Pelajaran 1:*25-31 Disember “Pelbagai Emosi”

PETANG SABAT                                       

 

Bacaan Untuk Pelajaran Minggu Ini: 2 Samuel 13,  Galatia 5:22, Kolose 3:12(14, Lukas 19:41-44, Yohanes 16:20-24.

Ayat Hafalan: “Aku berkata kepadamu: Sesungguhnya kamu akan menangis dan meratap, tetapi dunia akan bergembira; kamu akan berdukacita, tetapi dukacitamu akan berubah menjadi sukacita” (Yohanes 16:20).

Emosi merupakan bahagian penting pada keperibadian manusia. Ia boleh menjadi satu pemangkin yang berkuasa sama ada untuk kebaikan atau sebaliknya. Bergantung kepada emosi, ia boleh membuat kita gembira, sedih, takut dan bersukaria.

   Emosi yang “positif” boleh menghasilkan perasaan kepuasan dan kepenuhan; emosi “negatif” boleh menyebabkan penderitaan dan kesukaran. Yang pertama boleh mempromosikan kesihatan mental, manakala keadaan terdedaha kepada emosi “negatif” yang yang berpanjangan akan mengakibatkan masalah kepada tingkahlaku dan pergaulan. Dengan demikian, emosi memainkan satu peranan penting dalam kesejahteraan kita secara keseluruhan.

      Tuhan ingin agar kita dapat menikmati kesan daripada emosi yang positif. Namun demikian, oleh kerana dosa, maka kita seringkali berhadapan dengan kesan tidak baik dari suatu pengalaman emosi yang negatif. Beberapa watak dalam Alkitab juga tidak kebal kepada mengalami baik buruknya emosi itu. Sesetengah di antara mereka berjaya mengawal emosi mereka; yang lain, setelah gagal mengawal, telah membiarkan emosi negatif menyebabkan mereka melakukan tindakan-tindakan yang salah.

     Hubungan di antara emosi dengan tingkah laku tidak jelas dan tidak langsung. Kadangkala emosi yang menyakitkan akan mendorong kita berlutut untuk memohon kepada Tuhan sebagai sumber pertolongan dan sokongan yang muktamad. Pada masa yang lain sesuatu kesulitan boleh menyebabkan orang meninggalkan iman sama sekali.

      Oleh sebab itu, betapa [entingnya bagi kita untuk belajar lebih banyak tentang emosi kita dan bagaimana ia membawa kesan kepada kehidupan kita.

*Sila pelajari pelajaran minggu ini sebagai persediaan untuk Sabat, 1 Januari.

AHAD – 26 Disember “Emosi Negatif”

            Sila baca 2 Samuel 13, satu cerita yang penuh dengan pengalaman emosi yang tidak baik. Di tengah-tengah kekacauan ini, manusia akhirnya menyebabkan banyak penderitaan fizikal dan emosi terhadap sesama sendiri. Akibat daripada tingkah laku mereka itu telah membawa kesan kepada seluruh keluarga diraja, malah termasuklah kesan terhadap generasi yang akan datang.

Apakah keadaan emosi yang boleh dikaitkan dengan orang-orang berikut?

Amnon__________________________________________________

Tamar__________________________________________________

Daud_________________________________________________

Absalom_______________________________________________

            Perasaan “cinta” Amnon terhadap Tamar bukanlah suatu cinta yang sejati tetapi suatu dorongan seksual yang kuat kerana selepas dia mencapai matlamatnya maka “timbullah kebencian yang sangat besar pada Amnon terhadap gadis itu, bahkan lebih besar benci yang dirasanya kepada gadis itu dari pada cinta yang dirasanya sebelumnya” (ayat 15). Pengalaman Amnon menyatakan keadaan emosi yang keterlaluan: keghairahan yang tidak terkawal (dalam konteks satu hubungan sumbang [muhrim]) dan perasaan benci. Tingkah laku yang bertindak dalam keadaan emosi seperti ini selalunya tidak mengimbangkan dan menghasilkan suatu kesudahan yang serius. “Cinta” Amnon bertukar hampir serta merta menjadi perasaan benci. Dia tidak menghiraukan rayuan adik tirinya dan menghalau dia keluar dari kediamannya secara paksa.

            Tamar benar-benar telah menjadi mangsa. Dia tidak membenarkan setiap tindakan Amnon dan ini telah membuat dia marah. Dia melayani abangnya sebagai tanda taat setia kepada raja dan apabila tujuan sebenar Amnon menjadi nyata, gadis itu telah berusaha sedaya upaya menghalang dia dan menggariskan akibat dahsyat daripada tindakan kejam itu. Dengan nekadnya untuk melakukan apa yang dia inginkan, Amnon enggan mendengar suatu nasihat yang wajar. Lalu dia meneruskan rancangannya.

            Sebagaimana setiap wanita yang telah menderita akibat dirogol atau didera maka sudah tentu Tamar telah merasa sangat marah, dihina dan digunakan; sememangnya dia menderita akibat harga diri yang dicemari. Absalom, abangnya tidak menawarkan suatu hal yang melegakan tetapi di sebaliknya menasihati dia agar berdiam diri sahaja. Namun demikian, Absalom telah merancang satu pelan untuk membunuh Amnon agar dapat membalas dendam terhadap Tamar yang dirogolnya. (Di samping itu, ketiadaan Amnon akan memberikan pelunag lebih besar kepadanya untuk mewarisi takhta Raja Israel) Daud, bapa kepada semua yang terlibat, telah mengalami perasaan marah dan sedih ke atas peristiwa ini.

Bilakah masanya anda telah mengalami suatu perasaan benci, sedih, takut, marah atau cemburu? Bagaimanakah anda menanganinya? Apakah perkara lain yang anda harap telah dilakukan dengan cara yang berbeza?

ISNIN-27 Disember “Emosi Positif”

            Keadaan emosi yang negatif seperti perasaan benci, risau, takut, marah dan cemburu menghasilkan respon psikologikal serta merta seperti: jantung berdebar, otot menjadi tegang, mulut kering, peluh yang sejuk, perut berisi angin dan pernyataan fizikal yang lain. Pendedahan yang lama kepada gejala ini telah dikaitkan dengan komplikasi jantung dan penghadaman.

Berbeza dengan hal itu, keadaan emosi yang positif seperti belas kasihan, murah hati, rendah diri, sopan santun dan kesabaran telah dikaitkan dengan kesejahteraan diri, satu penampilan dan hubungan yang positif dengan orang lain dan dengan Tuhan. Psikologi positif, sebuah cabang psikologi yang baru dibentuk dan diterima secara meluas bertujuan untuk mempromosikan emosi positif agar dapat mencapai kebahagiaan dan mengelak berlakunya penyakit mental. Malah, terdapat bukti yang menunjukkan bahawa menyimpan suatu bentuk emosi negatif akan membawa kesan yang sangat buruk kepada kesihatan dan usia panjang; di sebaliknya, mempromosikan satu penampilan yang positif akan meningkat kesihatan dan usia panjang. Dalam kata lain, semakin lebih positif penampilan dan emosi anda itu maka semakin lebih baik keseluruhan tahap kesihatan yang anda akan dapat nikmati.

Sila baca Galatia 5:22. Bagaimanakah seharusnya buah Roh itu membuat satu perubahan dalam cara manusia menjalankan kehidupan?

Sila baca Kolose 3:12-14. Menurut Paulus, apakah emosi positif yang terkemuka? Apakah maknanya dengan ungkapan “kenakanlah” dalam ayat ini? Apakah akibat yang menyusul jika seseorang mempraktikkan kata-kata Paulus dalam ayat ini?

        Walaupun kasih itu lebih daripada suatu emosi, ia masih satu emosi yang unggul. Tuhan ituy kasih dan adalah menjadi encanaNya agar anak-anakNya akan mengalami kasih kepada orang lain dan daripada orang lain; Dia mahu kita mengetahui apa maknanya mengasihi Tuhan dan dikasihi oleh Tuhan. Kasih akan membawa pelbagai perasaan dan emosi positif yang lain yang boleh diterjemahkan menjadi satu tingkah laku tinggi yang amat diingini.

Apakah yang telah menjadi pengalaman anda tentang bagaimana keadaan emosi anda telah membawa kesan kepada tindakan-tindakan anda? Mengapakah sangat penting untuk tidak membuat sebarang keptusuan penting ketika berada di tengah-tengah keadaan emosi yang bergelora, sama ada positif atau negatif?

SELASA-28 Disember “Penampilan Yesus Yang Beremosi: Bahagian I”

            Di dalam Markus 8:1-3, “belas kasihan” adalah yang menggerakkan hati Yesus untuk melakukan sesuatu bagi memberikan makanan kepada orang ramai itu. Tidak ada orang lain yang telah terfikir mengenai keperluan orang-orang yang belum makan selama tiga hari. Yesus telah memperhatikan bahawa ada di antara mereka yang datang dari tempat yang jauh maka jika Dia tahu bahawa mereka akan pengsan jika Dia suruh mereka pulang tanpa apa-apa untuk di makan.

Selain daripada menyediakan makanan kepada orang ramai itu, apakah lagi tindakan Yesus yang lain yang dilakukan kerana belas kasihan? Markus 1:40, 41; 6:34.

            Para peaskit kusta selalunya dipandang hina. Tidak ada penyakit lain yang akan menimbulkan rasa takut dan kasihan selain daripada penyakit kusta. Sesiapa yang dihidap penyakit ini akan dibuang dari masyarakat dari sebarang inetraksi masyarakat dan selalunya dipaksa tinggal dalam pekhemahan yang ditetapkan. Setiapkali ada orang yang berada berhampiran dengan mereka maka mereka diminta untuk berteriak, “Najis! Najis!” Dengan demikian orang lain akan diingtakan mengenai kehadiran mereka dan mengelak daripada dijangkiti. Oleh sebab Yesus tergerak dengan belas kasihan ke atas orang ini maka Dia telah menyembuhkannya serta merta dan memberi arahan keadanya untuk tidak memberitahu sesiapapun. Tetapi orang yang disembuhkan itu tidak dapat menahan untuk tidak memberitahu tindakan kasih yang sangat indah itu terhadapnya dan dia mula memberitahu semua orang.

            Yesus akan tergerak dengan belas kasihan bukan sahaja bila ada orang yang kurang daya kesihatan tubuh tetapi bila mereka tidak mempunyai pemimpin, tidak ada halatuju atau matlamat dalam hidup. Oleh sebab itu, sebelum memberikan makanan kepada mereka, Dia merasai dahulu keperluan rohani mereka yang dalam dan mula mengajar mereka mengenai kerajaan Tuhan.

            Belas kasihan Yesus boleh juga dilihat di dalam Markus 9:36, dimana Yesus menekankan sentuhan fizikal. Dia mendukung kanak-kanak dan menunjukkan kasih dan kemesraanNya kepada mereka. Dia juga menjangkau dan menjamah orang yang berpenyakit agar dapat menyampaikan kesembuhan Ilahi.

            Dalam pertemuan dengan seorang pemimpin muda yang kaya (Markus   10:21, 22), Yesus tetap mengasihi dia walaupun orang muda itu tidak menuruti ajaran Maha Guru. Dengan serta merta mereka berdua mengalami satu emosi yang kuat – Kasih (Yesus), kesedihan (pemimpin muda yang kaya).

Apakah beberapa cara yang anda boleh menyatakan belas kasihan? Iaitu, adalah suatu perkara untuk merasakan belas kasihan sahaja (kebanyakan orang berbuat demikian) tetapi menyatakannya melalui perbuatan yang kukuh adalah satu perkara yang lain lagi. Bagaimanakah anda mungkin boleh menyatakan melalui kata-kata dan perbuatan satu perasaan belas kasihan yang anda rasakan terhadap mereka yang menderita?

RABU-29 Disember “Penampilan Yesus Yang Beremosi: Bahagian II”

            Sila baca Lukas 19:41-44. Apakah yang menyebabkan Yesus menangisi Yerusalem? Tidak diragukan ialah kerana kesedihan yang Dia rasakan ketika Dia melihat ke masa hadapan dan memandang kepada nasib yang akan menimpa Yerusalem. Lebih-lebih lagi Dia merasa sedih kerana ramai penduduk kota itu telah menolak Dia. “Air mata Yesus ketika berada di atas gunung, apabila Dia memandang ke atas kota yang di kasihi dan dijagaiNya, ketika Dia dikelilingi dengan sorakan hosanna oleh ribuan orang, merupakan rayuan kasih dan belas kasihan terakhir yang telah ditolak.”-Ellen G. White, The Spirit of Prophecy, vol. 3, ms. 20.

            Para penulis Kitab Injil mecatatkan dua peristiwa yang Ysus menangis. Manusia selalunya menangis untuk diri mereka sendiri, tetapi dalam peristiwa ini kesedihan Yesus datang dari perasan yang dalam terhadap orang lain.

Apakah di antara emosi menyakitkan yang Yesus telah alami dalam beberapa konteks berikut? Matius 26:37, 38; Markus 3:5; 8:12; Yohanes 11:32-38; Markus 11:15, 16. Apakah yang telah menyebabkan perasaan emosi yang dialamiNya itu?

            Beberapa ayat awal dalam Yesaya 53 mengesahkan bahawa Yesus adalah manusia yang penuh kesedihan. Walaupun Dia telah banyak kali mengalami detik-detik gembira, namun Dia juga telah mengalami penderitan emosi yang dalam. Kebanyakan daripada penderitaan Yesus ada kaitannya dengan perasaan kecewa apabila para pengikutNya gagal menerima perkhabaranNya. Di sebalik kasih Yesus yang berkelimpahandan tanda-tanda luarbiasa yang ditujukkanNya, ramai yang tidak memahami bahawa Ysus itu adalah Mesias. Yesus juga sangat menderita ketika Dia melihat akibat dosa ke atas umat manusia.

            Peristiwa yang meliputi kematian Lazarus telah menyebabkanNya mengalami kesedihan yang dalam juga. Yohanes memberitahu kita bahawa Yesus “sedih hati dan terharu (ABB),” “maysgullah hatiNya (LAI),” (Yohanes 11:33). Ini mrupakan satu terjemahan kepada istillah Yunani yang menunjukkan satu pergelutan emosi yang dhasyat yang disertai dengan satu suara kecil yang terkeluar dari tekak dan hidung. Seorang penulis drama bangsa Yunani bernama Aeschylus (525-456 S.M.) menggunakan istillah yang sama apabila menerangkan tindakan kuda yang bernafas kuat melalui hidung. Perkataan ini digunakan sebanyak lima kali dalam Perjanjian Baru, empat kali daripadanya menerangkan emosi Yesus.

Dengan memperhatikan kepada pengalaman beremosi Yesus boleh membantu kita memahami sejauh mana Dia dikaitkan dengan pergolakan emosi kita sendiri. Sila lihat ayat ini: “Sebab Imam Besar yang kita punya, bukanlah imam besar yang tidak dapat turut merasakan kelemahan-kelemahan kita” (Ibrani 4:15). Bagaimanakah mesej dalam ayat ini membawa kita ke dalam satu hubungan lebih rapat dengan Yesus, terutama sekali pada masa penderitaan?

KHAMIS-30 Disember “Rencana Tuhan untuk Emosi yang Menyakitkan”

Sila baca Yohanes 16:20-24. Apakah janji Yesus berhubung dengan penderitaan dan kesedihan?

            Ayat ini memberikan satu pengharapan besar kepada sesiapa sahaja yang sedang mengalami penderitaan fizikal dan psikologikal. Berikut adalah di antara beberapa perkara yang boleh dipelajari daripada ayat ini:

  • Dunia ini seakan-akan dipenuhi dengan kegembiraan. Seringkali umat percaya melijat di sekeliling dan dia diingatkan dengan ketidakadilan dalam hidup. Orang yang jahat seolah-olah sedang menikmati kesenangan mereka sendiri sementara ramai yang komited pada Tuhan sedang berada dalam penderitaan. Tetapi Yesus meyakinkan kita bahawa hal seperti ini tidak akan berpanjangan. Disamping itu, apa yang dilihat dari luar selalunya suatu yang memperdayakan. Secara semula jadi kita cenderung memandang orang lain sebagai lebih bahagia daripada kita.
  • Kesedihan, kesusahan dan penderitaan akan bertukar menjadi kebahagiaan. Inilah inti pada janji Yesus. Umat percaya harus menghargai idea bahawa kesedihan iyu bukan sahaja akan berlalu tetapi ia akan dikalahkan oleh kebahagiaan. 
  • Penderitaan masa lalu akan dilupakan. Ingatan terhadap masa lalu yang tidak menyenangkan sringkali menyebabkan kesedihan yang dalam. Ramai pakar psikoterapi yang bersusah payah menghapuskan kesan masa kini disebabkan oleh keadaan masa lalu ke atas para pesakit mereka, Yesus meyakinkan kita bahawa, sebagaimana seorang wanita yang melahirkan anak melupakan kesakitan yang dialami sebaik sahaja melihat bayi yang baru lahir maka demikianlah juga para pengikutNya akan suatu hari nanti akan melupakan semua penderitaan masa lalu.
  • Tiada sesiapapun yang boleh mengambil kebahagiaan kita. Jenis kebahagiaan yang Yesus tawarkan bukanlah sama dengan kebahagiaan sebagaimana yang kita fahami sekarang ini. Yesus menawarkan kepada kita kebahagian yang sepenuhnya, satu syarat kekal yang tidak boleh dirampas oleh musuh daripada mereka yang diselamatkan.
  • Tidak akan ada kekurangan lagi. Yesus mengesahkan bahawa orang yang benar tidak akan meminta apa-apa lagi. Mereka tidak perlu lagi membuat sevarang permintaan atau permohonan kepada Yesus kerana semua keperluan mereka sudah dipenuhi.

Bagaimanakah anda boleh berpegang kepada janji bahawa semua kesedihan anda akan menjadi kebahagiaan? Bagaimanakah kepastian ini boleh menolong anda melepasi segala kesukaran dalam hidup? Bagaimanakah anda boleh menggunakan janji-janji Yesus untuk menguatkan seseorang yang sedang bersedih?

JUMAAT-31 Disember: Soalan-soalan Perbincangan

Kajian Selanjutnya: “Kerika pandangan Yesus yang tajam menembusi pekarangan Rumah Tuhan  yang tercemar ini, semua mata tertumpu kepadaNya. Suara bising dari orang ramai serta bunyi lembu disenyapkan. Para Imam, pemimpin, orang Farisis dan bangsa lain memandang dengan penuh takjub ke arah Anak Tuhan yang berdiri di hadapan mereka dengan keagungan Raja Syurgawi, KeilahianNya yang memancar melalui tubuh manusia dan memberikanNya satu kehormatan dan kemuliaan yang sebelum ini tidak pernah ditunjukkan. Satu perasaan takut yang ganjil menyelubungi orang-orang itu. Mereka yang berada paling dekat dengan Yesus tanpa disedari mengundurkan diri mereka sejauh mungkin daripadaNya. Juruselamat berdiri di situ sendirian kecuali sebilangan kecil daripada murid-muridNya. Semuanya senyap belaka. Keadaan sunyi sepi itu seakan-akan tidak tertahan apabila mulut Yesus terbuka dan suaraNya berkumandang dengan nada yang sangat jelas, maka kedengaran suara kelegaan daripada semua yang hadir.

            “Dia bersuara dalam nada yang jelas dan dengan kuasa yang menyebabkan orang-orang di situ bergoyang-goyang seolah-olah digerakkan oleh satu taufan yang besar: ‘Ada tertulis bahawa rumahKu adalah rumah sembayang tetapi kamu sudah menjadikannya sarang pencuri.’ Dia menuruni anak tangga dan dengan kuasa yang lebih besar daripada yang ditunjukkanNya tiga tahun sebelum itu, dengan murka yang melenyapkan segala penentang, dalam nada yang berbunyi bagaikan trumpet yang memenuhi seluruh Rumah Tuhan Dia memerintahkan mereka, ‘Bawalah semua benda-benda ini!’ “-Ellen G. White, The Spirit of Prophecy, vol. 3, ms. 23, 24.

Soalan Perbincangan:

  1. 1.       Bagaimanakah anda menerangkan emosi Yesus sebagaimana dinyatakan dalam petikan di atas? Apakah pengajaran yang kita boleh pelajari daripada hal ini tentang berapa banyak emosi yang jika disalurkan dengan betul boleh menjadi satusumber kebaikan?
  2. 2.       Bagaimanakah emosi yang negatif boleh digantikan dengan emosi yang positif? Perhatikan pengalaman Maria Magdalena dan Maria yang lain yang telah pergi melihat kubur Yesus dan telah menjadi “takut dan dengan sukacita” (Matius 28:8).
  3. 3.       Masyarakat Yahudi merayakan Purim sebagai memperingati masa bila “dukacita mereka berubah menjadi sukacita dan hari perkabungan menjadi hari gembira” (Ester 9:22). Sila bincang bersama kelas anda cara-cara untuk mempastikan bahawa kita pelbagai dukacita kita telah bertukar menjadi sukacita. Kongsikan bersama kelas peristiwa ketika anda mengalami perubahan emosi tersebut.
  4. 4.       Bagaimanakah kita boleh belajar berpaut pada janji-janji Tuhan yang saat ini kelihatan sangat jauh dan tidak dapat digapai?

 

Ringkasan Pelajaran

Ayat Utama: Yohanes 16:20

Pelajar Akan:

Mengetahui:  Menyelidiki kepelbagaian emsi manusia dan kesannya terhadap tingkah laku dan kesihatan kita.

Merasakan: Menyedari keperimanusiaan emosi Kristus.

Melakukan: Mempercayai rencana Tuhan untuk membuat dukacita kita menjadi sukacita.

Garis Panduan Pembelajaran:

I. Mengetahui: Respons Beremosi Terhadap Kehidupan

A. Untuk menyahut keadaan kehidupan merupakan satu aspek penting pada sifat kita sebagai manusia. Apakah kemungkinan sebab mengapa Tuhan menciptakan kita dengan beremosi? 

B. Bagaimanakah emosi itu boleh memperkayakan kehidupan kita? Bagaimana ia boleh menyebabkan kehancuran? Apakah yang boleh membezakannya?

C. Bagaimanakah emosi positif dan negative membawa kesan kepada tubuhdan kesihatan kita?

II. Merasakan: Dicuba Sebagaimana Keadaan Kita

A.  Bagaimanakah Kristus menangani secara emosi terhadap pelbagai peristiwa yang mencabar yang dihadapiNya? Apakah yang menyedihkanNya? Apakah yang membawa sukacita kepadaNya? Bagaimanakah kita boleh sama-sama berada dalam perasaan empati dengan responNya yang beremosi itu?

B.   Bagaimanakah reaksiNya kepada cabaran-cabaran hidup boleh membantu kita memahami dan berkaitrapat dengan lebih baik kepadaNya? Bagaimanakah ia boleh menolong kita memahami dan menerima perasaan emosi kita sendiri dengan lebih baik?

III. Melakukan: Dukacita Menjadi Sukacita

A.  Perasaan emosi itu sangat berkuasa sama ada negative atau positif. Apakah rencana Tuhan untuk menolong kita menangani bukan sahaja pelbagai keadaan dalam hiudp tetapi emosi kuta yang ditimbulkannya?

Ringkasan:  Emosi positif dan negative mempunyai kesan besar dalam kesihatan kita. Sementara Kristus telah mengalamai kedua-dua jenis emosi, Dia juga mencontohkan rencana Tuhan tentang cara menangani emosi yang diciptaNya sebagai salah satu bahagian penting dalam sifat semula jadi manusia.

Cara Pembelajaran                                     

LANGKAH 1-Mendorong

KONSEP UTAMA UNTUK PERTUMBUHAN ROHANI: Tuhan telah menciptakan kiya dengan keupayaan untuk merasai pelbagai rangkaian emosi. Emosi kita mempunyai kaitan yang kuat dengan tingkah laku dan jkesihatan. Memandangakan Tuhan telah menciptakan kita dengan keupayaan seperti ini maka kita boleh memandang kepadaNya untuk mendapatkan cara-cara yang sihat untuk menangani emosi kita.

Hanya Untuk Guru: Sila gunakan latihan berikut sebagai satu cara menarik untuk membantu kelas anda berkait rapat dengan pelbagai rangkaian emosi yang kita sama-sama miliki sebagai umat manusia.

Aktiviti Permulaan:  Minta setiap ahli kelas anda untuk memikirkan satu emosi yang bermula dengan huruf pertama dalam nama mereka. Daripada meminta mereka menyebutkan emosi tersebut, minta mereka menunjukkan emosi tersebut melalui air muka dan/atau melakonkannya. Minta ahli-ahli kelas yang lain utnuk mengenalpasti emosi tersebut dan menulisnya pada papan tulis.

            Sila bincang rangakain emosi yang ditunjukkan oleh ahli kelas anda. Berapa banyakkah di antara emosi itu bersifat positif? Berapa banyakkah pula yang bersifat negatif? Adakah mudah untuk mengenalpasti emosi itu melalui tindakan orang tersebut? 

Perhatikan Hal Ini:  Buat satu senarai mengenai emosi yang Kristus telah tunjukkan dan sila bandingkan emosi yang ditunjukkan oleh ahli kelas anda dengan senarai emosi Kristus. (Sila lihat Matius 26:37, 38; Markus 3:5; 9:36; 10:21, 22; 8:1-3; Lukas 19:41-44; Yohanes 11:32-38.) Apakah emosi yang kita telah alami, yang Kristus juga telah alami? Apakah emosi negative yang ada pada kita tetapi tidak ditunjukkan oleh Kristus? Adakah Dia dicuba untuk memiliki emosi negatif ini? Mengapa, dan mengapa pula tidak?

LANGKAH 2-Menyelidik

Hanya Untuk Guru:  Sila bantu kelas anda untuk melihat yesus sebagai Saudara kita dengan emosi sama yang ada pada kita, namun memiliki kuasa yang boleh menolong kita menjangkau melepasi diri kita untuk berkait dengan sifatNya yang Ilahi dan sempurna.

Ulasan Alkitab

I.  Perasaan dan Tingkah Laku

(Imbas kembali Markus 10:13-31 dan petikan-petikan berkaitan daripada The Desire of Ages, ms. 511-523.)

            Ketika anda membaca cerita mengenbai Yesus bersama kanak-kanak dan Yesus bersama Pemimpin Muda ynag Kaya, sila senaraikan emosi yang orang-orang disitu rasakan dan juga yang sedang disarai sendiri oleh Yesus. Para ibu yang membawa kanak-kanak menangis dan pemalu. Murid-murid yang cuba melindungi Yesus sudah tentu bersikap kasar dan melarang-larang, tidak sabar melihat para ibu yang rindu untuk Yesus menjamah dan memberkati anak-anak mereka. Daripada bersikap tidak menyenangi para ibu itu, sebaliknya Yesus tidak senang melihat tindakan para muridNya. Dia telah menunjukkan belas kasihan dan kelemahlembutan kepada kanak-kanak yang menyebabkan para ibu itu terhibur dan didorong untuk pulang dan bekerja keras untuk keluarga mereka dengan dibekalkan pengharapan dan keceriaan.

Perhatikan Hal Ini: Apakah perasaan yang Yesus miliki dalam cerita ini? Bagaimanakah Dia menunjukkan ketidaksenangan dan keprihatianNya? Apakah perasaan yang telah dibangkitkan dalam hati para ibu itu ketika Yesus memberkati anak-anak mereka? Bagaimanakah hal ini kemudiannya membawa kesan kepada pekerjaan mereka dengan kanak-kanak? Apakah yang kita boleh simpulkan mengenai Yesus dan perasaanNya terhadap kita?

            Pada mulanya, pemimpin muda yang kaya itu hanya memerhatikan tindak-tanduk para murid, ibu-ibu dan kanak-kanak. Tetapi kelemahlembutan yang Yesus tunjukkan kepada kanak-kanak dan para ibu telah menyentuh hatinya. “Dia telah melijat kasih yang Yesus telah tunjukkan kepada kanak-kanak yang telah dibawa kepadaNya; dia telah melihat bagaimana dengan kelamlembutan Dia telah menerima mereka dan mengangkat mereka dengan tanganNya dan hatinya bersemarak dengan kasih untuk Juruselamat. Dia telah merasai satu keinginan untuk menjadi muridNya. Dia sangat tergerak hati sehingga apabila Yesus beredar dalam perjalananNya, dia berlari mendapatkan Dia.”-Ellen G. White, The Desire of Ages, ms. 518.

            Perhatikan respon pemimpin muda ini apabila emosi Yesus disentuh; dalam hal dirinya yang merupakan orang yang terkemuka, dia berlari dan berlutut dengan bertanyakan apa yang perlu dilalukannya untuk memiliki hidup yang kekal. Yesus sendiri juga tergerak hati. Alkitab mengatakan bahawa Yesus “mengasihi dia.” Yesus ingin sekali mengisi hati orang muda itu dengan kasih dan kebahagiaan dan kedamaian sebagaimana yang ada padaNya ketika Dia memberkati kanak-kanak dan ibu mereka. Tetapi kesudahan cerita pemimpin muda ini tidak begitu baik. Di sebalik digerakkan secara mendalam oleh kasih Kristus, namun dia tidak rela menyangkalkan diri sendiri agar dapat menuruti Yesus. Apa yang bermula sebagai satu cerita “kasih” yang besar berkahir dalam trajedi apabila pemimpin muda ini berpaling kepada kekayaannya dan jauh daripada perasaan kasih Ilahi yang baru sahaja telah membangkitkan disa.

Perhatikan Hal Ini: Perasaan itu sangat penting. Perasaan yang lahir kerana menyaksikan kasih Yesus telah menyebabkan orang muda ini berlari mengejar Yesus; Yesus juga mengasihi dia. Dia mahu orang juda ini mengikuti Dia sebagai rakan sekerja dan murid yang dikasihi. Bagaimanakah cerita ini berkesudahan dalam keadaan yang malang? Apakah yang kita boleh simpulkan mengenai hubungan di antara perasaan Yesus untuk kita dan perasaan dan tingkah laku kita terhadapNya?

            Sementara perasaan boleh membawa kita lebih dekat kepada Juruselamat yang pengasih, kita juga harus membuat keputusan untuk menyerahkan kehendak kita kepadaNya dan melakukan apa yang Dia ingin kita lakukan.

II. Juruselamat Yang Bersedih

(Imbas kembali Yesaya 53 dan Yohanes 11:33 bersama kelas.)

            Sementara Yesus menunjukkan belas kasihan dan kelemahlembutan semasa di bumi, Dia juga telah dibebani dengan kesusahan dan kesedihan. Senaraikan perasaan yang dialami oleh Yesus sebagaimana tercatat dalam Yesaya 53 bersama kelas anda. Bandingkan perasaan ini dengan kesusahan besar yang dialami oleh Yesus dalam Yohanes 11:33. Yesus tidak bersedih tentang Lazarus; Dia tahu bahawa sebentar lagi Dia akan membangkitkanya dari kubur. Perasaan marah dan dukacitaNya yang dalam dinyatakan sebagai satu embrimaomai, satu istilah Yunani yang boleh diterjemahkan sebagai a suatu bentuk hembusan nafas yang sedang marah, tarikan nafas atau mengerang yang disebabkan oleh satu gangguan minda yang besar.

            Yesus sedang dalam kemarahan kerana para pekabung yang bersifat hipokrit yang mengelilingi kubur Lazarus sedang merancang untuk membunuh Dia. Yesaya telah menubuatkan dengan nyata tentang Yesus yang akan dihina dan ditolak. Oleh kerana mereka telah menolak Dia maka pintu kepada harapan untuk diselamatkan bagi ramai dikalangan orang-orang yang tidak percaya ini tidak lama lagi akan tertutup. Dalam penghakiman yang tidak lama lagi akan jatuh ke atas Yerusalem, ramai mereka yang akan mati tanpa memiliki pengharapan, tanpa harapan untuk kematian mereka ditangisi kecuali air mata Yesus yang tercurah untuk mereka.

            Yesus telah menangis, bukan untuk diriNya sendiri. Dia telah merasai penderitaan seluruh umat manusia. “Ketika memandang jauh ke masa hadapan, Dia telah melihat penderitaan dan kesedihan, air mata dan kematian yang akan dihadapi oleh manusia. HatiNya ditembusi oleh penderitaan umat manusia di sepanjang zaman dan di semua tempat…. Dia sangat rindu untuk melegakan penderitaan mereka.”-Ellen G. White, The Desire of Ages, ms. 534.

            Malah sehingga hari ini, ramai di kalangan bangsa manusia yang menghina dan menolak Dia. Ramai yang masih tidak menerima tawaranNya untuk Dia sendiri memikul segala penderitaan kita dan menerima kehidupanNya yang telah diberikan untuk kita. Betapa Dia sangat rindu untuk menyelamatkan kita. Betapa Dia pasti rindu agar kita mengakui pekerjaanNya yang agung untuk kita dan bagi kita untuk mempersembahkan rasa syukur kerana pengorbananNya.

Perhatikan Hal Ini: Ketika menggambarkan kesedihan dan penderitaan Kristus yang dalam kerana nasib manusia, apakah emosi yang dibangkitkan dalam hati kita? Bagaimanakah pernyataan terhadap Kristus ini membawa Dia lebih dekat kepada hati kita dan membantu kita memahami Dia dengan lebih baik? Bagaimanakah ia menerangi hati kita yang keras dan keperluan kita terhadap Roh Kudus untuk mengajar kita mengenai kebaikan Kristus?

LANGKAH 3-Menerapkan

Hanya Untuk Guru: Banytu ahli kelas anda untuk menyedari keperluan kita untuk berpaling kepada Yesus untuk mendapat pertolongan dalam menangani emsoi kita.

Penerapan:

            Bayi-bayi sekalipun mempamirkan emosi melalui air muka. (Jika mempunyai kesempatan, sila pamerkan gambar-gambar bayi dengan pelbagai emosi pada muka mereka.) Salah satu tugas penting ketika usia masih awal ialah bagi anak-anak yang masih muda untuk belajar mengenali apa yang mereka rasakan dan belajar cara menangani dengan sesuai  emosi mereka yang kuat sebelum ia tiba di tahap yang tidak terkawal. Contohnya, ibubapa boleh membantu kanak-kanak menyedari bila tahap kekeciwaannya meningkat dan membantu dia memilih untuk pergi ke satu tempat “berasingan” bagi membolehkan dia mengawal emosinya. Belajar untuk memalingkan pemikirannya kepada Yesus pada masa seperti ini adalah sangat penting; gambar Yesus atau buku-buku gambar mengenai Dia boleh membantu. Penggunaan masa “pengasingan” bukanlah satu bentuk hukuman tetapi satu cara positif untuk menangani tingkah laku.

            Ramai di antara kita yang sudah dewasa masih perlu belajar cara menangani emosi kita. Apakah langkah-langkah yang kita perlu ambil sebelum kita hilang kawalan terhadap kerisauan, kemarahan atau kemurungan? Apakah yang kita boleh lakukan untuk memalingkan hati dan minda kita kepada Tuhan pada masa-masa seperti ini?

LANGKAH 4-Mewujudkan

Hanya Untuk Guru: Sila cadangkan idea berikut sebagai satu peluang pelayanan dan sebagai satu cara untuk menyelidik secara kreatif dan mengukuhkan lagi emosi yang positif.

            Kelemahlembutan dan keprihatinan Yesus banyak telah membantu untuk menghiburk dan mendorong mereka yang berada di sekelilingNya dan memperbaharui pengharapan dan keriangan mereka. Apakah yang kita boleh lakukan dan katakan pada minggu berikut untuk dapat memberkati jiwa mereka yang di keliling kita?

            Sila selidiki senarai emsoi positif yang terdapat dalam Galatia 5:22. Sila pilih satu emosi untuk ditumpukan pada minggu ini. Kaji ayat-ayat Alkitab yang berkenaan dengan emosi ini untuk dipelajari setiap hari dan buat satu sepanduk untuk dipamerkan di dalam rumah anda yang menggambarkan emosi tersebut. Jika ada ahli lain dalam kelas anda yang memilih untuk melakukan latihan ini maka anda mungkin ingin bertukar-tukar sepanduk dan ayat dengannya dan mempelajari pelbagai emosi setiap minggu selama Sembilan minggu berikutnya. Hal ini mungkin berupa satu projek baik untuk Pelayanan Wanita dalam aktiviti menenun atau menyulam. Kaum lelaki mungkin boleh memilih untuk membuat plaque daripada kayu atau logam dan kongsikan ayat-ayat serta pengalaman mereka kepada orang lain semasa sarapan pagi atau makan malam.

Pilihan Gantian: Sila pilih satu jenis emsoi untuk diberi perhatian pada minggu ini dengan mengkajiselidik ayat Alkitab yang menerangkannya. Kongsikan bersama kelas apa yang anda telah pelajari mengenai emosi daripada ayat tersebut.

About Sekolah Sabat Bahasa Melayu - Sabah

Penterjemah Sekolah Sabat untuk Misi SDA Sabah.
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s