para penyembah kepadaNya. Ia seharusnya menjadi tanda kepada pemisahan mereka dari penyembahan berhala dan hubungan mereka dengan Tuhan yang sebenar. Tetapi agar dapat memelihara kekudusan Sabat, manusia haruslah menjadi kudus. Melalui iman mereka harus menjadi penenerima bahagian dari kebenaran Kristus. . . . Hanya dengan demikian maka hari Sabat boleh membezakan Israel sebagai penyembah Tuhan.”—Ellen G. White, The Desire of Ages, ms. 283.               “Apabila Tuhan membebaskan umatNya Israel dari Mesir dan menyerahakan hukumNya kepada mereka, Dia telah mengajar mereka bahawa melalui pemeliharaan hari Sabat maka mereka akan dibezakan dari para penyembah berhala. Inilah yang membezakan di antara mereka yang mengakui keagungan Tuhan dengan mereka yang menolak menerima Dia sebagai Pencipta dan Raja mereka.”—Ellen G. White, Testimonies for the Church, vol. 6, ms. 349.

     Soalan Perbincangan:

  1. 1.       Sila ambil masa merenungkan idea bagaimana pemeliharaan Sabat yang sejati boleh melindungi kita daripada pelbagai delusi tentang penciptaan. Misalnya, fikirkan mengenai mereka yang menyembah binatang yang bertentangan dengan mereka yang menyembah Pencipta (sila lihat Wahyu 14). Bagaimanakah pemahaman palsu terhadap asal usul kita – seperti idea bahawa Yesus telah menggunakan proses evolusi untuk menciptakan kita – akan membuat manusia terpedaya pada zaman akhir nanti?
  2. 2.       Sila kembali kepada persoalan tentang hari Sabat dan kebaktian. Bagaimana gereja anda berbakti pada hari Sabat? Adakah terdapat acara kebaktian yang mengunjurkan kepada mengangkat Tuhan sebagai Pencipta, Penebus dan yang menguduskan? Jika tidak, apakah penekanan diberikan? Bagaimanakah kita belajar mengekalkan Tuhan sebagai tumpuan kepada perjalanan kebaktian kita?
  3. 3.       Penciptaan adalah inti utama kepada semua kepercayaan kita. Mengapakah bahawa tidak ada satupun kepercayaan kita sebagai umat Advent kelihatan bermakna selain daripada Tuhan sebagai Pencipta? Penciptaan adalah dasar kepada semua yang kita percayai dan hari Sabat tersulam di dalam cerita asal mengenai Penciptaan. Bagaimanakah hakikat ini boleh membantu menyatakan betapa penting dan mendasarnya hari Sabat itu? Juga, bagaimanakah hal ini membantu kita memahami dengan lebih baik yang di zaman akhir nanti, apabila penguasa-penguasa palsu memaksa suatu perbaktian yang hanya layak untuk Tuhan, maka hari Sabat akan menjadi perkara utama kepada babak terakhir nanti?

 PANDUAN GURU

Ringkasan Pelajaran     

Ayat Utama: Mazmur 95:6, 7

Pelajar Akan:

Mengetahui: Jelaskan hubungan di antara ibadah dengan Sabat, Penciptaan, penebusan dan pengudusan.

Merasakan: Bersukacitalah dalam perayaan Penciptaan, serta pelepasan dan pemulihan yang diluangkan oleh hari Sabat.

Melakukan: Ingatlah hari Sabat dan semua yang digambarkannya sepanjang minggu sebagai landasan iman peribadi kita dan doktrin yang kita landaskan kehidupan kita. 

Garis Panduan Pembelajaran:

 I. Mengetahui: Pencipta, Penebus, Pemulih

  1. Bagaimana hari Sabat dilihat sama ada ke belakang atau ke depan untuk merayakan tindakan penting olehTuhan bagi pihak kita? Apakah di antara tindakan agung ini?
  2. Bagaimanakah pemeliharan kekudusan Sabat berupa satu tanda dan kesaksian kepada mereka yang tidak percaya tentang hubungan kita dengan Tuhan?

 II. Merasakan: Banyak Yang Diraikan

  1. Apakah yang ada pada dunia ciptaan Tuhan yang membawa sukacita kepada kita? Bagaimanakah hari Sabat itu member peluang kepada kita untuk meraikan Ciptaan dan Pencipta?
  2. Bagaimanakah pemeliharaan hari Sabat akan membawa kita lebih dekat kepada JPenebus kita dan mengeratkan hubungan kita denganNya?
  3. Bagaimanakah kita meraikan pengudusan pada hari Sabat? 

 III. Melakukan: Batu Penjuru Yang Kritikal dan Perlindungan

  1. Sementara hari Sabat hanya sekali dalam seminggu, bagaimanakah kepentingannya itu membentuk cara kita melalui kehidupan kita pada hari-hari lain dalam minggu itu?
  2. Apakah aspek dari Penciptaan, Penebusan dan pengudusan yang mendasar kepada aktiviti harian dan falsafah hidup kita?

 Ringkasan: Ibadah Sabat mengabadikan tindakan penciptaan Tuhan, pembebasan kita dari dosa, dan pemulihan kita ke arah kekudusan. Ia merupakan satu kesaksian kepada orang akfir dan alam semesta secara umum mengenai identity kita dan hubungan kita dengan Tuhan.

  Cara Pembelajaran                         

 LANGKAH 1-Mendorong

 KUNCI UTAMA UNTUK PERTUMBUHAN ROHANI: Daru sudut sejarah, hari Sabat telah sentiasa membezakan para penyembah sejati kepada Tuhan. Tindakan agung Tuhan dalam Penciptaan, dan juga janjiNya tentang penebusan adalah terkandung dalam hari Sabat dan kita menunjukkan kepercayaan kita kepada kuasaNya dengan memelihara hukum haris Sabat.

 Hanya Untuk Guru: Sila tekankan pentingnya perhentian dan perbaktian hari Sabat kepada kesejahteraan fizikal, mental dan rohani kita.   

             Kita semua tahu bahawa kita memerlukan latihan jasmani. Berlembar-lembar azam Tahun Baru membuktikan hakikat ini. Kita faham bahawa jika kita inginkan kesihatan yang baik maka kita perlu bekerja untuknya. Perkara terakhir yang kita perlukan ialah masa panjang untuk berehat, bukankah demikian?

            Memang benar bahawa ramai atau kebanyakan orang di Negara-negara maju banyak melakukan pekerjaan sambil duduk dan kurang latihan jasmani. Tetapi adakah kamu sedar bahawa mereka juga kurang tidur? Kebanyakan di antara kita sedar tentang akibat negatif yang datang dari suatu cara hidup yang tidak banyak bergerak. Salah satu daripadanya ialah masalah berat badan; penyakit berkaitan seperti kencing manis jenis 2 dan penyakit koroner dan vaskular muncul dalam ingatan. Tetapi adakah anda tahu bahawa kurangnya tidur juga menyumbang kepada masalah yang sama? Kurang tidur mengakibatkan bertambahnya tahap hormon yang dipanggil kortison. Jika berlebihan, kortison akan menggerakkan tubuh kita untuk menyimpan lebih banyak lemak di bahagian perut. Ia juga menyebabkan tekanan pada organ-organ penting dan membuat kita mudah terkena penyakit yang melemahkan. Semua hal ini boleh dielakkan dengan istirehat tidur yang cukup yang juga merangkumkan latihan jasmani dan pemakanan yang sesuai.

            Oleh  sebab itu, alam semula jadi sendiri menetapkan bahawa kita harus menghabiskan suatu waktu tertentu untuk berehat, jika tidak kita berhadapan dengan risiko kematian dan penyakit pada usia yang muda. Tetapi rehat itu tidak datang secara semula jadi kepada kita.

            Sebagai umat Kristian SDA, kita menyedari satu dimensi rohani sebagaimana digambarkan dalam hukum hari Sabat. Rehat hari Sabat bukan sekadar satu keadaan “bersantai” betepapun ia suatu yang berfaedah. Dengan memelihara hari Sabat, kita mengakui kebergantungn penuh kita kepada Tuhan dalam perbaktian dan kita berbakti kepadaNya dalam cara dan masa sesuai dengan pilihanNya, bukan semestinya pilihan kita.

     Perhatikan Hal Ini: Mengapakah hukum hari Sabat – satu mandat nyata dari Tuhan – sangat disalah fahami, dibiarkan dan dihina oleh sesetengah umat Kristian? Secara peribadi, bagaimanakah kita  boleh membantu orang lain untuk memahami dan menghargainya?

 LANGKAH 2-Mengkaji

 Hanya Untuk Guru: Tekankan hari Sabat sebagai tanda kepada penciptaan dan penebusan kita, juga kepentingannya sebagai suatu waktu khusus yang ditahbiskan kepada Tuhan.

 Ulasan Alkitab

   I. Tidak Perlu Menjadi Orang Yahudi . . .(Imbas kembali  Keluaran 20:8–11 and Ulangan 5:12–15.)

                    Bagi kebanyakan budaya dan agama, masa itu berlaku mengikut putaran: iaitu, apa yang telah berlaku sebelum itu akan terjadi lagi. Walaupun kita tidak menerima suatu pandangan seperti ini tentang alam dan waktu, sebagai contoh, kaum Mayan pernah menganutnya dan orang Hindu masih mengamalkannya, namun adalah mudah untuk mempercayai bahawa “segala sesuatu tetap seperti semula, pada waktu dunia diciptakan” (2 Petrus  3:4).

            Tetapi sebagai umat Kristian dan Advent, kita tahu bahawa dunia mempunyai satu permulaan. Berlaku pada penghujung putaran minggu tujuh hari, hari Sabat wujud sebagai satu peringatan tentang asal usul kita sebagai mahkluk ciptaan Tuhan, yang dicipta menurut gambarnya. Dengan hari Sabat, Tuhan telah menandakan permulaan pada penciptaan zaman sekarang dan ia telah dipelihara sejak hari itu. Fikrikan mengenai semua bentuk pesta atau perayaan peringatan yang lain. Tiada satu di antaranya yang merujuk kembali kepada permulaan dunia kecuali hari Sabat. Inilah satu-satunya yang menunjukkan bahawa hari Sabat itu bukan suatu yang dimiliki oleh orang Yahudi, ia adalah dari Tuhan.

 Perhatikan Hal Ini: Kita telah diberitahu untuk mengingati hari Sabat. Ini tidak bermakna bahawa apabila ia berlaku, kita hanya ingat untuk berhenti bekerja, membeli-belah atau menonton hiburan yang tidak bererti (walaupun sememangnya ia bermaksud demikian). Ia juga mengarahkan kita untuk melihat mengapa kita tidak melakukan hal ini dan mengapa pula kita melakukan hal yang itu. Hari Sabat mengarahkan kita untuk melihat kepada permulaan dan dengan demikian, kepada Tuhan.

  • Ramai orang menganggap hari Sabat sebagai suatu relik purba di masa lampau, sama ada daripada hukum Perjanjian Lama atau suatu ingatan Sabat di masa muda mereka, ketika ia dipaparkan melalui apa yang mereka tidak boleh lakukan. Adakah hari Sabat itu suatu bebanan bagi anda, atau adakah ia satu peringatan kepada kemegahan kuasa penciptaan dan penebusan Tuhan, dan mengapa? Jika ia berupa suatu bebanan, apakah perubahan yang diperlukan untuk anda?

 LANGKAH 3-Menerapkan

 Hanya Untuk Guru: Hari Sabat mengingatkan kita kepada tindakan agung Tuhan demi kita, janjiNya dan perlengkapan yang disediakanNya untuk memenuhi semua keperluan kita. Sila gunakan pertanyaan berikut untuk menekankan kepentingan Hari Sabat terhadap apa juga pengalaman sepenuhnya yang kita inginkan tentang kedamaian dan penebusan yang diberikan kepada kita oleh Tuhan. 

 Soalan Renungan:

  • Apakah kewujudan hari Sabat, hari yang sama setiap minggu, katakan kepada kita mengenai keobolehpercayaan dan kestabilan Tuhan dalam dunia yang banyak mengandungi hal-hal yang berubah-ubah dan sementara?
  • Jelaskan bagaimana semua tindakan Tuhan – Penciptaan, pengkudusan dan Penebusan – digambarkan dalam pemeliharaan Hari Sabat.

 Soalan Penerapan:

  • Pemeliharaan hari Sabat seringkali dipaparkan sebagai sesuatu yang berdasar kepada peraturan undang-undang. Apakah kriteria yang anda gunakan – atau tolak, jika perlu – untuk menentukan apa yang menghormati dan tidak menghormati Tuhan sebagai satu aktiviti hari Sabat? Bagaimanakah anda boleh mengekalkan kesucian hari Sabat?
  • Bagaimanakah hari Sabat itu boleh mengingatkan anda tentang kehadiran Tuhan dan yang terutama dalam segala perkara?

 LANGKAH 4-Mewujudkan

 Hanya Untuk Guru: Pemberian hari Sabat merupakan satu pemberian tentang satu tempat dalam waktu yang dikuduskan di mana kita tidak mempunyai hal-hal lain yang dilakukan melainkan menghormati Tuhan atas apa yang Dia telah lakukan (Penciptaan), apa yang Dia sedang lakukan (penyucian) dan apa yang dia akan lakukan (Penebusan). Tekankan hal itu dalam cara apabila kita memasuki perhentian hari Sabat kita sedang memasuki satu tempat yang berbeza serta suatu waktu yang berlainan.

            Sila bawa sebuah beg pakaian dan beberapa benda ke dalam kelas (pakaian, dan sebagainya – sebarang peralatan yang seseorang ingin bawa ketika pergi ke tempat jauh). Sila muatkan benda-benda tersebut dalam beg. Tanya ahli kelas anda apa yang mereka ingin bawa bersama ketika melakukan perjalanan yang jauh danmemakan masa yang lama. Mungkin anda boleh bahagikan kertas agar mereka boleh membuat senarai mengenai benda-benda tersebut.

            Lalu buat penekanan bahawa kita harus menganggap hari Sabat sebagai satu tempat yang jauh berbeza serta suatu bahagian tertentu dalam minggu. Bagaimanakah kita boleh menghormati hari sabat jika kita memikirkannya sebagai suatu tempat yang kita akan pergi? Minta ahli kelas tentang cara persediaan mereka jika memikirkan hari Sabat dalam cara seperti ini.

 Alternatif: Anjurkan satu perbincangan tentang apa maknanya hari Sabat kepada kehidupan individu dalam kelas anda. Pernahkah mereka mengorbankan sesuatu kerananya, seperti kehilangan pekerjaan atau jemputan menghadiri suatu pertemuan sosial? Adakah hari Sabat itu suatu yang melegakan dan jika ya, mengapa? Adakah ia berupa sumber kepada lebih banyak tekanan? Bagaimanakah kita boleh memperbaiki pemeliharaan kita terhadap hari Sabat dan memiliki berkat yang Tuhan ingin kita miliki daripadanya?

Posted in Uncategorized | Leave a comment

Pelajaran 2 *2-8 Julai Penyembahan dan Zaman Keluaran: Memahami Siapa Tuhan

SABAT PETANG 2 Julai  

Bacaan Untuk Pelajaran Minggu Ini: Keluaran 3:1–15; 12:1–36; 20:4, 5; 32:1–6; 33:12–23.

Ayat Hafalan: “Akulah TUHAN, Tuhanmu, yang membawa engkau keluar dari tanah Mesir, dari tempat perbudakan. Jangan ada padamu Tuhan lain di hadapan-Ku” (Keluaran 20:2, 3).

Ketika berbicara kepada seorang wanita di tepi sebuah perigi, Yesus telah berkata, “Kamu menyembah apa yang tidak kamu kenal, kami menyembah apa yang kami kenal, sebab keselamatan datang dari bangsa Yahudi” (Yohanes 4:22). Bayangkan, menyembah sesuatu yang anda tidak ketahui. Dalam satu pengertian, itulah yang telah dilakukan oleh hampir seluruh dunia, atau mungkin sedang lakukan sekarang, iaitu menyembah sesuatu yang mereka tidak kenali. Apabila anda melihat seseorang yang sedang tunduk dan menyembah sebongkah batu dengan harapan ia akan menjawab doa mereka maka kamu sedang menyaksikan seseorang yang sedang menyembah sesuatu yang dia tidak kenali. Iaitu, mereka menyembah sesuatu yang pada pendapat mereka akan membawa keselamatan tetapi tidak. Dalam konteks yang lebih moden, mereka yang mendewakan kuasa, wang, kemasyuran dan diri sendiri juga sedang menyembah sesuatu yang mereka tidak kenal. Mereka menyembah sesuatu yang tidak boleh menyelamatkan mereka.

                Dalam konteks Kristian, kemungkinan pertanyaan kita ialah: Adakah kita tahu apa yang kita sedang sembah? Adakah kita kenal Tuhan yang kita berikan pujian dan penghormatan dengan lidah kita? Siapakah Dia? Apakah namaNya? Bagaimanakah keadaanNya?

                Minggu ini kita akan melihat kepada cerita awal tentang bangsa Israel dan bagaimana pelbagai pertemuan mereka dengan Tuhan menyatakan kepada kita lebih banyak hal mengenai sifat dan tabiat Tuhan yang kita akui sebagai yang kita layani dan sembah. Kerana, apakah ertinya menyembah sesuatu yang kita tidak kenal? 

*Sila kaji pelajaran minggu ini untuk persediaan Sabat, 9 Julai.

 AHAD       3 Julai Tanah Yang Kudus

             Sememangnya hal itu menghairankan Musa, yang tinggal di padang gurun, untuk melihat semak yang sedang terbakar. Kejadian itu mungkin bukan suatu yang menakjubkan; kemungkinan dia pernah melihat kejadian seperti itu sebelum ini. Namun, apa yang besar kemungkinan dia tidak pernah lihat sebelum ini ialah semak yang sedang terbakar itu tidak hangus: ia terus-menerus terbakar. Pada saat itu Musa menyedari bahawa dia sedang menyaksikan suatu “penglihatan yang hebat,” suatu yang menakjubkan dan malah suatu yang luarbiasa.

Sila baca Keluaran 3:1–15. Apakah unsur-unsur dasar pada penyembahan sejati yang boleh dilihat dalam ayat-ayat ini?

            Sejak dari mulanya kita melihat di sini sesuatu yang kudus pada Tuhan dan cara tingkahlaku yang kita perlu untuk menghampiri Dia. Tuhanlah yang memberitahu Musa untuk menanggalkan kasutnya kerana tempat itu adalah tanah yang kudus. Tuhan sedang membuat satu perbezaan nyata di antara Dia – iaitu Tuhan – dan Musa, seroang yang berdosa yang memerlukan kasih kurnia. Penghormatan, terharu dan takut – inilah tingkahlaku yang penting untuk kita agar dapat melibatkan diri dalam penyembahan yang sejati.

            Satu lagi perkara penting ialah pengalaman ini yang berpusat pada Tuhan. Jawapan pertama Musa kepada Tuhan ialah, “Siapakah aku maka aku yang harus pergi?” Tumpuannya ialah pada dirinya sendiri – keperluan, kelemahan dan ketakutannya. Namun, tidak lama selepas itu, dia berpindah dari dirinya sendiri kepada Tuhan dan apa yang Tuhan akan lakukan.  Betapa penting bahawa semua bentuk penyembahan haruslah berpusat kepada Tuhan, bukan pada diri kita sendiri.

            Hal itu membawa kepada satu lagi unsur penting dalam penyembahan: iaitu mengenai keselematan dan pelepasan. Pelepasan dari Egypt telah telah berdiri sebagai satu lambang untuk penyelamatan yang semua kita miliki dalam Kristus (1 Korintus 10:1–4). Tuhan tidak menampakkan diriNya kepada Musa untuk sekadar membuat diriNya dikenali. Dia muncul kepada Musa agar dapat membuat dia mengetehaui tentang pekerjaan pelepasan yang besar, yang akan dia lakukan untuk umat Israel. Dalam cara yang sama, Yesus tidak datang ke dunia ini untuk sekadar mewakili Tuhan dan membantu kita agar lebih mengenali Dia. Tidak, Yesus telah datang untuk mati ganti dosa kita, untuk menyerahkan nyawanya sebagai tebusan, untuk mati di kayu Salib demi kematian yang layak kita terima. Sudah tentu melalui kematianNya kita mengenali lebih banyak mengenai sifat Tuhan tetapi pada umumnya Yesus telah datang untuk membayar upah bagi dosa kita dan dengan demikian memberikan kita pelepasan yang sebenar, iaitu pelepasan yang dilambangkan sebahagiannya oleh apa yang Tuhan telah lakukan dalam membebaskan bangsa Israel dari Mesir.

Berapa banyakkah masa yang anda gunakan untuk merenung kepada Salib dan penebusan yang telah diberikan kepada kita melalui Kristus? Atau adakah anda mengambil lebih banyak masa untuk memikirkan hal-hal lain yang tidak boleh menyelamatkan anda? Apakah implikasi pada jawapan anda?

 

ISNIN                           4 Julai Kematian Anak Sulung: Paskah dan Penyembahan

        “Maka haruslah kamu berkata: Itulah korban Paskah bagi TUHAN yang melewati rumah-rumah orang Israel di Mesir, ketika Ia menulahi orang Mesir, tetapi menyelamatkan rumah-rumah kita.” Lalu berlututlah bangsa itu dan sujud menyembah” (Keluaran 12:27).

            Istilah Ibrani yang diterjemahkan sebagai “menyembah” dalam ayat di atas datangnya dari kata dasar yang bermaksud “tunduk sujud” atau “menundukkan diri.” Istilah itu sendiri hampir sentiasa muncul dalam bentuk perbuatan yang menguatkan maknanya atau menunjukkan satu idea yang berulang. Seseorang pasti boleh membayangkan seseorang yang berulangkali tunduk dan berdiri dalam perasaan hormat, kagum dan bersyukur. Dengan memperhatukan ayat tersebut, sememangnya hal ini tidak sudah untuk melihat.

Sila baca cerita mengenai malam paskah yang pertama dalam Keluaran 12:1–36. Bagaimanakah injil, yang seharusnya berada di pusat kepada semua perbaktian kita, dinyatakan dalam ayat ini?

            Kecuali ditutupi dengan darah, umat Israel berkemungkinan akan kehilangan anak sulung mereka. Bagi mereka anak sulung,  (yang selalunya merujuk kepada anak lelaki yang sulung) memiliki keistimewaan dan tanggungjawab yang istimewa, yang kemudiannya digantukan oleh orang Lewi (Bilangan 3:12). Bangsa Israel itu sendiri dianggap sebagai “anak sulung” Tuhan (Keluaran 4:22), yang menunjukkan hubungan istimewanya dengan Pencipta. Dalam Perjanjian Baru, Yesus telah disebutkan sebagai “Anak sulung” (Roma 8:29; Kolose 1:15, 18).

            Walaupun di sini anak sulung telah di selamatkan, namun realitinya, Kristus sebagai “Anak sulung” akan mati, satu kematian yang dilambangkan oleh darah yang disapu pada tiang pintu rumah. Tindakan ini muncul sebagai lambang kukuh terhadap kematian Yesus sebagai kematian gantian. Dia telah mati agar “anak sulung,” dalam erti kata sebenar semua umat Tuhan yang diselamatkan (sila lihat Ibrani 12:23), akan terselamat daripada kematian yang seharusnya layak mereka terima.

            Semasa di Mesir, umat itu telah menuruti tuan mereka kerana takut; kini mereka akan mempelajari makna sebenar penyembahan yang mengalir dari hati yang dipenuhi dengan kasih dan syukur terhadap Dia, yang satu-satunya memiliki kuasa untuk membebas dan menyelamat. Bagaimanakah anda boleh belajar untuk lebih menghargai dan mengasihi Tuhan? Bagaimanakah dosa boleh melemahkan kasih tersebut?

SELASA    5 Julai Tiada Ilah Lain

            Bayangkan babak ini: Gunung Sinai yang diliputi oleh awan tebal, guntur  bergemuruh, petir memancar, trompet bergema. Orang ramai gementar. Asap tebal memenuhi ruang udara kerana Tuhan bangsa Israel telah turun dalam api di atas gunung kudus (Keluaran 19:16–19). Di tengah-tengah awan dan asap itu Dia telah menyatakan diriNya dalam kemegahan yang mengkagumkan. Lalu suara Penebus mereka telah mengisytiharkan empat hukum yang pertama yang semuanya berkaitan langsung dengan penyembahan.

Tumpukan perhatian kepada Keluaran 20:1–6. Apakah hal-hal penting mengenai penyemabahan yang kita boleh ambil dari ayat-ayat ini?

            Hukum Sepuluh bermula dengan peringatan Tuhan kepada umat Israel tentang pembebasan mereka. Hanya Tuhan, satu-satunya Tuhan yang benar, boleh melakukan hal itu untuk mereka. Semua ilah lain, seperti para dewa orang Mesir, adalah dewa palsu, suatu rekaan manusia yang tidak boleh menyelamat atau membebaskan sesiapa. Para “dewa” ini juga menunjukkan sifat yang mementing diri sendiri, menuntut-nuntut dan selalunya tingkah laku yang tidak bermoral yang memantulkan asal-usul manusiawinya. Betapa satu perbezaan dengan Tuhan, Pencipta dan Juruselamat yang penuh kasih dan pengorbanan diri. Oleh yang demikian, setelah berabad-abad terbenam dalam budaya kekafiran yang berbentuk politeisme mentah, umat Israel perlu mengenali Tuhan mereka sebagai satu-satunya Tuhan mereka yang sebenar, terutama sekarang yang mereka sedang memasuki satu hubungan perjanjian dengan Dia.

Bagaimanakah latar belakang seperti ini boleh membantu kita untuk lebih memahami apa yang Tuhan telah katakan kepada mereka dalam Keluaran 20:4, 5? Juga, bagaimanakah kita boleh mengambil prinsip yang ditunjukkan di sini dan menerapkannya untuk diri kita sendiri hari ini?

            Ellen G. White telah menulis, “Apapun yang kita hargai yang akan mengurangkan kasih kita kepada Tuhan atau mengganggu pelayanan yang seharusnya untuk Dia, maka hal itu kita jadikan ia sebagai dewa.”—Patriarchs and Prophets, ms. 305. Tanya diri anda sendiri: Apakah, jika ada, dewa-dewa dalam kehidupan saya yang bersaing mendapatkan tumpuan, masa, keutamaan atau matlamat saya? Apakah itu dan bagaimanakah saya boleh menyingkirnya?

 

RABU                 6 Julai  “Inilah Tuhanmu . . .”

Sila baca Keluaran 32:1–6 dan jawap pertanyaan berikut:

1) Peristiwa dan pemangkin apakah yang pertama kali membuka laluan kepada pernyataan kuat ini tentang penyembahan palsu? Apalah pengajaran yang kita, sebagai umat Advent, harus ambil daripada hakikat ini?

2) Diperbuat daripada apakah tuhan palsu ini dan apakah yang dikatakannya tentang betapa sia-sianya jenis ibadah seperti ini?

3) Bagaimanakah penyembahan mereka kepada patung ini membezakan penyembahan mereka kepada Tuhan?

            Kemudian “bangunlah mereka dan bersukaria”; mereka “telah rusak lakunya”; mereka “segera juga menyimpang” (Keluaran 32:6–8). Sesuatu yang sukar menggambarkan kekaguman dan penghormatan yang seharusnya ada dalam suatu ibadah yang sejati, bukankah demikian?

            Tidak diragukan bahawa masyarakat majmuk (orang Mesir yang telah memilih untuk menemani bangsa Israel dalam zaman Keluaran atau yang telah berkahwin dengan orang Ibrani) telah mempengaruhi umat itu dan menuntut kepada Harun suatu bentuk serta cara ibadah yang biasa bagi mereka. Apabila Yosua mendengar suara bising dari bawah, dia telah datang kepada Musa dan member tahu Musa dengan sangkaannya bahawa terdapat pergaduhan dalam perkhemahan. Tetapi Musa, yang sekian lama telah tinggal dalam Istana Diraja Mesir mengetahui lebih baik mengapa berlakunya bunyi bising itu sebenarnya. Kemungkinan dia mengenali bunyi kemeriahan yang tidak bermoral – taru menari, muzik yang nyaring, menyanyi, teriakan dan keseluruhan riuh-rendah yang seiring dengan penyembahan mereka kepada berhala. (Keluaran 32:17–22).

            Apabila mereka menyembah Tuhan yang sebenar, mereka melakukannya dengan kerendahan diri dan penuh hormat. Kini, ketika menyembah patung emas anak lembu ini, mereka bertindak seperti binatang liar. Mereka telah “menukar Kemuliaan mereka dengan bangunan sapi jantan yang makan rumput” (Mazmur 106:19,20). Adalah menjadi suatu prinsip sifat manusia bahawa kita tidak bangkit lebih tinggi daripada apa yang kita sembah atau hormati.

Perhatikan betapa cepatnya mereka mengkompromikan kebenaran dalam ibadah. Perhatikan betapa cepatnya budaya tempatan menyerap dan membawa mereka menjahuhi Tuhan yang sebenar. Bagaimanakah kita boleh pastikan bahawa kita, dalam penyembahan kita sendiri, tidak akan termasuk dalam perangkap yang sama?

KHAMIS                      7 Julai  “Tunjukkan Kepadaku KemuliaanMu

            Dalam pengalaman patung emas anak lembu, umat Israel telah mengingkari perjanjian mereka dengan Tuhan; mereka telah mengambil namaNya dengan sia-sia melalui penyembahan mereka yang berdosa dan palasu. Musa merayu kepada Tuhan bagi pihak mereka (Keluaran 32:30–33). Oleh kerana dosa mereka yang dahsyat, Tuhan mengarahkan umatNya yang “tegar tengkuk” untuk menanggalkan perhiasan mereka agar Dia dapat “melihat, apa yang akan Kulakukan kepadamu (Keluaran 33:4, 5). Kepada mereka yang dalam kerendahan diri telah bertaubat, menanggalkan perhiasan mereka merupakan lambang terhadap pendamaian mereka kembali dengan Tuhan (Keluaran 33:4–6).

  Sila baca Keluaran 33:12–23. Mengapakah Musa bertanya apa yang dia telah lakukan kepada Tuhan? Apakah yang Musa ingin pelajari? Mengapakah dia percaya bahawa dia memerlukan perkara tersebut?

            Keinginan Musa untuk melihat kemuliaan Tuhan bukan suatu yang lahir dari keinginan mengetahui atau suatu prasangka awal tetapi lahir dari hati yang dalam, yang lapar untuk menyedari kehadiran Tuhan setelah peristiwa kemurtadan umum itu. Walaupun Musa tidak terlibat dalam dosa mereka, namun dia merasakan tempias dari dosa tersebut. Kita boleh tidak tinggal terpisah daripada anggota lain dalam gereja kita. Apa yang membawa kesan kepada seseorang akan mengesani juga orang yang lain, suatu hal yang jangan sekali-kali kita lupa.

            Lihat dengan teliti pada Keluaran 33:13. Musa berkata kepada Tuhan bahawa dia, Musa, ingin “mengenal Engkau.” Di sebalik semua hal yang Tuhan telah lakukan, Musa menyedari keperluannya, kelemahannya serta ketidakberdayaannya sendiri dan dengan demikian dia mahu satu kehidupan yang lebih dekat dengan Tuhan. Dia ingin mengenali lebih baik Tuhan yang sangat diharapkannya. Betapa suatu hal menarik bahawa beberapa abad kemudian, Yesus telah berkata, “Inilah hidup yang kekal itu, yaitu bahwa mereka mengenal Engkau, satu-satunya Tuhan yang benar, dan mengenal Yesus Kristus yang telah Engkau utus” (Yohanes 17:3). Dia ingin melihat kemuliaan Tuhan, suatu hal yang membolehkan dia lebih menyedari keberdosaan dan ketidaberdayaannya sendiri dan dengan demikian kebergantungan sepenuhnya kepada Tuhan. Kerana, lihatkan sahaja kepada panggilan apa yang diminta untuk dilakukan oleh Musa; perhatikan kepada cabaran-cabaran yang harus dihadapinya. Tidak hairanlah mengapa dia merasakan satu keperluan untuk mengenali Tuhan.

            Di sinilah juga kita tiba kepada satu perkara yang sangat penting mengenai penyembahan. Penyembahan seharusnya adalah mengenai Tuhan; ia seharusnya mengenai kita dalam kerendahan diri, iman dan penyerahan, yang berusaha agar lebih mengenali Dia dan “jalanNya” (Keluaran 33:13).

Sejauhmanakah anda mengenali Tuhan? Lebih penting lagi, apakah pilihan yang anda boleh ambil yang membolehkan anda mengenali Dia dengan lebih baik daripada sekarang? Bagaimanakah anda boleh belajar beribadah dalam cara yang akan membuat anda lebih menghargai Tuhan dan kemuliaanNya?

JUMAAT  8 Julai

Kajian Selanjutnya: Sila baca Ellen G. White, “The Law Given to Israel,” ms. 303–314; “Idolatry at Sinai,” ms. 315–330; “Satan’s Enmity Against the Law,” ms. 331–342, dalam Patriarchs and Prophets; Mazmur 105:26–45; 106:8–23.

        “Kerendahan hati dan hormat harus menjadi ciri-ciri kepada kelakuan semua orang yang datang ke hadirat Tuhan. Dalam nama Yesus kita boleh datang kepadaNya dengan keyakinan diri, tetapi kita tidak harus mendekati Dia dengan keberanian yang prasangka, seolah-olah Dia berada di tahap sama dengan diri kita sendiri. Terdapat mereka yang menaggap kepada Tuhan yang agung dan maha kuasa serta kudus, … sama seperti menganggap mereka yang setara, atau malah yang lebih rendah. Ada orang yang akan mengendalikan diri dalam rumahNya dalam cara  yang mereka tidak akan  lakukan di ruang pertemuan pemerintah duniawi. Mereka akan ingat bahawa mereka berada di hadapan Dia yang dipuja oleh serafim, di mana para malaikat menutupi muka mereka. Penghormatan terhadap Tuhan haruslah yang tertinggi; semua yang benar-benar menyedari kehadiranNya akan tunduk dalam kerendahan hati di hadapanNya”— Ellen G. White, Patriarchs and Prophets, ms. 252.

        “Penghormatan sejati untuk Tuhan didorong oleh kesedaran terhadap kebesaranNya yang tidak terbatas dan kesedaran terhadap kehadiranNya. Dengan kesedaran seperti ini terhadap Dia yang tidak kelihatan maka setiap hati haruslah teruja sedalam-dalamnya. Waktu dan tempat untuk berdoa adalah kudus kerana Tuhan hadir di situ. . . . Para malaikat, apabila mengungkapkan nama itu, akan menutupi muka mereka. Oleh itu, dengan penghormatan apakah kita, yang telah jatuh dan berdosa ini, harus ungkapkan dari bibir kita!”—Ellen G. White, Prophets and Kings, ms. 48, 49.

Soalan Perbincangan:

  1. 1.  Bincangkan aspek berikut mengenai sifat Tuhan: KedekatanNya kepada kita, kebesaran, keagungan dan kesucianNya. Para ahli teologi merujuk kepada dua konsep ini sebagai kewujudan dan kejangkauanNya. Fikirkan mengenai cara-cara dua kebenaran penting ini boleh ditekankan dan diimbangkan dalam pelayanan perbaktian kita.

2. Apakah pelajaran yang kita boleh ambil daripada cerita sedih mengenai penyembahan Israel terhadap patung emas anak lembu dan akibat serius daripada menyembah dewa-dewa (sama kelihatan atau tidak)? Apakah di antara beberapa berhala yang biasa disembah oleh orang dalam masyarakat anda? Apakah pelajaran yang anda lihat dalam cerita ini untuk gereja hari ini, untuk kita yang sudah sekian lama menanti-nantikan kedatangan Tuhan?

3. Bagaimanakah pula dengan acara kebaktian kita? Bagaimanakah ia boleh membantu kita dengan lebih baik untuk menyedari keagungan, kemuliaan dan kuasa Tuhan? Atau adakah ia kelihatan seolah-olah membawa Tuhan lebih How can they better help us sense the majesty, the glory, and the power of Tuhan? Atau adakah ia cenderung untuk membawa Tuhan turun ke tahap kita sendiri?

4. Apakah maknanya dengan mengenali Tuhan? Jika seseorang bertanyakan kepada anda, “Bagaimanakah anda mengenali Tuhan?” bagaimanakah anda menjawab? Dalam kata lain, bagaimanakah seorang manusia boleh mengenali Tuhan secara peribadi?

 

 

Ringkasan Pelajaran

 

Ayat Utama: Keluaran 20:2, 3

 

Pelajar Akan:

Mengetahui: Bandingkan perbezaan perasaan dan tingkah laku oleh para penyembah di sekeliling patung emas anak lembu dengan perasaan dan tingkah laku para penyembah yang berada di kaki gunung Sinai.

Merasakan: Berikanlah penyembahan yang bersifat rendah kepada Tuhan, dengan menyedari keagungan pemerintahan, kuasa penciptaan dan kesucian kemuliaanNya.

Melakukan: Menghormati Tuhan zaman Keluaran, menghormati dan menyambut pelawaanNya kepada perbaktian.

 

Garis Panduan Pembelajaran:

I. Mengetahui: Hormat atau Pesta Ria?

  1. Menmgapakah sangat penting bagi Tuhan untuk menunjukkan siapa diriNya melalui api, kata-kata bergemuruh dan gempa bumi ketika di Gunung Sinai?
  2. Apa yang membezakan perayaan penuh hormat terhadap kuasa Tuhan yang membebaskan, dari pesta pora hedonistik Israel sebagaimana yang dipaparkan sekitar patung emas anak lembu itu? Bagaimanakah Israel terjatuh ke dalam jenis ibadah palsu seperti ini??
  3. Bagaimanakah godaan yang sama seperti ini muncul kepada kita dan bagaimanakah kita boleh mengawal diri kita daripada penyembahan yang tidak sopan dan palsu ini?

 

II. Merasakan: Layak Disembah

  1. Bagaimanakah Tuhan menyatakan diriNya kepada Musa dan Israel ketika Dia mengajar mereka cara untuk menyembah Dia?
  2. Apakah emosi dan tingkah laku yang muncul daripada kesedaran terhadap kemuliaan, kuasa dan kebenaran Tuhan?

 

III. Melakukan: Pemerintah Agung, Penyelamat Maha Besar

  1. Apakah gambaran dan konsep mengenai Tuhan yang penting untuk dikekalkan dalam fikiran ketika kita menghampiri dia dalam perbaktian?
  2. Bagaimanakah kita menyatakan kesetiaan kita dalam cara yang intim serta terhormat?

 

Ringkasan: Sementara Tuhan secara peribadi telah membebaskan Israel dari Mesir dan menunjukkan diriNya dalam pelbagai cara yang kukuh kepada umatNya, Dia perlukan pengakuan dan penghormatan yang mendalam terhadap sifatNya yang kudus dan luar biasa.

 

Cara Pembelajaran                                 

LANGKAH 1-Mendorong

 

KUNCI UTAMA UNTUK PERTUMBUHAN ROHANI: Ibadah yang sejati bercirikan kesedaran dan pengakuan terhadap kebesaran Tuhan yang tidak terbatas dan keinginan kita untuk lebih mengenali Dia. Penyembah yang benar akan menolak untuk menerima sebarang bentuk pengganti kepada Tuhan yang berupa berhala.

 

Hanya Untuk Guru: Tekankan perbezaan di antara Tuhan dan benda-benda yang kita tergoda untuk meletakkan dalam kehidupan kita sebagai lebih tinggi daripada Tuhan.

            Berhala. Kita semua sudah sedia kenal dengan istilah ini. Jika kita adalah pelajar Alkitab, atau mendengar mereka yang bergelar pelajar Alkitab, kita tahu bahawa perkataan ini merujuk kepada suatu lembaga yang melambang dewa palsu. Sesetangah budaya atau agama berpendapat bahawa kuasa itu terletak pada patung itu sendiri; yang lain berpendapat bahawa ia adalah saluran di mana para dewa akan menyatakan diri mereka kepada penyembah. Namun hal yang penting adalah bahawa berhala  hanyalah sebentuk artifak buatan manusia yang tidak mempunyai kepentingan sebenar di luar daripada imaginasi, tahyul, atau salah faham pembuatnya.

            Namun perkataan idola juga digunakan dalam pelbagai cara. Contohnya, ia digunakan dalam tajuk rancangan TV yang popular di kebanyakan Negara. Seseorang yang sangat diminati disebut sebagai “idolaku.” Sudah tentu itu hanya kiasan sahaja, atau secara aneh suatu yang diingini olehnya sendiri. Tetapi hal sebenarnya ialah bahawa ia sememangnya mendorong kita untuk meletakkan pemujaan dan kepercayaan kita kepada benda-benda yang tidak berkekalan seperti kita. Sementara dalam realitinya kita tidak didorong untuk beribadah kepadanya, sesetengah di antara emosi yang berkisar pada hal-hal seperti ini pastinya kelihatan dan dirasakan sama seperti suatu bentuk penyembahan. Boleh dikatakan bahawa hakikat ini cenderung melemahkan keinginan dan kemahuan untuk benar-benar menyembah Tuhan.

            Dalam Kitab Keluaran kita melihat perbuatan Tuhan yang luar biasa, satu-satuNya yang layak disembah. Kita juga melihat kecenderungan manusia untuk menggantikan Tuhan dengan benda-benda lain yang mengakibatkan kebingungan dan kesedihan.

 

Perhatikan Hal Ini: Apakah yang diperlukan agar dapat mengekalkan tingkah laku yang sesuai terhadap Tuhan dan kesedaran yang betul tentang siapa dan apakah Dia? Bagaimanakah hal-hal di dunia ini boleh mengikis penghormatan dan ibadah yang seharusnya kita sediakan untuk Tuhan sahaja? Bagaimanakah kita boleh kekalkan keutamaan kita dalam keadaan yang teratur?

 

LANGKAH 2-Mengkaji

 

Hanya Untuk Guru: Sila tekankan perbezaan di antara sifat sebenar penyembahan yang betul sebagaimana di lihat dalam pengalaman Musa di Gunung Horeb (Keluaran 3:1–15), dengan apa yang dinyatakan dalam penyembahan dewa-dewa palsu (Keluaran 32:1–6).

 

Ulasan Alkitab

I.    “AKULAH AKU telah mengutus aku kepadamu.(Imbas kembali  Keluaran 3:1–15.)                                               

 

            Pertama kali Tuhan menunjukkan diriNya kepada Musa adalah dalam bentuk yang sangat sederhana: serumpun belukar. Belukar yang kebetulan sedang terbakar. Dalam kawasan kering seperti ini sudah tentu kebakaran kerap terjadi. Api merupakan cara alam semulajadi untuk menghapuskan tumbuh-tumbuhan yang telah mati bagi membolehkan tumbuh-tumbuhan lain hidup, Tetapi serta merta Musa melihat suatu yang tidak biasa terjadi: belukar itu tidak hangus di bakar. Ia merupakan satu penghinaan terang-terangan kepada hukum ilmu termodinamik, yang sudah sedia difahami oleh orang purba sekalipun. Setelah mendapat perhatian Musa, kini Tuhan akan bekerja dalam cara yang istimewa bersama dengan hambaNya.

            Tuhan telah menciptakan belukar, dan juga api, dan Dia telah menciptakan hukum yang mengawal hubungan di antara dua bahan ini. Tetapi Tuhan adalah lebih besar daripada hukum ini. Dan jika Dia mahu, Tuhan boleh membatalnya secara menyeluruh, dan hal inilah yang dilakukannya.

            Musa suda sedia maklum dengan hal-hal yang biasa berlaku: belukar yang terbakar. Tetapi pada peristiwa ini dia telah melihat dua  Namun dalam hal ini dia melihat dua fenomena alam bertindak dalam cara tidak wajar, cara yang menunjukkan kehadiran Tuhan. Tuhan telah muncul di tengah-tengah ciptaanNya maka pelbagai perkara ganjil telah terjadi. Tindak balas semula jadi ialah menyembah. Musa harus di beritahu untuk menanggalkan kasutnya, tetapi dia tidak perlu diberitahu untuk menundukkan dirinya.

            Hari ini, apabila kita berbakti, ia selalunya suatu peristiwa yang sudah dijadualkan. Ia jarang sekali terjadi akibat dari ledakan spontan terhadap kehadiran Tuhan sebagaimana yang dialami oleh Musa.  Kita pergi ke gereja pada masa yang sama setiap minggu. Atau kita tetapkan masa kebaktian untuk peribadi dan keluarga. Walau dengan tujuan terbaik sekalipun, maka adalah mudah untuk membolehkan kebaktian itu menjadi sekadar rutin. Tetapi kita perlu sentiasa ingat bahawa penyembahan yang sebenar adalah tempat kita bertemu Tuhan di tengah-tengah realiti biasa dan mengakui bahawa hal itu sebenarnya bukanlah suatu perkara yang biasa. Ibadah mengingatkan kita bahawa Tuhan adalah pusat kepada realiti yang biasa, dan bahawa realiti ini – dan kita sendiri – sememangnya sangat bergantung kepadaNya.

 

Perhatikan Hal Ini: Bagaimanakah Tuhan menunjukkan diriNya dalam kehidupan anda setiap hari? Apakah cara anda menghormati dan berterima kasih keatas kehadiranNya?

II. Patung Emas Anak Lembu  (Imbas kembali  Keluaran 32:1–6 bersama kelas anda.)

 

            Apabila seseorang melihat kepada cerita mengenai patung emas anak lembu, mudah untuk mengandaikan bahawa umat Israel itu hanya mengambil alih para dewa dari budaya kafir yang berdekatan dan meninggalkan Yahweh. Hakikat ini dilihat melalui ayat-ayat (ayat 1, 4) di mana kaum itu dikatakan sebagai memohon kepada Harun untuk membuat patung dewa untuk mereka dan memujanya sebagai dewa yang telah membawa mereka keluar dari Mesir. Tetapi terdapat juga ayat 5, yang mengatakan bahawa Harun merujuk kepada pest aria yang akan tiba sebagai “satu perayaan kepada Tuhan”, secara literal merujuk kepada Yahweh.

            Jika diambilkira secara bersama, semua ini menunjukkan bahawa sekurang-kurangnya beberap di antara umat itu berpendapat bahawa sementara mereka masih menghormati Yahweh, mereka boleh memiliki dewa-dewa lain yang sama dengan bangsa lain di sekeliling mereka.  Mereka akan menganjurkan pesta liar kekafiran ini, tetapi dengan mendedikasikannya sebagai ditujukan kepada Tuhan, mereka seakan-akan membuatnya diterima oleh Tuhan.

            Oleh itu, apa yang sebenarnya kita lihat dalam ayat ini bukanlah suatu kemurtadan terbuka sebagaimana halnya dengan sinkretisme. Sinkretisme ialah menggabungkan sistem agama atau kepercayaan yang bercanggah, yang selalunya dilakukan atas keperluan politik, keinginan peribadi atau kemahuan semata-mata. Sebagaimana halnya dengan tujuan tertentu yang dibuat atas dasar moral atau teologi, pengwajaran terhadap perbuatan sinkretisme mudah dilakukan.

            Contohnya, fikirkan apa kemungkinan berlaku dalam fikiran Harun. Seakan-akan Musa telah hilang tanpa diketahui ke mana dan tanpa kepimpinannya yang berkarisma itu, kesetiaan bangsa itu kepada Yahweh berkurangan. Iman mereka tidak menggambarkan apa yang telah dilakukan untuk mereka sejak kebelakangan itu. Pada satu tahap, kemungkinan Harun takut berlakukan pemberontakan. Pada masa yang sama, dia terlalu setia atau takut untuk terang-terang meninggalkan Yahweh. Mungkin dia telah berpendapat, mengapa tidak biarkan umat itu memiliki secukup mana yang mereka kehendaki untuk mengekalkan mereka dalam lingkungan sehingga Musa kembali? Makah al itu ditetapkan bahawa dia akan memberikan mereka satu dewa palsu, walaupun mereka memohon dewa yang banyak; dan dia akan membuat dewa yang palsu ini sebagai teman Yahweh, orang suruhannya.

            Jika alasan yang cacat di sebalik perbuatan ini tidak jelas kelihatan pada awalnya, ia pasti nyata ketika pest aria itu dimulakan. Lambat laun, Harun dan yang lain segera menyedari bahawa hal ini bukan sekadar suatu penyembahan palsu yang dianggap kecil. Mencampur-adukkan sedikit penyembahan kekafiran dengan “suatu perayaan Tuhan” akan manghasilkan satu perayaan kafir, sama seperti jika mereka dengan mudah meninggalkan Yahweh dan memeluk agama kafir. Sama seperti racun yang dicampur dengan makanan akan menutupi makanan tetapi tidak mengubah sifatnya, penyembahan palsu yang dicampurkan dengan perbaktian sebenar sama dengan penyembahan palsu.

 

Perhatikan Hal Ini: Apakah akibatnya dalam cuba menggabungkan perbaktian kepada Tuhan yang sebenar dengan unsur-unsur yang tidak benar, atau malah suatu yang sama sekali bercanggah? Mengapakah kita cuba melakukannya?

 

LANGKAH 3-Menerapkan

 

Hanya Untuk Guru: Gunakan soalan berikut untuk menekankan pentingnya mengetahui Tuhan dan berusaha untuk mengenali Tuhan sebagai unsur penting dalam perbaktian. Tekankan bagaimana pengetahuan betul terhadap apa dan siapa Tuhan itu sebenarnya akan menghalang penyembahan berhala, atau menyembah dewa yang kita sendiri buat atau bayangkan.

 

Soalan Renungan:

  • Ø Apakah ertinya bila kita mengatakan bahawa kita takut Tuhan? Apakah ia suatu perasaan takut dalam erti bahawa kita takut kepada Tuhan? Jelaskan. Apakah ada erti tertentu di mana kita harus takut kepada Tuhan? Mengapa, atau mengapa tidak?
  • Ø Pada pendapat anda, mengapakah bangsa Israel mempunyai ingatan yang singkat terhadap hal-hal yang Tuhan telah lakukan untuk mereka? Apakah kemungkinan dikatakan oleh hakikat ini mengenai cara mereka menghampiri Tuhan dalam perbaktian dan dalam kehidupan harian mereka?

 

Soalan Penerapan:

  • Ø Dalam Keluaran 3:1–15 kita melihat keengganan awal Musa untuk melakukan apa yang Tuhan minta dilakukannya. Tetapi apabila dia beribadah, dia menyedari bahawa Tuhan mempunyai kuasa yang cukup untuk menggunakanya dalam cara yang berkesan. Bagaimanakah satu ibadaha kepada Tuhan bleh memberikan keyakinan kepada kita?
  • Ø Tuhan adalah yang besar. Terdapat banyak cara yang betul untuk menyembah Dia. Bagaimanakah kita dapat mempastikan cara mana yang sesuai dengan apa yang Alkitab katakan kepada kita sebagai betul dan suatu perbaktian yang jujur secara rohaniah, dan mana satu perbaktian yang bercanggah dengan perbaktian yang benar? Bagaimanakah kita dapat pastikan bahawa pandangan kita dalam hal ini bukan hasil dari sekadar pendapat kita sendiri, atau malah dari prasangka kita?

 

LANGKAH 4-Mewujudkan

 

Hanya Untuk Guru:  Pelajaran ini menekankan perbaktian sebenar yang berpusat kepada Tuhan. Aktiviti berikut adalah bertujuan mendorong ahli-ahli kelas anda untuk memusatkan kehidupan mereka kepada perbaktian dan mengambil keutamaan mereka serta kesedaran diri daripada pengetahuan sebenar tentang Tuhan yang dipelajari melaluinya.

 

Tanya kepada ahli-ahli kelas anda:  Dengan cara apa mereka mengalami apa yang mereka anggap sebagai mukjizat yang sebenar atau apapun yang disampaikan kepada mereka sebagai satu mesej bahawa mereka boleh menjalankan kehidupan dalam semangat keyakinan yang soleh?

 

Alternatif: Bagi bangsa Israel, mereka telah meninggalkan dewa di negeri yang pernah mereka diami. Sementara mereka merupakan umat kepada Tuhan yang agung, yang telah menunjukkan banyak mukjizat dan tanda, mereka masih mengingini dewa-dewa orang Mesir. Sesetengah di antara masih berpendapat bahawa mereka boleh memiliki kedua-duanya. Hari ini kita mempunyai lebih banyak hal-hal yang membawa perhatian kita jauh daripada Tuhan. Sama seperti bangsa Israel, mungkin kita juga berpendapat bahawa kita boleh memiliki “Tuhan dan . . .” Tanya ahli-ahli kelas, bagi mereka apakah anda apa di antara beberapa perkara ini. Bagaimanakah kita boleh meletakkannya di tempat yang sesuai? Atau adakah perlu untuk melupakannya secara keseluruhan sebagaimana halnya dengan dewa-dewa kafir? Sila bincang.

 

Posted in Uncategorized | 2 Comments

Pelajaran 1 25 Jun -1 Julai Kebaktian Dalam Kitab Kejadian: Dua Kelompok Penyembah

SABAT PETANG  

Bacaan Untuk Pelajaran Minggu Ini: Kejadian 3:1–13, 4:1–4, 6:1–8, 12:1–8, 22:1–18, 28:10–22, Titus 1:2.

 Ayat Hafalan: “ ‘Sesungguhnya TUHAN ada di tempat ini, dan aku tidak mengetahuinya.’ Ia takut dan berkata: ‘Alangkah dahsyatnya tempat ini. Ini tidak lain dari rumah Tuhan, ini pintu gerbang syurga!’ ” (Kejadian 28:16, 17).

Telah dikatakan bahawa sebagai manusia, kita perlu menyembah sesuatu. Apa yang kita sembah … itu adalah perkara yang lain lagi, namun ia suatu yang dipenuhi dengan akibat yang sangat penting terutamanya pada zaman akhir apabila dua kumpulan penyembah dinyatakan: mereka yang menyembah Pencipta dan mereka yang menyembah binatang dan tandanya.

                Namun benih bagi perbezaan itu boleh dilihat awal lagi dalam Alkitab. Dalam cerita Kain dan Habil, dua jenis penyembah muncul, iaitu, yang menyembah Tuhan yang benar sebagaimana Dia harus disembah dan yang melakukan jenis penyembahan yang salah. Yang satu boleh diterima dan yang satu lagi tidak boleh diterima dan itu adalah disebabkan yang satu itu berdasarkan kepada keselamatan oleh iman dan yang lain itu, sebagaimana halnya dengan semua bentuk penyembahan yang palsu, adalah berdasarkan kepada usaha pekerjaan. Ia merupakan suatu corak yang akan berkali-kali muncul di seluruh Alkitab. Satu jenis penyembahan tertumpu hanya kepada Tuhan, kepada kuasa, kemuliaan dan kaish kurniaNya, jenis yang satu lagi ialah tertumpu kepada kemanusiaan dan pada diri sendiri.

*Sila kaji pelajaran minggu ini untuk persediaan Sabat, 2 Julai.

AHAD       26 Jun

 

PENYEMBAHAN DI TAMAN EDEN

            Kejadian 1 mencatatkan cerita mengenai Adam dan Hawa di rumah mereka yang baru. Pencipta alam semesta baharu sahaja selesai merekacipta dan membina satu planet baru yang indah lalu menyempurnakan pekerjaanNya dengan mencipta keluarga yang pertama. Dunia ini muncul dari Dia secara sempurna, semestinya ketika itu bumi merupakan sebahagian daripada Syurga.

            Kemudian Kejadian 2:1–3 menambahkan satu unsur lagi: mengasing dan menguduskan hari yang ketujuh, satu tindakan yang berkait langsung dengan pekerjaanNya dalam menciptakan langit dan bumi, satu tindakan yang menjadi dasar kepada hukum keempat – satu hari yang diasingkan untuk perbaktian dan penyembahan dalam satu cara yang istimewa. Walaupun Kitab Suci tidak mengatakannya, namun seseorang boleh membayangkan jenis penyembahan manusia yang tidak berdosa ini, dalam ciptaan yang sempurna, mahu berikan kepada Pencipta mereka, yang telah banyak melakukan banyak perkara untuk mereka. (Ketika itu, mereka langsung tidak mengetahui sejauh mana sebenarnya Dia akan melakukan sesuatu untuk mereka!)

Sila baca cerita tragis mengenai kejatuhan itu dalam Kejadian 3:1–13. Apakah perubahan yang terjadi dalam hubungan Adam dengan Penciptanya? (ayat 8–10). Bagaimanakah Adam menjawab pertanyaan Tuhan kepadanya? (ayat 11–13). Apakah yang jawapannya nyatakan mengenai apa yang telah terjadi kepada dirinya?

      ____________________________________________________________

      ____________________________________________________________

            Selepas Kejatuhan, terlalu banyak unsur yang pastinya tidak ada sebelum itu tiba-tiba muncul. Pada saat pelanggaran mereka, seluruh intipati moral mahkluk ini telah berubah. Di sebalik kasih, percaya dan pemujaan, hati mereka kini dipenuhi dengan ketakutan, rasa bersalah dan keaiban. Di sebalik menginginkan hadiratNya yang kudus, mereka menyembunyikan diri daripadaNya. Bagi Adam dan Hawa, hubungan mereka dengan Tuhan yang pastinya membawa kesan kepada cara mereka menyembah Dia, kini telah hancur. Hubungan rapat dan intim dengan Tuhan yang pernah mereka nikmati (Kejadian 3:8) kini akan mengambil bentuk yang berlainan. Sememangnya demikian kerana apabila Tuhan menghampiri mereka, mereka telah “bersembunyi: dari hadiratNya. Mereka begitu dipenuhi dengan rasa malu, bersalah dan malah takut sehingga mereka melarikan diri daripada Dia yang telah menciptakan mereka.

            Betapa ia merupakan satu gambaran hebat tentang apa sebenarnya yang dosa telah lakukan – dan masih lakukan – kepada kita.

Fikirkan mengenai suatu ketika dalam hidup anda apabila satu pengalaman, mungkin suatu dosa, telah membuat anda merasa bersalah, malu dan mempunyai perasaan untuk mengyembunyikan diri dari Tuhan. Bagaimana hal ini membawa kesan kepada keinginan anda untuk berdoa? Apakah yang ia lakukan terhadap keupayaan anda untuk menyembah Dia dengan segenap hati anda? Bukankah ia merupakan satu perasaan yang pasti tidak menyenangkan?

 

ISNIN                 27 Jun

 

Penyembahan Di Luar Taman Eden

            Selepas pembuangan mereka, Adam dan Hawa memulakan kehidupan di luar Taman Eden. Walaupun janji pertama mengenai Injil telah diberikan kepada mereka di sana, iaitu di Taman Eden (Kejadian 3:15), namun Alkitab tidak menunjukkan kepada kita sebarang korban yang dipersembahkan sehinggalah selepas Eden (walaupun seseorang boleh mengandaikan daripada Kejadian 3:21 suatu bentuk yang bersifat demikian, akan tetapi ayat itu sendiri tidak mengatakan sesuatu mengenai korban atau penyembahan). Namun, dalam Kejadian 4, melalui cerita Kain dan Habel, buat pertama kali Kejadian menyatakan sistem korban persembahan secara jelas.

Sila baca dengan teliti cerita pertama yang dicatit mengenai upacara penyembahan (Kejadian 4:1–7). Mengapakah persembahan Kain tidak diterima oleh Tuhan sementara persembahan Habel diterimaNya?

      ____________________________________________________________

      ____________________________________________________________

            Kain dan Habel melambangkan dua jenis penyembahan yang telah wujud sejak Kejatuhan. Kedua-dua mereka telah membina mezbah. Kedua-dua mereka yang datang kepada Tuhan dengan membawa persembahan. Tetapi salah satu persembahan itu diterima oleh Tuhan sementara yang satu lagi tidak.

            Apakah perbezaan di antaranya? Jawapannya harus difahami dalam konteks keselamatan adalah oleh iman sahaja, iaitu Injil yang pertama kali telah diberikan kepada Adam dan Hawa di Taman Eden walaupun rencana itu sendiri telah disediakan sebelum dunia bermula (Efesus 1:4, Titus 1:2).

            Persembahan Kain melambangkan usaha untuk mendapat keselamatan melalui pekerjaan, yang merupakan dasar kepada semua bentuk agama dan penyembahan yang palsu. Hakikatnya ialah bahawa jurang di antara Syurga dan bumi terlalu besar, terlalu dalam, sehingga tidak ada sesuatu yang manusia berdosa boleh lakukan untuk menghubungkan kedua-duanya. Unsur pada legalisme, keselamatan melalui pekerjaan, adalah suatu percubaan manusia untuk berbuat demikian.

            Berbeza dengan hal itu, persembahan Habel yang terdiri daripada haiwan menyatakan (walau ia samar sekalipun) satu kebenaran agung bahawa hanya melalui kematian Kristus, yang adalah sama dengan Tuhan (Filipi 2:6), boleh membuat orang berdosa itu dibenarkan dengan Tuhan.

            Dengan demikian, kita telah diberikan satu pelajaran kuat tentang penyembahan: semua bentuk penyembahan yang sejati mestilah berpusat kepada kesedaran bahawa kita tidak berdaya untuk menyelamatkan diri kita sendiri dan semua usaha kita untuk mendapatkan keselamatan melalui perbuatan adalah satu pernyataan tentang tindakan Kain di sini. Penyemabahan sejati mestilah berdasar kepada kesedaran bahawa hanya melalui kasih kurnia Tuhan maka kita boleh memiliki sebarang pengharapan terhadap kehidupan yang kekal.

Sila periksa fikiran, tujuan dan perasaan dalaman anda sendiri mengenai penyembahan (perbaktian). Sejauhmanakah penyembahan anda itu berpusat pada Kristus, atau adakah anda mungkin terlalu menumpukan pada diri anda sendiri?

 

SELASA    28 Jun

Dua  Warisan Penyembah

            Dalam Kejadian 4, kita mula melihat keruntuhan moral yang muncul selepas Kejatuhan. Lamekh menjadi orang pertama yang berpoligami lalu terlibat dalam suatu bentuk keganasan yang telah membawa ketakutan dalam hatinya. Berbeza dengan hal itu, Kejadian 4:25, 26 menunjukkan bahawa sesetengah di antara mereka berusaha untuk menjadi setia kerana pada ketika itu, “orang mulai memanggil nama Tuhan”.

Sila baca Kejadian 6:1–8. Apakah proses yang kita lihat sedang berlaku di sini dan mengapakah ia sangat berbahaya? Apakah yang menyusul akibat angkara ini?

      ____________________________________________________________

      ____________________________________________________________

            Sedikit demi sedikit, dua kelompok penyembah mula muncul (Kejadian 6:1–4).  Namun, di sebalik kejahatan besar di dalam dunia, terdapat manusia alim berintelek luarbiasa yang memelihara pengetahuna tentang Tuhan. Walaupun hanya sedikit sahaja di antara mereka yang disebut dalam Kitab Suci, namun “pada sepanjnag zaman Tuhan mempunyai para saksi yang setia, penyembah yang sejati.”—Ellen G. White, Patriarchs and Prophets, ms. 84. Kejahatan dalam hati manusia sudah menjadi terlalu besar sehingga Tuhan harus membinasakan bangsa manusia dan memulakan yang baru. Maka terjadilah air bah.

Apakah perkara pertama yang Alkitab catitkan sebagai dilakukan oleh Nuh selepas dia keluar dari bahtera dan mengapakah hal itu sangat penting? (Kejadian 8:20).

      ____________________________________________________________

      ____________________________________________________________

            Betapa menariknya bahawa perkara pertama yang Nuh lakukan ialah menyembah Tuhan. Dan inti pada penyembahan itu ialah korban bakaran. Inilah catatan pertama mengenai para moyang yang membina satu tempat beribadah, sebuah mezbah untuk mempersembahkan korban persembahan mereka. Dengan demikian, sebelum melakukan sebarang pekerjaan lain, Nuh mengakui kebergantungannya yang penuh kepada Tuhan dan kepada kedatangan Mesias, yang akan menyerahkan nyawaNya agar dapat menebus umat manusia. Nuh telah mengetahui bahawa dia telah diselamatkan hanya melalui kasih kurnia Tuhan; tanpanya, dia tentu sudah binasa bersama dengan yang lain.

Bagaimanakah anda boleh menunjukkan setiap hari penerimaan anda terhadap kasih kurnia Tuhan dalam hidup anda? Atau yang lebih penting, bagaimanakah seharusnya cara anda mempamerkan penerimaan itu?

RABU        29 Jun

Iman  Abraham

Sila baca Kejadian 12:1–8. Apakah yang ayat ini nyatakan mengenai Abram (yang kemudiannya Abraham) dan panggilan Tuhan terhadapnya?

      ____________________________________________________________

      ____________________________________________________________             

            Abraham, keturunan dari Set adalah seorang yang setia walaupun sesetengah di antara sanak saudaranya telah mula mengamalkan penyembahan berhala yang sangat berleluasa dalam budaya mereka. Tetapi Tuhan telah memanggil dia untuk berpisah dari saudara maranya dan daripada persekitarannya yang selesa agar menjadi bapa kepada satu bangsa penyembah yang akan mendukung dan mwakili Tuhan yang benar.

            Tidak hairanlah maka dia dan Sarah telah mempengaruhi ramai orang untuk menerima penyembahan kepada Tuhan yang sebenar. Tetapi terdapat satu alasan yang lain juga mengapa Tuhan telah memanggil Abraham untuk menjadi bapa kepada satu bangsa yang baru. “Kerana Abraham telah mendengarkan firmanKu dan memelihara kewajibannya kepadaKu, iaitu segala perintah, ketetapan dan hukumKu.” (Kejadian 26:5). Dan satu lain alansan lain iaitu: “Lalu percayalah Abram kepada TUHAN, maka TUHAN memperhitungkan hal itu kepadanya sebagai kebenaran.” (Kejadian 15:6). Namun pada masa yang sama, Abraham juga mempunyai beberapa pelajaran penting dan menyakitkan yang perlu dipelajari.

Sila baca Kejadian 22:1–18. Mengapakah ujian dahsyat ini diberikan kepada Abraham? Apakah mesej sebenar yang Tuhan mahu difahami olehnya? ayat 8, 13, 14.

      ____________________________________________________________

      ____________________________________________________________

            Sebagaimana telah kita lihat, rencana keselamatn itu berpusat kepada kematian Yesus, Anak Tuhan dan sejak dari mula kematian ini dilambangkan oleh sistem penyembahan korban persembahan. Ketika Tuhan mahu manusia menggunakan haiwan, dalam budaya kekafiran mansuai sebenarnya mempersembahkan anak mereka sendri sebagai korban, suatu perkara yang Tuhan katakan sebagai dibenciNya (Ulangan 12:31). Apapun pelajaran peribadi dan kukuh tentang iman dan percaya yang Abraham telah pelajari melalui ujian ini,  namun tindakan ini menonjol selama sepanjang zaman sebagai lambang kukuh yang luarbiasa kepada kematian Kristus sebagai pusat untuk keselamatan. Kita boleh bayangkan  bahawa Abraham telah merasai secebis kesakitan penderitaan yang dirasai oleh Bapa akibat daripada kematian Kristus, namun hanya melalui kematian Kristus maka bangsa manusia boleh diselamatkan.

Sila perhatikan pafa jenis iman yang Abraham tunjukkan di sini. Ia sememangnya menakjubkan; seseorang pasti tidak mampu membayangkan. Apakah yang hal ini seharusnya ajarkan kepada kita mengenai kelemahan iman kita sendiri?

 

KHAMIS  30 Jun

Betuel, Rumah Tuhan

            Sama seperti Kain dan Habel, Yakub dan Esau melambangkan dua jenis penyembah. Semangat Esau yang berani dan suka mengembara disukai oleh bapanya yang pendiam dan selalu bersendirian. Di sebaliknya, Yakub bersifat lebih rohani. Tetapi dia juga memiliki beberapa kecacatan tabiat yang serius. Yakub menginginkan hak kesulungan yang secara sah adalah hak abang kembarnya. Dia bersedia terlibat sama dalam rencana penipuan ibunya untuk mendapatkannya. Akibatnya, Yakub terpaksa melarikan diri dalam penuh ketakutan untuk melepaskan diri daripada kemarahan dan kebencian abangnya dan tidak lagi akan dapat bertemu dengan ibu kesayangannya.

Sila baca cerita hal Yakub melarikan diri dalam Kejadian 28:10–22. Perhatikan pesanan tentang dorongan dan keyakinan yang Tuhan beriukan kepadanya melalui sebuah mimpi. Apakah respons Yakub?

      ____________________________________________________________

      ____________________________________________________________

            Inilah catatan pertama di dalam Kejadian mengenai “rumah Tuhan” (ayat 17). Walaupun bagi Yakub ia hanya sekadar satu tiang batu, namun Betuel menjadi satu tempat penting dalam sejarah kudus ini. Di sinilah Yakub telah meyembah Tuhan yang disembah oleh moyangnya. Di sinilah di membuat satu perjanjian untuk tetap setia kepadaNya. Dan sama seperti Abraham, di sinilah dia telah berjanji untuk mengembalikan kepada Tuhan persepuluhan – iaitu sepersepuluh daripada berkat materialismenya – sebagai satu tindakan penyembahan.

            Perhatikan kesedaran terhadap perasaan takut dan terharu yang dirasai oleh Yakub oleh kerana hadirat Tuhan.  Pastinya dia telah memahami dengan lebih dalam daripada sebelum ini tentang kebesaran Tuhan berbanding dengan dirinya dan dengan itu tercatatlah dalam Alkitab tingkahlakunya tentang takut, hormat dan gerun. Perkara seterusnya yang dia lakukan ialah menyembah. Di sini juga kita melihat satu prinsip berhubung dengan jenis tingkahlaku yang kita miliki dalam penyembahan, suatu tingkahlaku yang dinyatakan di dalam Wahyu 14:7 berkaitan dengan panggilan untuk “takut akan Tuhan.”

            Penyembahan bukanlah suatu hal berkaitan dengan menghampiri Tuhan sebagai anda menghampiri seorang sahabat atau rakan karib. Sifat kita haruslah menggambarkan seorang yang berdosa yang sangat memerlukan kasih kurnia, tersungkur di hadapan Pencipta kita dengan satu kesedaran terhadap suatu yang diperlukan, rasa takut dan kesyukuran bahawa Tuhan, Pencipta alam semesta akan mengasihi kita dan melakukan yang terbesar agar dapat menebus kita.

Sejauhmanakah perasaan kagum, hormat dan takut yang ada pada anda apabila anda menyembah Tuhan? Atau adakah hati anda keras, sejuk dan tidak bersyukur? Jika yang kemudian disebutkan ini, bagaimanakah anda boleh berubah?

 

JUMAAT  1 Julai

Kajian Selanjutnya: Sila baca Ellen G. White, “The Creation,” ms. 47–51; “The Temptation and Fall,” ms. 60–62; “Cain and Abel Tested,” ms. 71–74; “After the Flood,” ms. 105–107; “The Test of Faith,” ms. 148-153; “The Night of Wrestling,” ms. 197–203, dalam Patriarchs and Prophets.

      “Janji-setia [Yakub di Betuel] merupakan luahan dari hati yang dipenuhi dengan perasaan syukur kerana keyakinan yang diterima mengenai kasih dan belas kasihan Tuhan. Yakub merasai bahawa Tuhan mempunyai tuntutan terhadapnya yang harus diakuinya dan tanda khas terhadap pemberian Ilahi yang telah diberikan kepadanya menuntut balasan. Demikianlah juga semua berkat yang dicurahkan kepada kita memerlukan respons kepada Pencipta atas semua belas kasihan kita. Seorang Kristian harus sering mengimbas kembali kehidupannya yang lalu dan mengingat kembali dengan rasa syukur semua penjagaan bernilai yang Tuhan telah berikan kepadanya. . . . Dia harus mengakui semuanya sebagai bukti tentang penjagaan para malaikat dari Syurga. Dengan melihat kepada semua limpahan berkat itu, dia harus sering bertanya dengan hati yang syugul dan bersyukur, ‘Bagaimana akan kubalas kepada TUHAN segala kebajikan-Nya kepadaku?’ Mazmur 116:12.”—Ellen G. White, Patriarchs and Prophets, ms. 187.

Soalan Perbincangan:

  1. Renungi dengan teliti topik mengenai cara kebenaran melalui iman dalam apa yang Kristus telah lakukan untuk kita seharusnya menjadi pusat kepada semua bentuk penyembahan kita. Sementara anda lakukan ini, perhatikan pertanyaan berikut: (1) Mengapakah kita menyembah dia? (2) Apakah yang Dia telah lakukan yang membuat Dia layak disembah? (3) Apakah matlamat yang mahu dicapai oleh penyembahan kita kepada Tuhan?
  2. Bagaimanakah upacara penyembahan kita boleh menjadi alat yang lebih berkesan dalam menjadi saksi kepada dunia tentang siapa Tuhan sebenarnya dan seperti apakah dia? Apakah unsur-unsur dalam penyembahan yang telah kita pelajari dalam pelajaran minggu ini yang secara khusus boleh membantu dalam kesaksian?
  3. Imbas kembali cerita mengenai Abraham yang menyerahkan persepuluhannya kepada Melkisedek (Kejadian 14:20). Dalam cara apakah persepuluhan itu merupakan satu tindakan penyembahan? Apakah yang kita katakan kepada Tuhan apabila kita mengembalikan kepadaNya persepuluhan kita?
  4. Renungi dengan lebih teliti dua idea tentang merasa kagum dan hormat dalam acara penyembahan. Mengapakah hal ini merupakan satu unsur yang penting? Apakah salahnya dalam penyembahan yang nampaknya seperti meletakkan Tuhan setaraf dengan kita dalam cara kita berhubungan dengan Dia dalam penyembahan, sama seperti yang kita lakukan kepada seorang sahabat yang baik dan tidak lebih daripada itu?

 

PANDUAN GURU

 

Ringkasan Pelajaran

 

Ayat Utama: Kejadian 28:16, 17

Pelajar Akan:

Mengetahui: Buat perbandingan dan perbezaan di antara dua kumpulan penyembah yang dilambangkan oleh Kain dan Habel sebagaimana dinyatakan dalam Kejadian.

Merasakan: Menyedari perbezaan tingkahlaku di antara para penyembah yang menghargai apa yang Tuhan berikan dengan mereka yang penyembahannya tertumpu kepada apa yang mereka bawa ke mezhbah penyembahan.

Melakukan: Menyembah Tuhan dengan menghormati pengorbanan Tuhan akan AakNya Yesus,  yang telah dipersembahkan untuk keselamatan kita.

 

Garis Panduan Pembelajaran:

II. Mengetahui: Pemberian Kita Lawan Pemberian Tuhan

  1. Apakah sifat-sifat penyembah yang sejati seperti Habel, Abraham dan Yakub?
  2. Mengapakah korban persembahan meruapakan sebahagian yang penting dalam penyembahan mereka? Apakah lagi kegiatan lain yang menjadi sebahagian daripada penyembahan mereka?
  3. Mengapakah ibadah Kain tidak diterima oleh Tuhan? Apakah lagi kegiatan kebaktian lain dinyatakan dalam kitab Kejadian yang tidak diterima? Apakah bahayanya dalam menyertai perbaktian yang palsu?

 

II. Merasakan: Kagum dan Hormat

  1. Bagaimanakah para penyembah dalam kitab Kejadian menyatakan perasaan mereka tentang Tuhan dan hubungan mereka kepadaNya dalam dalam tindakapan penyembahan mereka? Bagaimanakah kita meluahkan perasaan dan hubungan yang sama pada hari ini?

 

III. Melakukan: Korban adalah Penyembahan

  1. Bagaimanakah kita boleh membuat pengorbanan Kristus sebagaia sebahagian yang penting dalam penyembahan kita?
  2. Apakah bahaya yang kita akan hadapi jika kita tinggalkan pengorbanan dari pelayanan ibadah peribadi dan umum kita?
  3. Apakah lagi kegiatan lain yang kita masukkan sebagai sebahagian daripada perbaktian kita, dan mengapa?

 

Ringkasan: Para penyembah yang sejati dalam Kejadian memusatkan kegiatan kebaktian mereka ke atas apa yang Tuhan telah sediakan untuk membebaskan kita dari dosa.

 

Cara Pembelajaran                                 

                                                                       

LANGKAH 1-Mendorong

 

KUNCI UTAMA UNTUK PERTUMBUHAN ROHANI: Penyembahan bukan sekadar satu aktiviti manusia yang terpisah dan diasingkan tetapi ia merupakan kunci kepada segala perkara mengenai identiti dan perhubungan kita dengan orang lain serta hala tuju kita yang terakhir. 

 

Hanya Untuk Guru: Tujuan pelajaran minggu ini ialah mencabar para pelajar untuk menjadikan Tuhan pusat utama dalam penyembahan mereka.

            Ibadah yang berpusat pada diri sendiri meletakkan diri di atas takhta dan menyalib kembali Juruselamat kita yang telah bangkit. Ia menggunakan agama untuk menunjukkan kepada Tuhan betapa baiknya kita dan bukan pula memuji Dia atau kebaikanNya kepada kita.

            Kain menjalankan bentuk perbaktian seperti ini (Kejadian 4:3–5). Dia telah membawa kepada Tuhan suatu persembahan dari hasil pertanian yang dia sendiri telah tanam dan pelihara agar dapat menarik perhatian kepada Tuhan tentang kebaikan dirinya. Tuhan telah menolak pemberian Kain kerana antara lain alasannya (seperti hakikat bahawa Tuhan menuntut korban persembahan berdarah), Dia mengetahui sifat mementing diri sendiri dan mempromosi diri di sebalik tindakan itu. Jenis “penyembahan” seperti ini berlanjutan hingga ke hari ini. Mungkin kita juga sering bersalah dalam meniru cara Kain.

            Tuhan memanggil kita kepada penyembahan yang sejati, memanggil kepada namaNya seolah-olah nyawa kita bergantung kepadanya. Sememangnya, nyawa kita bergantung kepadanya.

Bincang Bersama Kelas: Tuhan mempersembahkan diriNya sebagi korban untuk memberikan kepada kita sesuatu yang tidak ada pada kita dan tidak akan pernah kita miliki atas usaha kita sendiri. Apakah seharusnya respons kita dan mengapa?

 

LANGKAH 2-Mengkaji

Hanya Untuk Guru: Menekankan bahawa Alkitab melihat kepada penyembahan sebagai satu contoh tentang cara kita berinteraksi dengan Tuhan dalam setiap ruang hidup kita. Penyembahan adalah satu usaha gigih dalam mencari hadirat Tuhan. Ketika kita menyembah, kita mengundang Tuhan untuk memasuki setiap ruang kehidupan kita dan membolehkan Dia memulihkan hubungan yang terputus akibat dosa.

 

Ulasan Alkitab

I.    Memanggil Nama Tuhan (Imbas kembali  Kejadian 4:25, 26.)

 

            Salah satu permulaan yang dijelaskan dalam bab ini ialah bahawa pada masa ini “orang mulai memanggil nama Tuhan” (Kejadian 4:26). Sementara kenyataan ini mungkin kelihatan sesuatu yang terus-terang, terdapat beberapa tahap maknanya di sini.

            Konteks ini membawa kita untuk mempercayai bahawa bentuk penyembahan seperti ini  berlaku khususnya – atau secara eksklusif – di kalangan keturunan Adam melalui Set, anaknya yang ketiga. Malah, dengan semua perkara “pertama” yang disebutkan dalam fasal ini – iaitu kota-kota, kehidupan berpindah-rendah, alat-alat muzik, dan sebagainya – hal ini merupakan kejayaan yang dicapai khususnya oleh keturunan Set dan bukan keturunan Kain . Adakah ini bermakna bahawa keturunan Kain tidak memiliki sebarang bentuk penyembahan? Di sebaliknya, adakah ini bermakna bahawa keturunan Set menolak semua bentuk inovasi teknologi atau budaya?

            Sementara ayat ini tidak menyebut hal-hal berkaitan dengan pertanyaan ini, namun apa yang kita tahu mengenai sifat semula jadi manusia menunjukkan suatu hal yang berlainan. Perkembangan sosial dan budaya yang kompleks seperti yang direkabentuk oleh keturunan Kain, secara umum mempunyai suatu bentuk keagamaan atau penyembahan pada dasarnya. Semua bentuk budaya dan tamadun zaman purba di Timur Dekat mendasarkan kewujudan mereka atas dewa-dewa atau pejuang bangsa yang menggambarkan kekuatan dan nilai-nilai pada budaya atau tamadun mereka. Kebudayaan atau tamadun mewajarkan kewujudan mereka sendiri dengan menunjukkan kepada para dewa atau pejuang yang membela mereka. Dalam satu pengertian, sistem buatan manusia ini menjunjung dan memuliakan manusia yang menempatkan mereka di situ, sama dengan apa yang kain harapkan dari Tuhan yang sebenar apabila dia menyerahkan persembahannya dalam Kejadian 4:3. Oleh itu, apabila penulis menghuraikan keturunan Kain, dia menyebutkan apa yang penting bagi mereka; kemenangan dan pencapaian mereka – atau dalam istilah moden, kesedaran terhadap “keagungan” mereka sendiri.

            Dalam cara yang sama, apabila kita memikirkan mengenai Set, kita beranggapan bahawa mereka mungkin sama bijak dan pintar dengan kaum Kain. Mereka juag berhadapan dengan dunia yang tidak lagi sekadar menyediakan keperluan mereka tanpa sebarang usaha oleh mereka sendiri. Tidaklah wajar untuk menganggap bahawa mereka tidak memiliki sebarang pencapaian kebudayaan atau teknologi. Tetapi berbeza dengan kaum Kain, kaum keturunan Set tidak melihat kepada pencapaian ini sebagai alasan utama kepada kewujudan mereka. Apa yang penting bagi mereka ialah mereka adalah umat yang berseru kepada nama Tuhan. Penekanan inilah yang dimaksudkan oleh penulis Kejadian apabila menghuraikan mengenai mereka dan warisan mereka. Warisan mereka adalah berbentuk rohani berdasarkan kepada hubungan mereka dengan Tuhan dan bukan berdasar kepada pekerjaan tangan mereka.

            Adalah juga penting untuk melihat kepada kekhususan kenyataan ini. Puak Set bukan sekadar satu kaum yang berpendapat bahawa Tuhan itu mungkin wujud di suatu tempat tertentu atau merasa suatu keperluan untuk menjadi “rohaniah.” Mereka berseru kepada nama Yahweh itu sendiri. Di sebalik melihat Tuhan sebagai alat kepada nilai-nilai tamadun mereka atau sebagai suatu pengesahan kepada tindakan dan pencapaian mereka, mereka berusaha mencari dan menyembah Tuhan dan kehendakNya dan meletakkan Dia sebagai pertama dan yang terdahulu dalam kehidupan mereka.

 

Perhatikan Hal ini: Walaupun kita memanggil diri kita Kristian, namun kita mesti berusaha dalam hati kita untuk menentukan sama ada kita mencari Tuhan dan kehendakNya terlebih dahulu atau kita menganggap Tuhan  sebagai suatu alat bantuan tambahan atau cara untuk mencapai sesuatu. Oleh yang demikina, apakah maknanya untuk mencari Tuhan dan kehendakNya terlebuh dahulu? Bagaimanakah kita menyatakan tingkahlaku seperti ini?

II. Takut Akan Tuhan (Imbas Kembali Kejadian 28:10–22 bersama kelas anda.)

            Ayat ini bermula dengan Yakub melarikan diri dalam ketakutan daripada kemarahan Esau. Yakub datang ke suatu tempat yang ramai penterjemah rujuk sebagai “suatu tempat.” Dalam bahasa asalnya, ungkapan ini menunjukkan satu tempat yang sudah dikenali oleh kebanyakan orang di situ sebagai tempat yang kudus; yang dipercayai sebagai satu tempat yang Tuhan dan makhluk ghaib lain diam menyatakan dirinya. Malah sesetengah pakar menganggap istilah yang diterjemahkan “tempat” sebagai bermaksud sanktuari, yang sememangnya satu perkara yang benar.

                                Akub mendapatkan apa yang difikirnya sebagai satu keytul batu biasa untuk dijadikan bantal ketika hendak tidur. Dia terlena dan dia melihat para malaikat sedang naik dan turun atas sebuah tangga yang hujungnya samapi ke langit, satu janji bahawa saluran di antara jiwa yang penuh dosa dengan Juruselamat adalah terbuka. Mimpi itu mengukuh kembali perjanjian yang Tuhan telah buat dengan ayah dan datuk Yakub, yang mungkin sering diberitahu kepadanya semasa dia membesar.

            Akibatnya ialah seluruh kesedaran Yakub terhadap nilai diri berubah pada waktu yang singkat itu. Sebelum itu dia merasa takut kepada Esau dan mungkin juga dengan bahaya yang ada di padang gurun, tetapi kini dia mengetahui bahawa dia sedang berdiri di hadapan hadirat satu Mahkluk yang mengasihi dia sepenuhnya dan yang sangat berkuasa sehingga, jika Dia mahu, boleh memadamkannya dengan sekelip mata. Mungkin yang disebutkan sebagai suatu tempat ini sebenarnya bukanlah tempat yang biasa. Respon Yakub ialah (apa lagi kalau bukan) menyembah.

            Dalam Cara yang sama, kita mungkin memikirkan bahawa kehidupan kita adalah suatu yang biasa dan tidak penting, atau mungkin kita meletakkan kepentingan pada benda-benda yang kepentingannya adalah sedikit atau sementara sahaja. Tetapi dalam realitinya kita berdiam dalam hadirat Tuhan. Jika anda seorang Kristian, semua kawasan adalah tempat yang kudus. Kadangkala kita melupakannya. Perbaktian adalah cara kita mengingatinya.

Perhatikan hal ini: Bagaimanakah Ibadah anda kepada Tuhan boleh menolong anda menyedari kehadiran, kuasa dan keagunganNya?

 

LANGKAH 3—Menerapkan

Hanya Untuk Guru: Sila gunakan pertanyaan berikut untuk membantu para pelajar agar dapat mengenalpasti di antara perbaktian yang benar dan palsu dan memilih dengan penuh bijaksana.

 

Soalan Renungan:

  • Pada pendapat anda, bagaimanakah mungkin keadaan perbaktian di Taman Eden, di mana hadirat Tuhan sangat mudah ditemukan?
  • Pada awal dalam kitab Kejadian kita melihat satu amalan mengorbankan haiwan. Sesetengah orang menyusuri asal-usul amaln ini kembali kepada tindakan Tuhan dalam membuat kulit binatang sebagai pakaian untuk ibubapa pertama kita. Kemudian dalam Keluaran dan dalam beberapa buku berikutnya, korban persembahan diberikan perincian. Pada pendapat anda, bagaimanakah amalan mengorbankan haiwan dimulakan dan lebih penting lagi, apakah matlamat rohani pada amalan ini?

 

Soalan Penerapan:

  • Dalam cerita mengenai kehidupan dan tindakan oleh ramai watak Alkitab, kelihatan bahawa perbaktian adalah perkara yang mereka lakukan terlebih dahulu. Dengan banyak perkara yang bersaing mendapatkan perhatian kita, bagaimanakah kita dapat pastikan bahawa kebaktian mendapat perhatian utama?
  • Apakah peranan yang dilakukan oleh pembelajaran dan pengetahun tentang Kitab Suci dalam perbaktian kita?

 

LANGKAH  4—Mewujudkan

Hanya untuk guru: Pelajaran ini menyatakan dengan jelas bahawa terdapat dua jenis penyembah yang disebutkan dalam Alkitab. Pertama adalah mereka yang berharap dapat diterima oleh Tuhan melalui perbuatan baik yang mereka sendiri lakukan. Kedua adalah mereka yang benar-benar berusaha mengenali Tuhan dan mengakui segala kebaikan dan kemuliaan itu adalah milik Tuhan. Aktiviti berikut bertujuan untuk menekan dan mendorong para pelajar menjadi jenis penyembah yang kedua.

            Sila mabil beberapa watak dalam Alkitab dan ceritakan kisah mereka secara ringkas. Sila ambil kadarjumlah yang sama di antara watak “baik” dan yang “tidak baik”. Tanya pada ahli kelas di bawah kumpulan manakah mereka berada. Jika anda ingin melakukan penambahan, jangan nyatakan nama watak tersebut dan biarkan ahli kelas anda untuk meletakkan watak kepada kumpulan berdasar kepada keterangannya tanpa membuat sebarang andaian.

 

Alternatif: Mungkin cara terbaik untuk memahami perbaktian ialah melaksanakannya. Minta setiap ahli kelas untuk menulis pada sekeping kertas apa yang dia lihat sebagai salah satu sifat Tuhan yang terpuji. Ambil sedikit masa untuk membaca senar tersebut dan memuji Tuhan secara bersama kerana apa yang Dia telah lakukan. Hal ini boleh dilakukan sama ada pada permulaan atau di akhir kelas.

Posted in Uncategorized | Leave a comment

K3 2011 Sekolah Sabat: KEBAKTIAN “Dan Sembahlah Dia . . .”

Di antara ayat yang paling dikenali dalam kalangan umat Advent ialah: “Dan aku melihat seorang malaikat lain terbang di tengah-tengah langit dan padanya ada Injil yang kekal untuk diberitakannya kepada mereka yang diam di atas bumi dan kepada semua bangsa dan suku dan bahasa dan kaum, dan ia berseru dengan suara nyaring: “Takutlah akan Tuhan dan muliakanlah Dia, karena telah tiba saat penghakiman-Nya, dan sembahlah Dia yang telah menjadikan langit dan bumi dan laut dan semua mata air” (Wahyu 14:6, 7). Walapun kita memandang hal ini dalam konteks peristiwa-peristiwa akhir zaman, namun ia juga membantu membentuk dasar topic kita pada suku tahun ini, iaitu penyembahan. Bukan sahaja kita dipanggil untuk menyembah, tetapi dalam ayat-ayat ini kita boleh mendapati beberapa tema utama untuk membantu kita memahami apa penyembahan itu sebenarnya. Pertama, Yohanes melihat seorang malaikat yang “padanya ada Injil yang kekal,” iaitu Injil perjanjian yang kekal, berita baik mengenai Yesus yang akan datang dan mengenakan pada diriNya sendiri sifat manusia dan sifat kemanusiaanNya akan mati sebagai Pengganti bagi dosa-dosa dunia. Oleh itu dasar yang diperlukan pada segala penyembahan kita ialah kematian Yesus bagi pihak kita. Penyembahan haruslah berpusat pada respons kita terhadap pekerjaan perantaraan Kristus yang merangkumi bukan sahaja Salib tetapi pelayananNya yang berterusan untuk kita dalam sanktuari di Syurga (Ibrani 8:1). Seterusnya, Yohanes memberitahu kita untuk “takut akan Tuhan.” Takut akan Tuhan dan mengasihi Tuhan merupakan dua muka pada duit syiling yang sama: takut akan Tuhan bermakna berdiri dengan rasa terharu, dalam menghormati siapa Dia sebagai Pencipta dan Penebus, berbeza dengan siapa kita sebagai mahkluk ciptaan dan yang ditebuskan. Apabila kita menghampiri Tuhan dalam penyembahan seolah-olah seperti suatu bentuk rakan atau sahabat karib, kita merendahkan Dia dan meletakkan diri kita dalam peranan yang bukan milik kita. Penyembahan haruslah diserapi dengan suatu kesedaran menghormati dan terharu kepada Tuhan kita, suatu tingkahlaku yang akan memberikan kita kerendahan diri dan penyerahan yang diperlukan untuk penyembahan yang sebenar. Kita juga telah diberitahu untuk “muliakanlah Dia.” Apa yang penting di sini ialah penyembahan itu adalah mengenai Tuhan dan bukan mengenai diri kita sendiri. Kita harus pastikan bahawa penyembahan itu bukan berpusat pada manusia, budaya atau keperluan peribadi tetapi berpusat pada Tuhan. Kita menyembah Tuhan, bukan diir kita sendiri; dengan demikian, penyembahan itu haruslah mengenai Dia, mengenai memuliakan Dia dan bukan mengenai muzik, budaya atau gaya penyembahan. Kita juga diberitahu agar takut kepada Tuhan dan memuliakan Dia. Mengapa? Kerana “waktu penghakimanNya sudah tiba.” Kristus bukan sahaja Penebus. Dia juga adalah Hakim, seorang hakim yang mengetahui rahsia kita yang paling dalam dan gelap, seorang Hakim yang mengetahui inti hati kita yang paling dalam. Sementara kita menyembah Tuhan, kita perlu berbuat demikian dengan satu kesedaran terhadap satu tanggungjawab kepada Tuhan terhadap apa yang kita lakukan dan satu kesedaran bahawa kita tidak ada satupun yang kita boleh sembunyikan dari Dia, satu hakikat yang harus membawa kita kepada Salib, iaitu satu-satunya pengharapan kita dalam penghakiman ini. Akhir sekali, kita telah diberitahu untuk menyembah Pencipta. Penciptaan adalah suatu yang menjadi dasar kepada segala penyembahan kerana semua yang kita percayai, tanpa sebarang pengecualian, adalah berdasar kepada hakikat bahawa Tuhan adalah Pencipta. Kita menyembah Dia kerana Dia adalah Pencipta dan kerana Dia adalah Penebus dan kerana Dia adalah Hakim. Penciptaan dan Penebusan dan penghakiman adalah berkait rapat dan semua penyembahan yang sebenar perlulah berlandas kepada kebenaran teologikal ini. Betapa menarik juga bahawa dalam Wahyu 14:7 kita dapati kata-kata yang menggambarkan hukum hari Sabat (Keluaran 20:11), suatu hari yang berkait rapat dengan penyembahan sebenar kepada Tuhan. Pada suku tahun ini, sementara kita mempelajari penyembahan, dasar ini akan muncul berkali-kali kerana ia adalah inti kepada apa penyembahan itu sebenarnya dan dengan penyembahan sebagai bahagian penting kepada “kebenaran masa kini,” maka adalah baik untuk kita mempelajari apa maknanya untuk benar-benar menyembah satu-satunya Dia dalam segala Ciptaan yang oleh kerana siapa Dia sebenarNya adalah layak untuk disembah. Rosalie Haffner (Lee) Zinke telah bertugas selama beberapa tahun sebagai pembantu kependetaan (Jurulatih Alkitab) kepada kakitangan gereja, termasuklah di Collegeview, Sacramento Central, Battle Creek Tabernacle, dan Gereja Hinsdale. Dia juga telah bertugas dalam pelayanan bersama suaminya, seorang pastor, selama 15 tahun dan kemudiannya bertugas sebagai chaplain hospital sebelum bersara.

Posted in Uncategorized | Leave a comment

Pelajaran 1:*25-31 Disember “Pelbagai Emosi”

PETANG SABAT                                       

 

Bacaan Untuk Pelajaran Minggu Ini: 2 Samuel 13,  Galatia 5:22, Kolose 3:12(14, Lukas 19:41-44, Yohanes 16:20-24.

Ayat Hafalan: “Aku berkata kepadamu: Sesungguhnya kamu akan menangis dan meratap, tetapi dunia akan bergembira; kamu akan berdukacita, tetapi dukacitamu akan berubah menjadi sukacita” (Yohanes 16:20).

Emosi merupakan bahagian penting pada keperibadian manusia. Ia boleh menjadi satu pemangkin yang berkuasa sama ada untuk kebaikan atau sebaliknya. Bergantung kepada emosi, ia boleh membuat kita gembira, sedih, takut dan bersukaria.

   Emosi yang “positif” boleh menghasilkan perasaan kepuasan dan kepenuhan; emosi “negatif” boleh menyebabkan penderitaan dan kesukaran. Yang pertama boleh mempromosikan kesihatan mental, manakala keadaan terdedaha kepada emosi “negatif” yang yang berpanjangan akan mengakibatkan masalah kepada tingkahlaku dan pergaulan. Dengan demikian, emosi memainkan satu peranan penting dalam kesejahteraan kita secara keseluruhan.

      Tuhan ingin agar kita dapat menikmati kesan daripada emosi yang positif. Namun demikian, oleh kerana dosa, maka kita seringkali berhadapan dengan kesan tidak baik dari suatu pengalaman emosi yang negatif. Beberapa watak dalam Alkitab juga tidak kebal kepada mengalami baik buruknya emosi itu. Sesetengah di antara mereka berjaya mengawal emosi mereka; yang lain, setelah gagal mengawal, telah membiarkan emosi negatif menyebabkan mereka melakukan tindakan-tindakan yang salah.

     Hubungan di antara emosi dengan tingkah laku tidak jelas dan tidak langsung. Kadangkala emosi yang menyakitkan akan mendorong kita berlutut untuk memohon kepada Tuhan sebagai sumber pertolongan dan sokongan yang muktamad. Pada masa yang lain sesuatu kesulitan boleh menyebabkan orang meninggalkan iman sama sekali.

      Oleh sebab itu, betapa [entingnya bagi kita untuk belajar lebih banyak tentang emosi kita dan bagaimana ia membawa kesan kepada kehidupan kita.

*Sila pelajari pelajaran minggu ini sebagai persediaan untuk Sabat, 1 Januari.

AHAD - 26 Disember “Emosi Negatif”

            Sila baca 2 Samuel 13, satu cerita yang penuh dengan pengalaman emosi yang tidak baik. Di tengah-tengah kekacauan ini, manusia akhirnya menyebabkan banyak penderitaan fizikal dan emosi terhadap sesama sendiri. Akibat daripada tingkah laku mereka itu telah membawa kesan kepada seluruh keluarga diraja, malah termasuklah kesan terhadap generasi yang akan datang.

Apakah keadaan emosi yang boleh dikaitkan dengan orang-orang berikut?

Amnon__________________________________________________

Tamar__________________________________________________

Daud_________________________________________________

Absalom_______________________________________________

            Perasaan “cinta” Amnon terhadap Tamar bukanlah suatu cinta yang sejati tetapi suatu dorongan seksual yang kuat kerana selepas dia mencapai matlamatnya maka “timbullah kebencian yang sangat besar pada Amnon terhadap gadis itu, bahkan lebih besar benci yang dirasanya kepada gadis itu dari pada cinta yang dirasanya sebelumnya” (ayat 15). Pengalaman Amnon menyatakan keadaan emosi yang keterlaluan: keghairahan yang tidak terkawal (dalam konteks satu hubungan sumbang [muhrim]) dan perasaan benci. Tingkah laku yang bertindak dalam keadaan emosi seperti ini selalunya tidak mengimbangkan dan menghasilkan suatu kesudahan yang serius. “Cinta” Amnon bertukar hampir serta merta menjadi perasaan benci. Dia tidak menghiraukan rayuan adik tirinya dan menghalau dia keluar dari kediamannya secara paksa.

            Tamar benar-benar telah menjadi mangsa. Dia tidak membenarkan setiap tindakan Amnon dan ini telah membuat dia marah. Dia melayani abangnya sebagai tanda taat setia kepada raja dan apabila tujuan sebenar Amnon menjadi nyata, gadis itu telah berusaha sedaya upaya menghalang dia dan menggariskan akibat dahsyat daripada tindakan kejam itu. Dengan nekadnya untuk melakukan apa yang dia inginkan, Amnon enggan mendengar suatu nasihat yang wajar. Lalu dia meneruskan rancangannya.

            Sebagaimana setiap wanita yang telah menderita akibat dirogol atau didera maka sudah tentu Tamar telah merasa sangat marah, dihina dan digunakan; sememangnya dia menderita akibat harga diri yang dicemari. Absalom, abangnya tidak menawarkan suatu hal yang melegakan tetapi di sebaliknya menasihati dia agar berdiam diri sahaja. Namun demikian, Absalom telah merancang satu pelan untuk membunuh Amnon agar dapat membalas dendam terhadap Tamar yang dirogolnya. (Di samping itu, ketiadaan Amnon akan memberikan pelunag lebih besar kepadanya untuk mewarisi takhta Raja Israel) Daud, bapa kepada semua yang terlibat, telah mengalami perasaan marah dan sedih ke atas peristiwa ini.

Bilakah masanya anda telah mengalami suatu perasaan benci, sedih, takut, marah atau cemburu? Bagaimanakah anda menanganinya? Apakah perkara lain yang anda harap telah dilakukan dengan cara yang berbeza?

ISNIN-27 Disember “Emosi Positif”

            Keadaan emosi yang negatif seperti perasaan benci, risau, takut, marah dan cemburu menghasilkan respon psikologikal serta merta seperti: jantung berdebar, otot menjadi tegang, mulut kering, peluh yang sejuk, perut berisi angin dan pernyataan fizikal yang lain. Pendedahan yang lama kepada gejala ini telah dikaitkan dengan komplikasi jantung dan penghadaman.

Berbeza dengan hal itu, keadaan emosi yang positif seperti belas kasihan, murah hati, rendah diri, sopan santun dan kesabaran telah dikaitkan dengan kesejahteraan diri, satu penampilan dan hubungan yang positif dengan orang lain dan dengan Tuhan. Psikologi positif, sebuah cabang psikologi yang baru dibentuk dan diterima secara meluas bertujuan untuk mempromosikan emosi positif agar dapat mencapai kebahagiaan dan mengelak berlakunya penyakit mental. Malah, terdapat bukti yang menunjukkan bahawa menyimpan suatu bentuk emosi negatif akan membawa kesan yang sangat buruk kepada kesihatan dan usia panjang; di sebaliknya, mempromosikan satu penampilan yang positif akan meningkat kesihatan dan usia panjang. Dalam kata lain, semakin lebih positif penampilan dan emosi anda itu maka semakin lebih baik keseluruhan tahap kesihatan yang anda akan dapat nikmati.

Sila baca Galatia 5:22. Bagaimanakah seharusnya buah Roh itu membuat satu perubahan dalam cara manusia menjalankan kehidupan?

Sila baca Kolose 3:12-14. Menurut Paulus, apakah emosi positif yang terkemuka? Apakah maknanya dengan ungkapan “kenakanlah” dalam ayat ini? Apakah akibat yang menyusul jika seseorang mempraktikkan kata-kata Paulus dalam ayat ini?

        Walaupun kasih itu lebih daripada suatu emosi, ia masih satu emosi yang unggul. Tuhan ituy kasih dan adalah menjadi encanaNya agar anak-anakNya akan mengalami kasih kepada orang lain dan daripada orang lain; Dia mahu kita mengetahui apa maknanya mengasihi Tuhan dan dikasihi oleh Tuhan. Kasih akan membawa pelbagai perasaan dan emosi positif yang lain yang boleh diterjemahkan menjadi satu tingkah laku tinggi yang amat diingini.

Apakah yang telah menjadi pengalaman anda tentang bagaimana keadaan emosi anda telah membawa kesan kepada tindakan-tindakan anda? Mengapakah sangat penting untuk tidak membuat sebarang keptusuan penting ketika berada di tengah-tengah keadaan emosi yang bergelora, sama ada positif atau negatif?

SELASA-28 Disember “Penampilan Yesus Yang Beremosi: Bahagian I”

            Di dalam Markus 8:1-3, “belas kasihan” adalah yang menggerakkan hati Yesus untuk melakukan sesuatu bagi memberikan makanan kepada orang ramai itu. Tidak ada orang lain yang telah terfikir mengenai keperluan orang-orang yang belum makan selama tiga hari. Yesus telah memperhatikan bahawa ada di antara mereka yang datang dari tempat yang jauh maka jika Dia tahu bahawa mereka akan pengsan jika Dia suruh mereka pulang tanpa apa-apa untuk di makan.

Selain daripada menyediakan makanan kepada orang ramai itu, apakah lagi tindakan Yesus yang lain yang dilakukan kerana belas kasihan? Markus 1:40, 41; 6:34.

            Para peaskit kusta selalunya dipandang hina. Tidak ada penyakit lain yang akan menimbulkan rasa takut dan kasihan selain daripada penyakit kusta. Sesiapa yang dihidap penyakit ini akan dibuang dari masyarakat dari sebarang inetraksi masyarakat dan selalunya dipaksa tinggal dalam pekhemahan yang ditetapkan. Setiapkali ada orang yang berada berhampiran dengan mereka maka mereka diminta untuk berteriak, “Najis! Najis!” Dengan demikian orang lain akan diingtakan mengenai kehadiran mereka dan mengelak daripada dijangkiti. Oleh sebab Yesus tergerak dengan belas kasihan ke atas orang ini maka Dia telah menyembuhkannya serta merta dan memberi arahan keadanya untuk tidak memberitahu sesiapapun. Tetapi orang yang disembuhkan itu tidak dapat menahan untuk tidak memberitahu tindakan kasih yang sangat indah itu terhadapnya dan dia mula memberitahu semua orang.

            Yesus akan tergerak dengan belas kasihan bukan sahaja bila ada orang yang kurang daya kesihatan tubuh tetapi bila mereka tidak mempunyai pemimpin, tidak ada halatuju atau matlamat dalam hidup. Oleh sebab itu, sebelum memberikan makanan kepada mereka, Dia merasai dahulu keperluan rohani mereka yang dalam dan mula mengajar mereka mengenai kerajaan Tuhan.

            Belas kasihan Yesus boleh juga dilihat di dalam Markus 9:36, dimana Yesus menekankan sentuhan fizikal. Dia mendukung kanak-kanak dan menunjukkan kasih dan kemesraanNya kepada mereka. Dia juga menjangkau dan menjamah orang yang berpenyakit agar dapat menyampaikan kesembuhan Ilahi.

            Dalam pertemuan dengan seorang pemimpin muda yang kaya (Markus   10:21, 22), Yesus tetap mengasihi dia walaupun orang muda itu tidak menuruti ajaran Maha Guru. Dengan serta merta mereka berdua mengalami satu emosi yang kuat – Kasih (Yesus), kesedihan (pemimpin muda yang kaya).

Apakah beberapa cara yang anda boleh menyatakan belas kasihan? Iaitu, adalah suatu perkara untuk merasakan belas kasihan sahaja (kebanyakan orang berbuat demikian) tetapi menyatakannya melalui perbuatan yang kukuh adalah satu perkara yang lain lagi. Bagaimanakah anda mungkin boleh menyatakan melalui kata-kata dan perbuatan satu perasaan belas kasihan yang anda rasakan terhadap mereka yang menderita?

RABU-29 Disember “Penampilan Yesus Yang Beremosi: Bahagian II”

            Sila baca Lukas 19:41-44. Apakah yang menyebabkan Yesus menangisi Yerusalem? Tidak diragukan ialah kerana kesedihan yang Dia rasakan ketika Dia melihat ke masa hadapan dan memandang kepada nasib yang akan menimpa Yerusalem. Lebih-lebih lagi Dia merasa sedih kerana ramai penduduk kota itu telah menolak Dia. “Air mata Yesus ketika berada di atas gunung, apabila Dia memandang ke atas kota yang di kasihi dan dijagaiNya, ketika Dia dikelilingi dengan sorakan hosanna oleh ribuan orang, merupakan rayuan kasih dan belas kasihan terakhir yang telah ditolak.”-Ellen G. White, The Spirit of Prophecy, vol. 3, ms. 20.

            Para penulis Kitab Injil mecatatkan dua peristiwa yang Ysus menangis. Manusia selalunya menangis untuk diri mereka sendiri, tetapi dalam peristiwa ini kesedihan Yesus datang dari perasan yang dalam terhadap orang lain.

Apakah di antara emosi menyakitkan yang Yesus telah alami dalam beberapa konteks berikut? Matius 26:37, 38; Markus 3:5; 8:12; Yohanes 11:32-38; Markus 11:15, 16. Apakah yang telah menyebabkan perasaan emosi yang dialamiNya itu?

            Beberapa ayat awal dalam Yesaya 53 mengesahkan bahawa Yesus adalah manusia yang penuh kesedihan. Walaupun Dia telah banyak kali mengalami detik-detik gembira, namun Dia juga telah mengalami penderitan emosi yang dalam. Kebanyakan daripada penderitaan Yesus ada kaitannya dengan perasaan kecewa apabila para pengikutNya gagal menerima perkhabaranNya. Di sebalik kasih Yesus yang berkelimpahandan tanda-tanda luarbiasa yang ditujukkanNya, ramai yang tidak memahami bahawa Ysus itu adalah Mesias. Yesus juga sangat menderita ketika Dia melihat akibat dosa ke atas umat manusia.

            Peristiwa yang meliputi kematian Lazarus telah menyebabkanNya mengalami kesedihan yang dalam juga. Yohanes memberitahu kita bahawa Yesus “sedih hati dan terharu (ABB),” “maysgullah hatiNya (LAI),” (Yohanes 11:33). Ini mrupakan satu terjemahan kepada istillah Yunani yang menunjukkan satu pergelutan emosi yang dhasyat yang disertai dengan satu suara kecil yang terkeluar dari tekak dan hidung. Seorang penulis drama bangsa Yunani bernama Aeschylus (525-456 S.M.) menggunakan istillah yang sama apabila menerangkan tindakan kuda yang bernafas kuat melalui hidung. Perkataan ini digunakan sebanyak lima kali dalam Perjanjian Baru, empat kali daripadanya menerangkan emosi Yesus.

Dengan memperhatikan kepada pengalaman beremosi Yesus boleh membantu kita memahami sejauh mana Dia dikaitkan dengan pergolakan emosi kita sendiri. Sila lihat ayat ini: “Sebab Imam Besar yang kita punya, bukanlah imam besar yang tidak dapat turut merasakan kelemahan-kelemahan kita” (Ibrani 4:15). Bagaimanakah mesej dalam ayat ini membawa kita ke dalam satu hubungan lebih rapat dengan Yesus, terutama sekali pada masa penderitaan?

KHAMIS-30 Disember “Rencana Tuhan untuk Emosi yang Menyakitkan”

Sila baca Yohanes 16:20-24. Apakah janji Yesus berhubung dengan penderitaan dan kesedihan?

            Ayat ini memberikan satu pengharapan besar kepada sesiapa sahaja yang sedang mengalami penderitaan fizikal dan psikologikal. Berikut adalah di antara beberapa perkara yang boleh dipelajari daripada ayat ini:

  • Dunia ini seakan-akan dipenuhi dengan kegembiraan. Seringkali umat percaya melijat di sekeliling dan dia diingatkan dengan ketidakadilan dalam hidup. Orang yang jahat seolah-olah sedang menikmati kesenangan mereka sendiri sementara ramai yang komited pada Tuhan sedang berada dalam penderitaan. Tetapi Yesus meyakinkan kita bahawa hal seperti ini tidak akan berpanjangan. Disamping itu, apa yang dilihat dari luar selalunya suatu yang memperdayakan. Secara semula jadi kita cenderung memandang orang lain sebagai lebih bahagia daripada kita.
  • Kesedihan, kesusahan dan penderitaan akan bertukar menjadi kebahagiaan. Inilah inti pada janji Yesus. Umat percaya harus menghargai idea bahawa kesedihan iyu bukan sahaja akan berlalu tetapi ia akan dikalahkan oleh kebahagiaan. 
  • Penderitaan masa lalu akan dilupakan. Ingatan terhadap masa lalu yang tidak menyenangkan sringkali menyebabkan kesedihan yang dalam. Ramai pakar psikoterapi yang bersusah payah menghapuskan kesan masa kini disebabkan oleh keadaan masa lalu ke atas para pesakit mereka, Yesus meyakinkan kita bahawa, sebagaimana seorang wanita yang melahirkan anak melupakan kesakitan yang dialami sebaik sahaja melihat bayi yang baru lahir maka demikianlah juga para pengikutNya akan suatu hari nanti akan melupakan semua penderitaan masa lalu.
  • Tiada sesiapapun yang boleh mengambil kebahagiaan kita. Jenis kebahagiaan yang Yesus tawarkan bukanlah sama dengan kebahagiaan sebagaimana yang kita fahami sekarang ini. Yesus menawarkan kepada kita kebahagian yang sepenuhnya, satu syarat kekal yang tidak boleh dirampas oleh musuh daripada mereka yang diselamatkan.
  • Tidak akan ada kekurangan lagi. Yesus mengesahkan bahawa orang yang benar tidak akan meminta apa-apa lagi. Mereka tidak perlu lagi membuat sevarang permintaan atau permohonan kepada Yesus kerana semua keperluan mereka sudah dipenuhi.

Bagaimanakah anda boleh berpegang kepada janji bahawa semua kesedihan anda akan menjadi kebahagiaan? Bagaimanakah kepastian ini boleh menolong anda melepasi segala kesukaran dalam hidup? Bagaimanakah anda boleh menggunakan janji-janji Yesus untuk menguatkan seseorang yang sedang bersedih?

JUMAAT-31 Disember: Soalan-soalan Perbincangan

Kajian Selanjutnya: “Kerika pandangan Yesus yang tajam menembusi pekarangan Rumah Tuhan  yang tercemar ini, semua mata tertumpu kepadaNya. Suara bising dari orang ramai serta bunyi lembu disenyapkan. Para Imam, pemimpin, orang Farisis dan bangsa lain memandang dengan penuh takjub ke arah Anak Tuhan yang berdiri di hadapan mereka dengan keagungan Raja Syurgawi, KeilahianNya yang memancar melalui tubuh manusia dan memberikanNya satu kehormatan dan kemuliaan yang sebelum ini tidak pernah ditunjukkan. Satu perasaan takut yang ganjil menyelubungi orang-orang itu. Mereka yang berada paling dekat dengan Yesus tanpa disedari mengundurkan diri mereka sejauh mungkin daripadaNya. Juruselamat berdiri di situ sendirian kecuali sebilangan kecil daripada murid-muridNya. Semuanya senyap belaka. Keadaan sunyi sepi itu seakan-akan tidak tertahan apabila mulut Yesus terbuka dan suaraNya berkumandang dengan nada yang sangat jelas, maka kedengaran suara kelegaan daripada semua yang hadir.

            “Dia bersuara dalam nada yang jelas dan dengan kuasa yang menyebabkan orang-orang di situ bergoyang-goyang seolah-olah digerakkan oleh satu taufan yang besar: ‘Ada tertulis bahawa rumahKu adalah rumah sembayang tetapi kamu sudah menjadikannya sarang pencuri.’ Dia menuruni anak tangga dan dengan kuasa yang lebih besar daripada yang ditunjukkanNya tiga tahun sebelum itu, dengan murka yang melenyapkan segala penentang, dalam nada yang berbunyi bagaikan trumpet yang memenuhi seluruh Rumah Tuhan Dia memerintahkan mereka, ‘Bawalah semua benda-benda ini!’ “-Ellen G. White, The Spirit of Prophecy, vol. 3, ms. 23, 24.

Soalan Perbincangan:

  1. 1.       Bagaimanakah anda menerangkan emosi Yesus sebagaimana dinyatakan dalam petikan di atas? Apakah pengajaran yang kita boleh pelajari daripada hal ini tentang berapa banyak emosi yang jika disalurkan dengan betul boleh menjadi satusumber kebaikan?
  2. 2.       Bagaimanakah emosi yang negatif boleh digantikan dengan emosi yang positif? Perhatikan pengalaman Maria Magdalena dan Maria yang lain yang telah pergi melihat kubur Yesus dan telah menjadi “takut dan dengan sukacita” (Matius 28:8).
  3. 3.       Masyarakat Yahudi merayakan Purim sebagai memperingati masa bila “dukacita mereka berubah menjadi sukacita dan hari perkabungan menjadi hari gembira” (Ester 9:22). Sila bincang bersama kelas anda cara-cara untuk mempastikan bahawa kita pelbagai dukacita kita telah bertukar menjadi sukacita. Kongsikan bersama kelas peristiwa ketika anda mengalami perubahan emosi tersebut.
  4. 4.       Bagaimanakah kita boleh belajar berpaut pada janji-janji Tuhan yang saat ini kelihatan sangat jauh dan tidak dapat digapai?

 

Ringkasan Pelajaran

Ayat Utama: Yohanes 16:20

Pelajar Akan:

Mengetahui:  Menyelidiki kepelbagaian emsi manusia dan kesannya terhadap tingkah laku dan kesihatan kita.

Merasakan: Menyedari keperimanusiaan emosi Kristus.

Melakukan: Mempercayai rencana Tuhan untuk membuat dukacita kita menjadi sukacita.

Garis Panduan Pembelajaran:

I. Mengetahui: Respons Beremosi Terhadap Kehidupan

A. Untuk menyahut keadaan kehidupan merupakan satu aspek penting pada sifat kita sebagai manusia. Apakah kemungkinan sebab mengapa Tuhan menciptakan kita dengan beremosi? 

B. Bagaimanakah emosi itu boleh memperkayakan kehidupan kita? Bagaimana ia boleh menyebabkan kehancuran? Apakah yang boleh membezakannya?

C. Bagaimanakah emosi positif dan negative membawa kesan kepada tubuhdan kesihatan kita?

II. Merasakan: Dicuba Sebagaimana Keadaan Kita

A.  Bagaimanakah Kristus menangani secara emosi terhadap pelbagai peristiwa yang mencabar yang dihadapiNya? Apakah yang menyedihkanNya? Apakah yang membawa sukacita kepadaNya? Bagaimanakah kita boleh sama-sama berada dalam perasaan empati dengan responNya yang beremosi itu?

B.   Bagaimanakah reaksiNya kepada cabaran-cabaran hidup boleh membantu kita memahami dan berkaitrapat dengan lebih baik kepadaNya? Bagaimanakah ia boleh menolong kita memahami dan menerima perasaan emosi kita sendiri dengan lebih baik?

III. Melakukan: Dukacita Menjadi Sukacita

A.  Perasaan emosi itu sangat berkuasa sama ada negative atau positif. Apakah rencana Tuhan untuk menolong kita menangani bukan sahaja pelbagai keadaan dalam hiudp tetapi emosi kuta yang ditimbulkannya?

Ringkasan:  Emosi positif dan negative mempunyai kesan besar dalam kesihatan kita. Sementara Kristus telah mengalamai kedua-dua jenis emosi, Dia juga mencontohkan rencana Tuhan tentang cara menangani emosi yang diciptaNya sebagai salah satu bahagian penting dalam sifat semula jadi manusia.

Cara Pembelajaran                                     

LANGKAH 1-Mendorong

KONSEP UTAMA UNTUK PERTUMBUHAN ROHANI: Tuhan telah menciptakan kiya dengan keupayaan untuk merasai pelbagai rangkaian emosi. Emosi kita mempunyai kaitan yang kuat dengan tingkah laku dan jkesihatan. Memandangakan Tuhan telah menciptakan kita dengan keupayaan seperti ini maka kita boleh memandang kepadaNya untuk mendapatkan cara-cara yang sihat untuk menangani emosi kita.

Hanya Untuk Guru: Sila gunakan latihan berikut sebagai satu cara menarik untuk membantu kelas anda berkait rapat dengan pelbagai rangkaian emosi yang kita sama-sama miliki sebagai umat manusia.

Aktiviti Permulaan:  Minta setiap ahli kelas anda untuk memikirkan satu emosi yang bermula dengan huruf pertama dalam nama mereka. Daripada meminta mereka menyebutkan emosi tersebut, minta mereka menunjukkan emosi tersebut melalui air muka dan/atau melakonkannya. Minta ahli-ahli kelas yang lain utnuk mengenalpasti emosi tersebut dan menulisnya pada papan tulis.

            Sila bincang rangakain emosi yang ditunjukkan oleh ahli kelas anda. Berapa banyakkah di antara emosi itu bersifat positif? Berapa banyakkah pula yang bersifat negatif? Adakah mudah untuk mengenalpasti emosi itu melalui tindakan orang tersebut? 

Perhatikan Hal Ini:  Buat satu senarai mengenai emosi yang Kristus telah tunjukkan dan sila bandingkan emosi yang ditunjukkan oleh ahli kelas anda dengan senarai emosi Kristus. (Sila lihat Matius 26:37, 38; Markus 3:5; 9:36; 10:21, 22; 8:1-3; Lukas 19:41-44; Yohanes 11:32-38.) Apakah emosi yang kita telah alami, yang Kristus juga telah alami? Apakah emosi negative yang ada pada kita tetapi tidak ditunjukkan oleh Kristus? Adakah Dia dicuba untuk memiliki emosi negatif ini? Mengapa, dan mengapa pula tidak?

LANGKAH 2-Menyelidik

Hanya Untuk Guru:  Sila bantu kelas anda untuk melihat yesus sebagai Saudara kita dengan emosi sama yang ada pada kita, namun memiliki kuasa yang boleh menolong kita menjangkau melepasi diri kita untuk berkait dengan sifatNya yang Ilahi dan sempurna.

Ulasan Alkitab

I.  Perasaan dan Tingkah Laku

(Imbas kembali Markus 10:13-31 dan petikan-petikan berkaitan daripada The Desire of Ages, ms. 511-523.)

            Ketika anda membaca cerita mengenbai Yesus bersama kanak-kanak dan Yesus bersama Pemimpin Muda ynag Kaya, sila senaraikan emosi yang orang-orang disitu rasakan dan juga yang sedang disarai sendiri oleh Yesus. Para ibu yang membawa kanak-kanak menangis dan pemalu. Murid-murid yang cuba melindungi Yesus sudah tentu bersikap kasar dan melarang-larang, tidak sabar melihat para ibu yang rindu untuk Yesus menjamah dan memberkati anak-anak mereka. Daripada bersikap tidak menyenangi para ibu itu, sebaliknya Yesus tidak senang melihat tindakan para muridNya. Dia telah menunjukkan belas kasihan dan kelemahlembutan kepada kanak-kanak yang menyebabkan para ibu itu terhibur dan didorong untuk pulang dan bekerja keras untuk keluarga mereka dengan dibekalkan pengharapan dan keceriaan.

Perhatikan Hal Ini: Apakah perasaan yang Yesus miliki dalam cerita ini? Bagaimanakah Dia menunjukkan ketidaksenangan dan keprihatianNya? Apakah perasaan yang telah dibangkitkan dalam hati para ibu itu ketika Yesus memberkati anak-anak mereka? Bagaimanakah hal ini kemudiannya membawa kesan kepada pekerjaan mereka dengan kanak-kanak? Apakah yang kita boleh simpulkan mengenai Yesus dan perasaanNya terhadap kita?

            Pada mulanya, pemimpin muda yang kaya itu hanya memerhatikan tindak-tanduk para murid, ibu-ibu dan kanak-kanak. Tetapi kelemahlembutan yang Yesus tunjukkan kepada kanak-kanak dan para ibu telah menyentuh hatinya. “Dia telah melijat kasih yang Yesus telah tunjukkan kepada kanak-kanak yang telah dibawa kepadaNya; dia telah melihat bagaimana dengan kelamlembutan Dia telah menerima mereka dan mengangkat mereka dengan tanganNya dan hatinya bersemarak dengan kasih untuk Juruselamat. Dia telah merasai satu keinginan untuk menjadi muridNya. Dia sangat tergerak hati sehingga apabila Yesus beredar dalam perjalananNya, dia berlari mendapatkan Dia.”-Ellen G. White, The Desire of Ages, ms. 518.

            Perhatikan respon pemimpin muda ini apabila emosi Yesus disentuh; dalam hal dirinya yang merupakan orang yang terkemuka, dia berlari dan berlutut dengan bertanyakan apa yang perlu dilalukannya untuk memiliki hidup yang kekal. Yesus sendiri juga tergerak hati. Alkitab mengatakan bahawa Yesus “mengasihi dia.” Yesus ingin sekali mengisi hati orang muda itu dengan kasih dan kebahagiaan dan kedamaian sebagaimana yang ada padaNya ketika Dia memberkati kanak-kanak dan ibu mereka. Tetapi kesudahan cerita pemimpin muda ini tidak begitu baik. Di sebalik digerakkan secara mendalam oleh kasih Kristus, namun dia tidak rela menyangkalkan diri sendiri agar dapat menuruti Yesus. Apa yang bermula sebagai satu cerita “kasih” yang besar berkahir dalam trajedi apabila pemimpin muda ini berpaling kepada kekayaannya dan jauh daripada perasaan kasih Ilahi yang baru sahaja telah membangkitkan disa.

Perhatikan Hal Ini: Perasaan itu sangat penting. Perasaan yang lahir kerana menyaksikan kasih Yesus telah menyebabkan orang muda ini berlari mengejar Yesus; Yesus juga mengasihi dia. Dia mahu orang juda ini mengikuti Dia sebagai rakan sekerja dan murid yang dikasihi. Bagaimanakah cerita ini berkesudahan dalam keadaan yang malang? Apakah yang kita boleh simpulkan mengenai hubungan di antara perasaan Yesus untuk kita dan perasaan dan tingkah laku kita terhadapNya?

            Sementara perasaan boleh membawa kita lebih dekat kepada Juruselamat yang pengasih, kita juga harus membuat keputusan untuk menyerahkan kehendak kita kepadaNya dan melakukan apa yang Dia ingin kita lakukan.

II. Juruselamat Yang Bersedih

(Imbas kembali Yesaya 53 dan Yohanes 11:33 bersama kelas.)

            Sementara Yesus menunjukkan belas kasihan dan kelemahlembutan semasa di bumi, Dia juga telah dibebani dengan kesusahan dan kesedihan. Senaraikan perasaan yang dialami oleh Yesus sebagaimana tercatat dalam Yesaya 53 bersama kelas anda. Bandingkan perasaan ini dengan kesusahan besar yang dialami oleh Yesus dalam Yohanes 11:33. Yesus tidak bersedih tentang Lazarus; Dia tahu bahawa sebentar lagi Dia akan membangkitkanya dari kubur. Perasaan marah dan dukacitaNya yang dalam dinyatakan sebagai satu embrimaomai, satu istilah Yunani yang boleh diterjemahkan sebagai a suatu bentuk hembusan nafas yang sedang marah, tarikan nafas atau mengerang yang disebabkan oleh satu gangguan minda yang besar.

            Yesus sedang dalam kemarahan kerana para pekabung yang bersifat hipokrit yang mengelilingi kubur Lazarus sedang merancang untuk membunuh Dia. Yesaya telah menubuatkan dengan nyata tentang Yesus yang akan dihina dan ditolak. Oleh kerana mereka telah menolak Dia maka pintu kepada harapan untuk diselamatkan bagi ramai dikalangan orang-orang yang tidak percaya ini tidak lama lagi akan tertutup. Dalam penghakiman yang tidak lama lagi akan jatuh ke atas Yerusalem, ramai mereka yang akan mati tanpa memiliki pengharapan, tanpa harapan untuk kematian mereka ditangisi kecuali air mata Yesus yang tercurah untuk mereka.

            Yesus telah menangis, bukan untuk diriNya sendiri. Dia telah merasai penderitaan seluruh umat manusia. “Ketika memandang jauh ke masa hadapan, Dia telah melihat penderitaan dan kesedihan, air mata dan kematian yang akan dihadapi oleh manusia. HatiNya ditembusi oleh penderitaan umat manusia di sepanjang zaman dan di semua tempat…. Dia sangat rindu untuk melegakan penderitaan mereka.”-Ellen G. White, The Desire of Ages, ms. 534.

            Malah sehingga hari ini, ramai di kalangan bangsa manusia yang menghina dan menolak Dia. Ramai yang masih tidak menerima tawaranNya untuk Dia sendiri memikul segala penderitaan kita dan menerima kehidupanNya yang telah diberikan untuk kita. Betapa Dia sangat rindu untuk menyelamatkan kita. Betapa Dia pasti rindu agar kita mengakui pekerjaanNya yang agung untuk kita dan bagi kita untuk mempersembahkan rasa syukur kerana pengorbananNya.

Perhatikan Hal Ini: Ketika menggambarkan kesedihan dan penderitaan Kristus yang dalam kerana nasib manusia, apakah emosi yang dibangkitkan dalam hati kita? Bagaimanakah pernyataan terhadap Kristus ini membawa Dia lebih dekat kepada hati kita dan membantu kita memahami Dia dengan lebih baik? Bagaimanakah ia menerangi hati kita yang keras dan keperluan kita terhadap Roh Kudus untuk mengajar kita mengenai kebaikan Kristus?

LANGKAH 3-Menerapkan

Hanya Untuk Guru: Banytu ahli kelas anda untuk menyedari keperluan kita untuk berpaling kepada Yesus untuk mendapat pertolongan dalam menangani emsoi kita.

Penerapan:

            Bayi-bayi sekalipun mempamirkan emosi melalui air muka. (Jika mempunyai kesempatan, sila pamerkan gambar-gambar bayi dengan pelbagai emosi pada muka mereka.) Salah satu tugas penting ketika usia masih awal ialah bagi anak-anak yang masih muda untuk belajar mengenali apa yang mereka rasakan dan belajar cara menangani dengan sesuai  emosi mereka yang kuat sebelum ia tiba di tahap yang tidak terkawal. Contohnya, ibubapa boleh membantu kanak-kanak menyedari bila tahap kekeciwaannya meningkat dan membantu dia memilih untuk pergi ke satu tempat “berasingan” bagi membolehkan dia mengawal emosinya. Belajar untuk memalingkan pemikirannya kepada Yesus pada masa seperti ini adalah sangat penting; gambar Yesus atau buku-buku gambar mengenai Dia boleh membantu. Penggunaan masa “pengasingan” bukanlah satu bentuk hukuman tetapi satu cara positif untuk menangani tingkah laku.

            Ramai di antara kita yang sudah dewasa masih perlu belajar cara menangani emosi kita. Apakah langkah-langkah yang kita perlu ambil sebelum kita hilang kawalan terhadap kerisauan, kemarahan atau kemurungan? Apakah yang kita boleh lakukan untuk memalingkan hati dan minda kita kepada Tuhan pada masa-masa seperti ini?

LANGKAH 4-Mewujudkan

Hanya Untuk Guru: Sila cadangkan idea berikut sebagai satu peluang pelayanan dan sebagai satu cara untuk menyelidik secara kreatif dan mengukuhkan lagi emosi yang positif.

            Kelemahlembutan dan keprihatinan Yesus banyak telah membantu untuk menghiburk dan mendorong mereka yang berada di sekelilingNya dan memperbaharui pengharapan dan keriangan mereka. Apakah yang kita boleh lakukan dan katakan pada minggu berikut untuk dapat memberkati jiwa mereka yang di keliling kita?

            Sila selidiki senarai emsoi positif yang terdapat dalam Galatia 5:22. Sila pilih satu emosi untuk ditumpukan pada minggu ini. Kaji ayat-ayat Alkitab yang berkenaan dengan emosi ini untuk dipelajari setiap hari dan buat satu sepanduk untuk dipamerkan di dalam rumah anda yang menggambarkan emosi tersebut. Jika ada ahli lain dalam kelas anda yang memilih untuk melakukan latihan ini maka anda mungkin ingin bertukar-tukar sepanduk dan ayat dengannya dan mempelajari pelbagai emosi setiap minggu selama Sembilan minggu berikutnya. Hal ini mungkin berupa satu projek baik untuk Pelayanan Wanita dalam aktiviti menenun atau menyulam. Kaum lelaki mungkin boleh memilih untuk membuat plaque daripada kayu atau logam dan kongsikan ayat-ayat serta pengalaman mereka kepada orang lain semasa sarapan pagi atau makan malam.

Pilihan Gantian: Sila pilih satu jenis emsoi untuk diberi perhatian pada minggu ini dengan mengkajiselidik ayat Alkitab yang menerangkannya. Kongsikan bersama kelas apa yang anda telah pelajari mengenai emosi daripada ayat tersebut.

Posted in Uncategorized | Leave a comment