K3 2011 Sekolah Sabat: KEBAKTIAN “Dan Sembahlah Dia . . .”

Di antara ayat yang paling dikenali dalam kalangan umat Advent ialah: “Dan aku melihat seorang malaikat lain terbang di tengah-tengah langit dan padanya ada Injil yang kekal untuk diberitakannya kepada mereka yang diam di atas bumi dan kepada semua bangsa dan suku dan bahasa dan kaum, dan ia berseru dengan suara nyaring: “Takutlah akan Tuhan dan muliakanlah Dia, karena telah tiba saat penghakiman-Nya, dan sembahlah Dia yang telah menjadikan langit dan bumi dan laut dan semua mata air” (Wahyu 14:6, 7). Walapun kita memandang hal ini dalam konteks peristiwa-peristiwa akhir zaman, namun ia juga membantu membentuk dasar topic kita pada suku tahun ini, iaitu penyembahan. Bukan sahaja kita dipanggil untuk menyembah, tetapi dalam ayat-ayat ini kita boleh mendapati beberapa tema utama untuk membantu kita memahami apa penyembahan itu sebenarnya. Pertama, Yohanes melihat seorang malaikat yang “padanya ada Injil yang kekal,” iaitu Injil perjanjian yang kekal, berita baik mengenai Yesus yang akan datang dan mengenakan pada diriNya sendiri sifat manusia dan sifat kemanusiaanNya akan mati sebagai Pengganti bagi dosa-dosa dunia. Oleh itu dasar yang diperlukan pada segala penyembahan kita ialah kematian Yesus bagi pihak kita. Penyembahan haruslah berpusat pada respons kita terhadap pekerjaan perantaraan Kristus yang merangkumi bukan sahaja Salib tetapi pelayananNya yang berterusan untuk kita dalam sanktuari di Syurga (Ibrani 8:1). Seterusnya, Yohanes memberitahu kita untuk “takut akan Tuhan.” Takut akan Tuhan dan mengasihi Tuhan merupakan dua muka pada duit syiling yang sama: takut akan Tuhan bermakna berdiri dengan rasa terharu, dalam menghormati siapa Dia sebagai Pencipta dan Penebus, berbeza dengan siapa kita sebagai mahkluk ciptaan dan yang ditebuskan. Apabila kita menghampiri Tuhan dalam penyembahan seolah-olah seperti suatu bentuk rakan atau sahabat karib, kita merendahkan Dia dan meletakkan diri kita dalam peranan yang bukan milik kita. Penyembahan haruslah diserapi dengan suatu kesedaran menghormati dan terharu kepada Tuhan kita, suatu tingkahlaku yang akan memberikan kita kerendahan diri dan penyerahan yang diperlukan untuk penyembahan yang sebenar. Kita juga telah diberitahu untuk “muliakanlah Dia.” Apa yang penting di sini ialah penyembahan itu adalah mengenai Tuhan dan bukan mengenai diri kita sendiri. Kita harus pastikan bahawa penyembahan itu bukan berpusat pada manusia, budaya atau keperluan peribadi tetapi berpusat pada Tuhan. Kita menyembah Tuhan, bukan diir kita sendiri; dengan demikian, penyembahan itu haruslah mengenai Dia, mengenai memuliakan Dia dan bukan mengenai muzik, budaya atau gaya penyembahan. Kita juga diberitahu agar takut kepada Tuhan dan memuliakan Dia. Mengapa? Kerana “waktu penghakimanNya sudah tiba.” Kristus bukan sahaja Penebus. Dia juga adalah Hakim, seorang hakim yang mengetahui rahsia kita yang paling dalam dan gelap, seorang Hakim yang mengetahui inti hati kita yang paling dalam. Sementara kita menyembah Tuhan, kita perlu berbuat demikian dengan satu kesedaran terhadap satu tanggungjawab kepada Tuhan terhadap apa yang kita lakukan dan satu kesedaran bahawa kita tidak ada satupun yang kita boleh sembunyikan dari Dia, satu hakikat yang harus membawa kita kepada Salib, iaitu satu-satunya pengharapan kita dalam penghakiman ini. Akhir sekali, kita telah diberitahu untuk menyembah Pencipta. Penciptaan adalah suatu yang menjadi dasar kepada segala penyembahan kerana semua yang kita percayai, tanpa sebarang pengecualian, adalah berdasar kepada hakikat bahawa Tuhan adalah Pencipta. Kita menyembah Dia kerana Dia adalah Pencipta dan kerana Dia adalah Penebus dan kerana Dia adalah Hakim. Penciptaan dan Penebusan dan penghakiman adalah berkait rapat dan semua penyembahan yang sebenar perlulah berlandas kepada kebenaran teologikal ini. Betapa menarik juga bahawa dalam Wahyu 14:7 kita dapati kata-kata yang menggambarkan hukum hari Sabat (Keluaran 20:11), suatu hari yang berkait rapat dengan penyembahan sebenar kepada Tuhan. Pada suku tahun ini, sementara kita mempelajari penyembahan, dasar ini akan muncul berkali-kali kerana ia adalah inti kepada apa penyembahan itu sebenarnya dan dengan penyembahan sebagai bahagian penting kepada “kebenaran masa kini,” maka adalah baik untuk kita mempelajari apa maknanya untuk benar-benar menyembah satu-satunya Dia dalam segala Ciptaan yang oleh kerana siapa Dia sebenarNya adalah layak untuk disembah. Rosalie Haffner (Lee) Zinke telah bertugas selama beberapa tahun sebagai pembantu kependetaan (Jurulatih Alkitab) kepada kakitangan gereja, termasuklah di Collegeview, Sacramento Central, Battle Creek Tabernacle, dan Gereja Hinsdale. Dia juga telah bertugas dalam pelayanan bersama suaminya, seorang pastor, selama 15 tahun dan kemudiannya bertugas sebagai chaplain hospital sebelum bersara.

About Sekolah Sabat Bahasa Melayu - Sabah

Penterjemah Sekolah Sabat untuk Misi SDA Sabah.
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s