Pelajaran 2 : 1-7 Januari “Persiapan Ilahi Terhadap Perasaan Bimbang”

PETANG SABAT

Bacaan Untuk Pelajaran Minggu Ini: Kejadian 3:6-10; 15:1-3; Yohanes 14:1, 2; Matius 6:25-34; 18:3; Filipi 4:11, 12.

Ayat Hafalan: “Serahkanlah segala kekuatiranmu kepada-Nya, sebab Ia yang memelihara kamu.” (1 Petrusrus 5:7).

Kitab Suci dipenuhi dengan ayat-ayat yang mengandungi perkataan seperti takut, kekhuatiran, bimbang, cemas, kaget, dan ditakutkan. Kebanyakannya dikaitkan dengan apa yang manusia takuti atau bimbangkan; yang lain adalah berkaitan dengan janji-janji tentang kepastian Ilahi kepada mereka yang takut dan khuatir. Pesanan “Janganlah takut” terdapat di seluruh Kitab Suci dengan bertenaga dan penuh ketekunan. 

            Dan mengapa tidak? Kerana, takut dan bimbang sudah menjadi sebahagian daripada kewujudan manusia sejak doa telah masuk ke dunia ini. Bimbang atau takut terhadap apapun telah menjadi satu daripada emosi yang paling berbahaya kepada kesihatan mental dan fizikal. Satu legenda zaman pertengahan mengisahkan tentang seorang pengembara yang pada suatu malam telah bertemu dengan Takut dan Wabak yang sedang dalam perjalanan menuju ke London di mana mereka berharap dapat membunuh 10,000 orang. Pengembara itu bertanya kepada wabak jika dia akan akan melakukan semua pembunuhan itu nanti. “Oh tidak, saya hanya akan membunuh beberapa ribu orang sahaja. Selebihnya akan dibunuh oleh si Takut” jawab Wabak.

Pelajaran minggu ini ialah mengenai cara kita boleh mendapat kelegaan daripada rasa takut dan bimbnag melalui doa. Percaya keada Tuhan dan kepuasan hati merupakan faktor utama dalam melihat masa depan dengan keyakinan.

*Sila pelajari pelajaran minggu ini sebagai persediaan untuk Sabat, 8 Januari.

AHAD: 2 Januari  Pengalaman Menakutkan Yang Pertama

            Sila baca Kejadian 3:6-10. Adalah sukar untuk memahami pertemuan pertama dengan perasaan takut yang dilalui oleh Adam dan Hawa kerana tiada di antara kita yang telah mengalamai emosi seperti ini. Para ahli psikologi tentang tumbesaran kanak-naka telah mengesahkan bahawa bayi dari umur awal menghadapi ketakutan yang pasti yang selalunya dikaitkan dengan rasa lapar dan bunyi yang tajam. Kanak-kanak dan remaja yang membesar juga melalui pelbagai perasaan takut: takut pada haiwan, terhadap keadaan gelap, tentang bersendirian; takut mengenai keadaan yang berkaitan dengan persekolahan, berpisah daripada ibubapa, takut tidak membesar dengan baik atau tidak diterima oleh rakan sebaya. Orang dewasa juga berada di bawah keadaan kebimbangan biasa yang berkaitan dengan keadaan tertentu kehidupan mereka: takut tidak mendaat pasangan hidup yang sesuai, tentang tidak mendapat pekerjaan yang tepat, atau terhadap serangan pengganas, tentang mengidap penyakit yang tidak boleh disembuh atau yang membawa maut, tentang diserang atau mati dan sebagainya.

            Ellen G. White berkata bahawa setelah Adam memakan buah larangan itu, “fikiran terhadap dosanya telah memenuhi dirinya dengan ketakutan” dan suhu sederhana dalam Taman Eden telah menyejukkan perasaan pasangan yang merasa bersalah itu. Mereka telah dibiarkan dengan “kesedaran terhadap dosa, merasa takut terhadap masa depan, jiwa yang ditelanjangkan”- Patriarchs dan Prophets, ms. 57.

Perhatikan contoh soalan berikut dibandingkan dengan perasaan takut dan cemas. Sila kenali bahagian-bahagian yang nyata di antaranya.

Mazmur 23:4_____________________________________________

Amsal 1:33___________________________________________

Hagai 2:5_____________________________________________

1 Petrus 3:14__________________________________________

1 Yohanes 4:18, 19______________________________________

            Perasaan takutdan bimbang merupaka perkara yang biasa. Ia juga kerap berlaku, memusnahkan dan menyakitkan. Di antara gejala-gejala pada perasaan bimbang ialah perasaan yang cemas, risau, tidak dapat tidur, ketegangan, lelah, pening kepala, jantung berdebar, sesak nafas, berpeluh, hilang tumpuan dan terlalu mengawal diri. Perasaan khuatir juga boleh disebabkan oleh perasaan panic secara mendadak. Tuhan ingin membebaskan kita daripada pengalaman yang tidak digemari ini dan mengundang kita untuk percaya kepadaNya.

Apakah perkara yang secara khusus anda takuti dan mengapa? Sejauh manakah rasionalnya perasaan takut anda itu? Apakah langkah praktikal yang nada boleh ambil dalam mengikis hal-hal yang membuat anda merasa takut atau menghialngkan rasa takut itu sendiri?

ISNIN-3 Januari “Janganlah Takut”

Sila baca Kejadian 15:1-3. Apakah punca ketakutan Abram? Apakah alasan manasabah yang ada  padanya untuk menjadi takut?

            Tuhan telah memanggila Abram dan telah berjanji untuk menjadikan dia satu bangsa yang besar. Dengan melihat bahawa sudah beberapa tahun berlalu dan dia tidak memiliki anak. Abram telah merenungi isu tersebut dan ia telah menjadi kerisuannya yang utama. Ayat 2 dan 3 menjelaskan inti kepada ketakutan Abram. “Siapakah yang akan mewarisi hartaku?… Seorang hamba dalam rumahku akan menjadi pewarisku!” (Terjemahan bebas) Tingkah laku seperti ini kelihatan berupa suatu reaksi umum yang secara semula jadi wujud dalam sifat manusia, iaitu mengabadikan sesuatu mengenai diri kita sendiri, sesuatu yang meneruskan pengaruh kita selepas kita meninggal dunia.

            Jawapan Tuhan kepada kerisauan Abram ialah, “”Janganlah takut, Abram, Akulah perisaimu; upahmu akan sangat besar” (Kejadian 15:1). Masa depan kehidupan kita dan malah masa depan kita selepas kita mati adalah dalam tangan Bapa Syurgawi kita. Dia mengetahui bahawa kelepasan daripada kekhuatiran merupakan salah satu keperluan terbesar kita dan Dia mahu agar kita berpuas hati dengan keadaan hari ini dan merasa yakin dengan hari esok.

Sila cari ayat-ayat berikut. Apakah keadaan yang menyebabkan pesanan Tuhan yang meyakinkan, iaitu “Janganlah takut” diperkenalkan?

Ulangan 31:8__________________________________________________

2 Tawarikh 20:17______________________________________________

Lukas 21:9___________________________________________________

Yohanes 14:27__________________________________________________

            Kekhuatiran dinyatakan melalui kesusahan tentang ketidaktentuan. Ketidaktentuan yang dimaksudkan mungkin sudah dekat atau masih jauh di masa depan atau malah langsung tidak akan berlaku. Buat masa ini, ia hanya wujud dalam fikiran sahaja. Namun, gejala-gejala mengenai kekhuatiran adalah nyata, baik secara emosi atau fizikal dan boleh menyeakitkan. Tidak hairanlah maka Tuhan ingin membebaskan kita daripadanya.

Bagaimanakah anda boleh menggunakan dengan terbaik nasihat pasti Tuhan, “Janganlah takut,” dalam apa juga keadaan yang anda berada? Bagaimanakah anda mengingati bahawa apapun yang anda sedang hadapi, Tuhan adalah lebih perkasa dan lebih besar daripada cabaran tersebut dan Dia mengasihi anda dengan kasih yang lebih besar daripada perasaan takut yang anda miliki?

SELASA-4 Januari “Percaya Lawan Khuatir”

Sila renungi kata-kata Yesus kepada murid-muridNya yang menghiburkan di dalam Yohanes 14:1, 2. Apakah yang elah berlaku sejurus sebelum itu? Di manakah Dia tumpukan pemikiran mereka?

            Kata-kata indah ini mendorong sifat percaya. Percaya kepada Bapa, percaya kepada Yesus, kerana inilah sifat percaya yang boleh membebaskan hati yang gelisah daripada memandang jauh ke masa depan dengan perasaan duka. Serta merta Yesus membawa perhatian murid-murid itu kepada kerajaan yang Dia sedang sediakan untuk mereka. Dalam kata lain, apapun yang terjadi kepada anda di dunia ini, betapapun malangnya keadaan di sini, inilah yang sedang menanti anda. Oleh yang demikian, percayalah kepadaKu dan kepada janji-janjiKu. Inilah yang Yesus telah katakan kepada mereka ketika itu dan sedang dikatakanNya kepada kita sekarang.

            Dalam beberapa sesi counseling, para pelanggan melakonkan peranan yang relevan kepada keadaan sebenar kehidupan yang membawa kepada meningkatnya sifat percaya kendiri dan mengembangkah harga diri. Tambahan pula, mereka belajar cara mengawal pemikiran mereka apabila perasaan khuatir timbul agar minda boleh ditumpukan kepada hal-hal yang lebih selamat. Mereka juga diajar mengenai pengenduran dan teknok bernafas yang digunakan ketika dalam keadaan yang kritikal.

            Walaupun strategi itu mengalami tahap kejayaan yang tinggi, namun ia menumpukan kepada peningkatan tahap percaya pada diri sendiri agar dapat mengurangkan peluang berlakunya perasaan menjadi cemas. Ini adalah diterima tepai tidak lengkap kerana percaya pada diri sendiri merupakan satu langkah yang kecil sahaja. Akhirnya nanti kita perlu belajar percaya kepada Tuhan.

Bagaimanakah pemazmur membandingkan percaya dalam Tuhan dan percaya pada manusia? Mazmur 118:8, 9.

            Manusia boleh menjadi berubah-ubah dan marah-marah, sedangkan Tuhan dan janji-janjiNya tidak pernah akan berubah. Raja Italy dan Raja Bohemia menjanjikan satu perjalanan dan pelepasan yang selamat kepada seorang pembaharu bernama Jan Hus. Mereka mengingkari janji mereka maka Hus telah ditangkap dan dihukum mati syahid. Dalam satu kes berasingan, Raja Charles I telah menghantar satu dokumen kepada seorang negarawan berbangsa Inggeris bernama Thomas Wentworth yang berbunyi, “Atas perintah raja engkau tidak akan menderita dalam hidup, penghormatan dan kekayaan tanpa penghormatan.” Namun tidak lama selepas itu, perintah hukuman mati ke atas Thomas dikeluarkan yang ditanda tangani sendiri oleh raja yang sama.

Apakah yang Yesus sedang katakan kepada kita dalam Matius 18:3?

            Tugas pertama seorang bayi ialah membina kepercayaan kepada ibu atau pengasuh mereka. Selepas ini dicapai maka si kecil akan merasa berpuas hati dan yakin terhadap dunia sekeliling serta masa depan yang sedang menunggu mereka. Inilah bermulanya percaya. Yesus memohon agar kita memandang kepadaNya dalam cara sama kanak-kanak memandang kepada ibunya dan membiarkan diri kita merasa lega dan dihidurkan oleh kelamlembutan pejagaanNya. Namun, kita harus melakukan satu pilihan untuk berbuat demikian.

Sila ambil beberapa waktu untuk mengingatkan waktu bila Tuhan telah menjawab doa anda atau telah memberikan yang terbaik untuk anda. Bagaimanakah pengalaman masa lalu seperti ini boleh menolong anda mengembangkan kepercayaan anda kepada bapa di Syurga hari ini terhadap apa juga keadaan sukar yang anda hadapi dan apapun perkara yang membuat anda cemas dan khuatir?

 

RABU-5 Januari “Mengenai Burung Pipit dan Bunga Teratai”

Selain daripada nasihat baik Yesus tentang cara mengelak daripada kerisauan, apakah pengajaran yang kita boleh ambil dari bahagian ini dalam Khutbah di Atas Bukit? Matius 6:25-33.

            Melalui ayat yang berkuasa ini Yesus mengajar beberapa prinsip yang boleh melindungi umat percaya daripada kesusahan jika ianya dituruti dengan serius.

Mengekalkan pelbagai perkara dalam perspektif (ayat 25). Suatu jadual yang ketat boleh membuat kita hilang pandangan kepada hal-hal yang sememangnya penting. Perkara yang biasa kita lakukan setiap hari boleh menghalang perhatian kita daripada perkara yang kita percayai sebagai penting. Tuhan telah memberikan kehidupan kepada kita. Tuhan telah mencipta tubuh kita. Jika Dia mempunyai kuasa dan kesediaan untuk melakukan hal itu, bukankah Dia boleh menyediakan makanan untuk mengekalkan ciptaanNya? Bukankah Dia boleh menyediakan keperluan pakaian untuk dipakaikan ke atas tubuh kita?

Didorong oleh perkara sederhana dalam alam semula jadi (ayat 26, 28-30). Burung pipit dan bunga teratai merupakan perkara yang paling umum dalam alam semula jadi. Yesus memilih mereka sebagai membezakan kerumitan yang besar pada umat manusia. Jelas sekali bahawa burung pipit tidak risau tentang hari esok dan bunga teratai tidak bersusah payah untuk mendapatkan reka fesyen yang terkini, namun ia tetap terpelihara. “Tidakkah Ia akan terlebih lagi mendandani kamu?” (ayat 30).

Khuatir itu tidak berbguna dan tidak berbaloi (ayat 27). Mengkaji masalah agar dapat mencari penyelesaian mungkin suatu yang boleh membawa hasil tetapi khuatir kerana hanya atas alasan risau bukan sahaja tidak melakukan apa-apa untuk menyelesaikan isu itu tetapi mengembangkan bahagian negatif pada perkara tersebut.

Tetapkan keutamaan anda (ayat 33). Kadangkala umat Kristian mungkin akan terperangkap dalam keriuhan kebendaan atau hal-hal lain yang boleh mengalihkan tumpuan mereka daripada perkara sebenar dalam kehidupan; oleh yang demikian Yesus mengingatkan mereka sebegai berikut: “Carilah dahulu kerajaan Tuhan dan kemuliaanNya dan semua perkara ini akan ditambahkan kepadamu.”

            Winston Churchill pernah berkata: “Saya teringat satu cerita mengenai seorang yang sudah tua yang berkata ketika dia sedang tenat bahawa dia mempunyai banyak masalah dalam hidupnya yang kebanyakan daripadanya tidak pernah berlaku.”-([http://www.saidwhat.co.uk/quotes/political/winston_churchill].

Sila perhatikan pada perkara yang membuat anda risau kemudian berlutut dan berdoa mengenainya, meminta Tuhan untuk mengurus segala kerisauan anda. Apalah hal-hal yang anda boleh mengambil bahagian dalam menyelesaikannya? Apakah perkara yang sememangnya diluar dari kawalan anda? Lakukan sesuatu yang boleh anda lakukan bagi menyelesaikannya dan minta kepada Tuhan untuk menolong anda belajar percaya kepadaNya untuk menyelesaikan perkara yang lain.

KHAMIS-6 Januari  “Satu Demi Satu (One Day at a Time)”

Sila baca Matius 6:34. Apakah yang Yesus katakana kepada kita di sini? Bagaimanakah kita belajr melakukan apa yang dikatakanNya? Mengapakah hal itu sangat penting?

            Dengan mempraktikkan pesanan dalam Matius 6:34 akan membawa banyak kedamaian kepada manusia hari ini. Yesus  tidak meminta kita untuk mengabaikan perancangan atau menjadi cuai. Dia sekadar memberitahu kita untuk tidak perlu risau tentang apa yang akan terjadi, tidak menggunakan pandangan biasa seperti “Bagaimana jika:” “abagaimanakah jika saya sakit?” “Bagaimanakah jika saya hiking pekerjaan?” Bagaimanakah jika saya mengalami kecelekaan?” “Bagaimanakah jika anak saya meninggal dunia?” Bagaimana jika seseorang menyerang saya?”

Senarai berikut menunjukkan pelbagai perkara yang terdiri daripada kerisauan orang kebiasaan. Individu yang cemas sentiasa menumpukan kepada perkara berikut:

      _ Lima puluh peratus terhadap peristiwa yang tidak akan berlaku

      _ Dua puluh lima peratus terhadap kejadian masa lalu yang todak boleh diubah

      _ Sepuluh peratus mengenai kritikan tidak pasti oleh orang lain

      _ Sepuluh peratus mengenai kesihatan (kebanyakannya mengenai kebimbangan)

      _ Lima peratus mengenai masalh sebenar yang akan di hadapi

Bagaimanakah anda boleh mendapai inspirasi dari pengalaman Paulus mengenai kepuasan hati? Filipi 4:11, 12.

            Salah satu kunci untuk menghadapi kehidupan satu demi satu ialah kepuasan hati, satu penawar berkesan untuk rasa khuatir. Kepuasan hati bukan satu tingkah laku yang diwarisi tetapi sifat yang diperolehi sendiri. Paulus telah berkata bahawa “aku telah belajar mencukupkan diri dalam segala keadaan” (ayat 11). Dalam zaman sekarang ketika kita berhadapan dengan banyak masalah, terdapat satu keperluan untuk membina satu kesedarang berpuas hati dengan apa yang ada pada kita masa ini dan tidak menjadi risau terhadap apa yang akan datang pada ahri esok.

Yesus telah berkata: “Damai sejahtera Kutinggalkan bagimu. Damai sejahtera-Ku Kuberikan kepadamu, dan apa yang Kuberikan tidak seperti yang diberikan oleh dunia kepadamu. Janganlah gelisah dan gentar hatimu” (Yohanes 14:27). Dalam ertikata secara praktikal, bagaimanakah anda boleh menikmati kepastian kedamaian minda yang Yesus berikan ini? Sila bincangkan jawapan anda dalam kelas pada Sabat nanti. Apakah yang anda boleh pelajari dari sesama sendiri?

JUMAAT  Januari 7

Kajian Selanjutnya: “Bukan pekerjaan yang membunuh; ia adalah berasa khuatir. Satu-satunya cara mengelak berasa khuatir ialah membawa setiap kekhuatiran itu kepada Kristus. Janganlah kita memandang ke bahagian yang gelap. Marilah kita memupuk semangat keceriaan.”-Ellen G. White, Mind, Character and Personality, ms. 466.

            “Jika kkita mendidik jiwa kita untuk memiliki iman, kasih dan kesabaran yang lebih besar serta kepercayaan yang lebih sempurna kepada Bapa di Syurga maka kita harus memiliki lebih kedamaian dan kebahagiaan ketika kita melalui pergolakan dalam kehidupan ini. Tuhan tidak senang melihat kita merepek dan merasa risau sehingga terkeluar dari tangan Yesus. Dialah satu-satunya sumber setiap kurnia kasih, kegenapan setiap janji, perlaksanaan setiap berkat. . . . Penghijraan kita di bumi ini akan pasti menyepikan jika bukan kerana Yesus. Dia telah berkata kepada kita dalam  (Yohanes 14:18) bahawa “Aku tidak akan membiarkan kamu kesepian.” Marilah kita menghargai kata-kataNya, percaya kepada janji-janjiNya, mengulanginya setiap hari dan merenunginya pada malam hari dan bergembira selalu.”-Ellen G. White, Mind, Character and Personality, ms. 468.

Soalan Perbincangan:

  1. Sebagai sebuah kelas, imbas kembali jawapan anda kepada pertanyaan akhir dalam pelajaran hari Khamis.
  2. Tanpa mempunyai alasan sebenar untuk menjadi risau, sesetengah orang akan takut untuk menderita dan mati; yang lain pula sebenarnya akan mengalami penyakit yang melemahkan atau tidak boleh disembuhkan yang kemungkinan akan membunuh mereka. Yang lain kagi sememangnya akan berhadapan dengan keadaan yang mengancam nyawa mereka. Bagaimanakah mereka yang berada dalam keadaan seperti ini boileh dihiburkan?
  3. Yakub telah menjadi “sangat takut…merasa sesak hati” (Kejadian 32:7) ketika bersiap sewdia untuk bertemu dengan Esau. Sausar-saudara Yusuf merasa “takut dan gemetar” (Kejadian 45:3) apabila Yusuf mendedahkan identitinya yang sebenar. Bincangkan cara-cara yang boleh diterima dalam menangani perasaan takut terhadap kesalahan kita sendiri. Adakah terdapat perbezaan dalam menangani perasaan takut akibat perkara yang kita lakukan sendiri ? Jika ada, apakah perbezaannya?
  4. Ayub telah menegaskan sebagai berikut: “Karena yang kutakutkan, itulah yang menimpa aku, dan yang kucemaskan, itulah yang mendatangi aku (Ayub 3:25). Bolehkah perasaan takut kita itu menjadi nyata melalui kesan daripada perasaan kita sendiri yang sentiasa takut akan berlakunya suatu perkara yang sangat ditakuti? Sila bincangkan.
  5. Fikirkan mengenai semua perkara yang pernah anda rosaukan tetapi tidak pernah terjadi. Apakah pengajaran yang anda dapat pelajari daripada hakikat ini yang sesuai boleh membantu anda untuk mengurangkan rasa risau terhadap masa depan? 

 

Ringkasan Pelajaran

Ayat Utama: 1 Petrus 5:7

Pelajar Akan:

Mengetahui:  Outline Tuhan’s provisions for whatever causes anxiety in our lives.

Merasakan: Sense the futility of worrying about what Tuhan is taking care of.

Melakukan: Learn to trust Tuhan to hdanle those concerns that are out of our control dan to help us hdanle those concerns that are within our control.

Garis Panduan Pembelajaran:

I. Mengetahui:  Persiapan Tuhan terhadap Penjagaan Kita

A. Apakah jenis perkara yang menyebabkan rasa risau berlaku dalam kehidupan kita?

B. Apakah yang Tuhan telah sediakan agar dapat memenuhi keperluan fizikal, mental dan sosial kita?

C. Apakah yang Tuhan telah sediakan untuk menangani dosa-dosa kita? Dan untuk masa depan kita?

II. Merasakan: Perasaan Risau Yang Tidak Bermakna

A. Mengapakah kita cenderung merasa risau terhadap banyak perkara dalam kehidupan kita yang berada di luar kawalan kita? Mengapakah hal ini memberikan alasan kepada Syaitan untuk mencapai kemenangan?

B. Bagaimanakah kita boleh berpuas hati dengan apapun yang akan berlaku?

III. Melakukan: Belajar Untuk Percaya

A. Mengapakan percaya itu lebih sukar bagi orang dewasa daripada kanak-kanak? Apakah jenis pengalaman yang kita perlu miliki agar dapat belajar untuk percaya lagi?

B. Apakah janji-janji dalam Alkitab yang mendorong kebergantungan terhadap Tuhan ke atas penjagaan dan kebahagiaan kita? Apakah yang kita perlu lakukan untuk lebih menghargai janji-janji ini dan dengan demikian mengembangkan kedamaian dan kebahagiaan kita?

Ringkasan: Banyak perkara yang di luar kawalan kita boleh menyebabkan kerisauan tetapi Tuhan telah menyediakan persiapan untuk setiap keperluan kita dan Dia meminta kita untuk percaya kepadaNya dan memilih untuk tidak menjadi takut.

Cara Pembelajaran                         

LANGKAH 1-Mendorong

KONSEP UTAMA UNTUK PERTUMBUHAN ROHANI: Membuat anak-anak Tuhan jatuh kerana perasaan takut dan khuatir merupakan senjata Syaitan terhadap kita yang terbesar dan paling banyak kali digunakan. Syaitan akan membuat kita tersasar jauh daripada Tuhan – melarikan diri, sendirian dan ketakutan tetapi Tuhan merayu agar anak-anakNya berkumpul lebih rapat di dalam genggamanNya.

Hanya Untuk Guru: Pelajaran minggu ini tertumpu kepada perasaan takut, khuatir dan bagaimana kita telah diberikan arahan-arahan dan dengan demikian beroleh keupayaan untuk mengelak daripada buah-buah ketakutan yang memudaratkan seperti: kekhuatiran, tidak dapat tidur, ketegangan, keletihan dan banyak lagi yang lain. Firman Tuhan dipenuhi dengan janji-janji bahawa Dia akan menjagai kita jika kita percaya kepadaNya. Pelajaran ini akan mengkaji janji-janji Tuhan dan kuasa pada percaya dan iman terhadapNya.

Aktiviti Permulaan: Sila Tanya berapa banyak di antara ahli kelas anda yng sudah menjadi ibu atau bapa. Minta mereka untuk mengingat kembali ketika anak mereka masih kecil – mungkin berusia tiga atau empat tahun. Adakah mereka mengingat kembali kejadian-kejadian tertentu apabila anak mereka menjadi takut dan mencari mereka untuk mendapat penghiburan dan keyakinan? Minta beberapa di antara mereka untuk mengongsikan bersama kenangan-kenangan mereka itu.

Perhatikan Hal Ini: Kristus mengesyorkan kita dalam Matius 18:3 untuk menjadi mdauh percaya sama seperti kanak-kanak. Setelah berkongsi bersama beberapa di antara cerita mengenai anak-anak kamu yang mecari penghiburan dalam pelukan ibu bapa, pada pendapat anda, apakah yang Yesus maksudkan dengan “percaya”?

  • Dalam cara apakah anda boleh berusaha menjadi lebih seperti kanak-kanak dalam sifat percaya anda?           

 

LANGKAH 2-Menyelidik

Ulasan Alkitab

I. Membiarkan rasa takut dan khuatir memisahkan kita dengan Tuhan boleh merugikan.

(Sila baca Bilangan 13:1, 2; 13:26-29; 14:1-4; 14:11; 14:26-29.)

            Kita bersama-sama dengan umat Israel setelah mereka mengalami beberapa siri mukjizat – kecuali anda bertanya kepada mereka – di mana mereka baru saja melepaskan diri dari suatu pengelaman yang membahayakan.

            Tuhan telah menjanjikan mereka satu negeri yang berlimpah dengan susu dan madu. Dia berjanji kepada mereka bahawa negeri itu akan menjadi tanah mereka kerana Dia akan menyerahkannya ke dalam tangan mereka. Ketiak umat Israel menghampiri perbatasan negeri Kanaan, Tuhan memaparkan rencananya untuk mereka. Tuhan telah memberitahu Musa untuk mengutus satu pasukan peninjau untuk memasuki negeri Kanaan, seorang dari setiap kaum. Musa telah memilih orang yang terbaik dari setiap dua belas suku Israel.

            Maka bertolaklah para pengintip itu memasuki Tanah Perjanjian. Mereka telah pergi, mereka telah melihat dan mereka telah kembali dengan buah yang lebih besar daripada mana-mana buah yang pernah dilihat oleh orang Israel sebelum ini. Lapuran mereka bermula secara positif tetapi bertukar menjadi suatu cerita yang dahsyat. Nampaknya, buah yang gergasi itu dipelihara oleh orang gergasi (manusia gergasi yang besar, menakutkan dan  kuat). Umat Israel menjadi takut, risau dan telah lupa segala hal mengenai percaya. Semua mereka bersikap demikian, kecuali dua orang. Kaleb dan Yosua mengangkat suara mereka menentang tiupan suara tangisan dan ketakutan dan seruan tentang malapetaka yang bakal menimpa.

            Bangsa Israel tidak mahu mendengar semuanya itu. Malah, mereka sangat takut sehingga mereka menjadi keliru. “Mari kita kembali ke Mesir. Kita ada makanan di sanan. Kehiduoan bukanlah begitu teruk di Mesir. Alaha lebih baik kita tinggal di Mesri daripada diinjak-injak oleh gergasi. Mengapakah Tuhan lakukan hal ini terhadap kita?”

            Berapa kerapkah kita mendengar reaksi seumpama ini? Suatru perkara buruk telah terjadi pada saya, mengapakah Tuhan melakukan ini terhadap saya? Adalah menjadi matlamat utama Syaitan untuk mewujudkan perbalahan di antara Tuhan dengan anak-anakNya dan rasa takut itu merupakan salah satu cara paling mudah untuk melakukannya. Ia meruapakan senjatanya yang paling banyak digunakan. Mengapa? Kerana ia berkesan.

            Umat Israel terlalu dikuasai oleh kekhuatiran sehingga mereka menyalahkan Tuhan ke atas perkara yang belum terjadi. Tiada seorangpun di antara mereka yang pernah melihat orang Kanaan yang gergasi; namun, mereka sudah menyalahkan Tuhan ke atas kematian mereka (yang belum terjadi lagi) di tangan para gergasi ini.

            Sekali lagi mereka telah lupa untuk percaya. Dalam Bilangan 14:11, Tuhan bertanyakan Musa apa yang perlu dilakukan agar umat Israel percaya kepadaNya. Dia telah melaksanakan mukjizat demi mikjizat akan tetapi mereka tidak percaya bahawa Dia akan menjaga mereka.

            Akibat daripada kedegilan Israel yang menolak menuruti arahan Tuhan dan memasuki Tanah Perjanjian sebagaimana yang direncanakanNya maka mereka harus mengembara selama 40 tahun lagi.

            Kita sebagai manusia sering menghalang rencana Tuhan untuk kehidupan kita dengan tidak mempercayai Dia pada masa kesusahan, atau malah pada masa kesusahan yang dijangkan akan terjadi. Membiarkan rasa takut menguasai kehidupan kita dan bukan iman, boleh membawa akibat yang malang.

Perhatikan Hal Ini: Imbas kembali dalam hidup anda masa lalu ketika anda berhadapan dengan halangan yang kelihatan tidak boleh di atasi dan anda telah berputus asa sama seperti yang dilakukan oleh umat Israel. Bila difikirkan kembali, sejauhmana kerugian yang anda telah alami? Bagaimanakah kemungkinan perkara boleh lebih berubah jika anda telah menunjukkan iman dan percaya yang lebih kepada Tuhan?

II. Iman dan Mempercayai Tuhan Ketika Berhadapan Dengan Ketakutan ada Pahalanya.

(Sila baca Bilangan 14:5-9, 30, 36-38.)

            Kaleb dan Yosua telah percaya kepada Tuhan. Mereka telah berdiri teguh bertentangan dengan pendapat umum. Tuhan telah menjanjikan mereka tanah itu. Mereka telah percaya kepada Tuhan. Mereka tidak memahami bagaimana Dia akan menyerahkan negeri itu ke dalam tangan mereka tetapi mereka mengetahui bahawa Dia telah berjanji Dia akan melakukannya. Mereka tahu bahawa setakat ini Tuhan telah menepati setiap janji-janjiNya kepada mereka. Mengapa pula tidak mempercayai Dia sekarang ini?

            Mereka mungkin tidak menjadi popular dengan rakan-rakan mereka kerana menyuarakan pandangan mereka. Dapatkah anda bayangkan tekanan yang mungkin mereka telah hadapi, selaku dua sahaja orang yang tidak setuju di antara lautan manusia yang merungut ketakutan?

            Tuhan telah melihat kesetiaan mereka pada masa ketidaktentuan, sengketa dan ketakutan. Sepuluh orang pengintip lain yang telah menyebarkan fitnah mengenai orang yang jahat telah menemui ajal mereka yang awal. Mereka semua terbunuh dalam satu wabak. Kaleb dan Yosua diselamatkan kerana mereka kekal setia.

            Tuhan telah melepaskan kesduahan kepada ketakutan Israel. Tidak ada seorang dewasa yang telah meragui Dia akan hidup untuk memasuki Tanah Perjanjian – tiada di antara mereka yang akan masuk Kanaan kecuali Kaleb dan Yosua.

            Yosua dan Kaleb telah mewarisi tanah yang dijanjikan kepada mereka kerana iman mereka. Yosua telah menjadi pemimpin bangsa Israel. Tuhan telah bekerja melalui dia untuk menakluki negeri dan kota-kota itu serta menghalau semua musuh-musuh. Tuhan telah memberkati Yosua dalam cara yang mungkin Yosua tidak pernah bayangkan boleh dilakukan. Tuhan masih melakukan perkara sama ini untuk kita hari ini bila kita meletakkan kepercayaan kita kepadaNya.

Perhatikan Hal Ini: Sekali lagi imbas kembali kehidupan anda, dan kali ini pada ketika bila anda berpegang teguh pada iman anda dan meletakkan kepercayaan anda kepada Tuhan. Bagaimanakah Tuhan telah memberkati anda dalam cara yang anda tidak jangkakan? Bagaimanakah rencanaNya itu dinyatakan dengan jelas kepada anda?

LANGKAH 3-Menerapkan

Hanya Untuk Guru: Dari bayi hingga dewasa, kita semua mengalami perasaan takut, khuatir, risau dan pelbagai akibat daripadanya. 

            Sifat percaya bukan suatu tingkah laku semula jadi.  Ia harus dipelajari. Seperti bayi yang mula belajar mempercayai ibu bapanya, kita harus melatih diri kita sendiri untuk percaya kepada Tuhan. Kita mesti beruasaha sedaya upaya pada setiap hari untuk percaya kepada Tuhan bukan sekadar pada perkara kecil (seperti, Tuhan, tolonglah saya untuk memandu dengan selamat samapai ke tempat saya bekerja) tetapi juga kepada perkara yang besar (Tuhan, saya sudah kehilangan pekerjaan, rumah saya mau dilelong, kanak-kanak perlukan pakaian yang baru dan hanya tinggal satu batang sayur lagi dalam peti sejuk).

Penerapan/Soalan Induksi:

Apakah yang kelihatan lebih mudah: percaya kepada Tuhan dalam perkara kecil atau perkara besar? Mengapa

Apakah bahagian dalam kehidupan saya yang sukar untuk percaya kepada Tuhan sepenuhnya?

Apakah yang saya boleh lakukan dalam mengikis keinginanuntuk mengawal keadaan dan membiarkan Tuhan memimpin saya, khususnya pada masa yang mencemaskan?

LANGKAH 4-Mewujudkan

Hanya Untuk Guru: Bertindak dan hidup dalam iman adalah lebih mudah mengungkapkan daripada melakukan. Bukankah suatu hal yang baik jika kita mempunyai catatan peribadi tentang semua peristiwa ketika Tuhan datang kepada kita semasa kita takut, tidak pasti atau risau? Apa yang menjadi suatu kesaksian yang lebih nyata terhadap kasih, kebergantungan dan penjagaan tetap Tuhan kepada anak-anakNya ialah suatu catatan peribadi yang mengandungi pimpinan, penjagaan dan penyedian Tuhan. Aktiviti ini bertujuan sebagai satu latihan membina iman secara jangka panjang. 

Aktiviti:  Cabar ahli kelas anda untuk menyimpan satu jurnal mengenai Iman lawan Takut. Idea ini ialah setiap kali mereka merasa dikuasai oleh perasaan cemas atau takut maka mereka catatkannya. Menyusul kepada catatan tentang takut, sila syorlkan renungan dan berdoa dan mencatatkan dan dan menerima janji atau ayat yang langsung menghilangkan rasa risau. Mereka perlu tinggalkan ruang untuk kembali kepadanya dan mencatakan cara Tuhan telah bertindak dalam kehdiupan mereka dan membawa mereka melepasi suatu masalah tertentu. Catatn yang dilakukan itu akan menjadi bahan rujukan. Setiap ahli kelas akan dapat melihat kembali kepada segala masalah mereka dan melihat dalam catatan bagaimana iman mereka kepada Tuhan telah dibuktikan dan diberikan ganjaran.

            Sebagai ganti, minta ahli-ahli kelas untuk berkongsikan pengalaman ketika mereka bertindak dalam iman semasa berhadapan dengan ketakutan. Bagaimanakah pengalaman itu telah membina kepercayaan mereka terhadap Tuhan? Bagaimanakah ia telah menguatkan iman mereka dalam cara yang melengkapkan mereka untuk menghadapi cabaran-cabaran dan godaan di masa akan datang?

About Sekolah Sabat Bahasa Melayu - Sabah

Penterjemah Sekolah Sabat untuk Misi SDA Sabah.
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

1 Response to Pelajaran 2 : 1-7 Januari “Persiapan Ilahi Terhadap Perasaan Bimbang”

  1. robben s bendah says:

    Sangat membantu…terima kasih banyak2….Bagai mana mahu cari itu mission story ya?

Leave a comment