Pelajaran 1 25 Jun -1 Julai Kebaktian Dalam Kitab Kejadian: Dua Kelompok Penyembah

SABAT PETANG  

Bacaan Untuk Pelajaran Minggu Ini: Kejadian 3:1–13, 4:1–4, 6:1–8, 12:1–8, 22:1–18, 28:10–22, Titus 1:2.

 Ayat Hafalan: “ ‘Sesungguhnya TUHAN ada di tempat ini, dan aku tidak mengetahuinya.’ Ia takut dan berkata: ‘Alangkah dahsyatnya tempat ini. Ini tidak lain dari rumah Tuhan, ini pintu gerbang syurga!’ ” (Kejadian 28:16, 17).

Telah dikatakan bahawa sebagai manusia, kita perlu menyembah sesuatu. Apa yang kita sembah … itu adalah perkara yang lain lagi, namun ia suatu yang dipenuhi dengan akibat yang sangat penting terutamanya pada zaman akhir apabila dua kumpulan penyembah dinyatakan: mereka yang menyembah Pencipta dan mereka yang menyembah binatang dan tandanya.

                Namun benih bagi perbezaan itu boleh dilihat awal lagi dalam Alkitab. Dalam cerita Kain dan Habil, dua jenis penyembah muncul, iaitu, yang menyembah Tuhan yang benar sebagaimana Dia harus disembah dan yang melakukan jenis penyembahan yang salah. Yang satu boleh diterima dan yang satu lagi tidak boleh diterima dan itu adalah disebabkan yang satu itu berdasarkan kepada keselamatan oleh iman dan yang lain itu, sebagaimana halnya dengan semua bentuk penyembahan yang palsu, adalah berdasarkan kepada usaha pekerjaan. Ia merupakan suatu corak yang akan berkali-kali muncul di seluruh Alkitab. Satu jenis penyembahan tertumpu hanya kepada Tuhan, kepada kuasa, kemuliaan dan kaish kurniaNya, jenis yang satu lagi ialah tertumpu kepada kemanusiaan dan pada diri sendiri.

*Sila kaji pelajaran minggu ini untuk persediaan Sabat, 2 Julai.

AHAD       26 Jun

 

PENYEMBAHAN DI TAMAN EDEN

            Kejadian 1 mencatatkan cerita mengenai Adam dan Hawa di rumah mereka yang baru. Pencipta alam semesta baharu sahaja selesai merekacipta dan membina satu planet baru yang indah lalu menyempurnakan pekerjaanNya dengan mencipta keluarga yang pertama. Dunia ini muncul dari Dia secara sempurna, semestinya ketika itu bumi merupakan sebahagian daripada Syurga.

            Kemudian Kejadian 2:1–3 menambahkan satu unsur lagi: mengasing dan menguduskan hari yang ketujuh, satu tindakan yang berkait langsung dengan pekerjaanNya dalam menciptakan langit dan bumi, satu tindakan yang menjadi dasar kepada hukum keempat – satu hari yang diasingkan untuk perbaktian dan penyembahan dalam satu cara yang istimewa. Walaupun Kitab Suci tidak mengatakannya, namun seseorang boleh membayangkan jenis penyembahan manusia yang tidak berdosa ini, dalam ciptaan yang sempurna, mahu berikan kepada Pencipta mereka, yang telah banyak melakukan banyak perkara untuk mereka. (Ketika itu, mereka langsung tidak mengetahui sejauh mana sebenarnya Dia akan melakukan sesuatu untuk mereka!)

Sila baca cerita tragis mengenai kejatuhan itu dalam Kejadian 3:1–13. Apakah perubahan yang terjadi dalam hubungan Adam dengan Penciptanya? (ayat 8–10). Bagaimanakah Adam menjawab pertanyaan Tuhan kepadanya? (ayat 11–13). Apakah yang jawapannya nyatakan mengenai apa yang telah terjadi kepada dirinya?

      ____________________________________________________________

      ____________________________________________________________

            Selepas Kejatuhan, terlalu banyak unsur yang pastinya tidak ada sebelum itu tiba-tiba muncul. Pada saat pelanggaran mereka, seluruh intipati moral mahkluk ini telah berubah. Di sebalik kasih, percaya dan pemujaan, hati mereka kini dipenuhi dengan ketakutan, rasa bersalah dan keaiban. Di sebalik menginginkan hadiratNya yang kudus, mereka menyembunyikan diri daripadaNya. Bagi Adam dan Hawa, hubungan mereka dengan Tuhan yang pastinya membawa kesan kepada cara mereka menyembah Dia, kini telah hancur. Hubungan rapat dan intim dengan Tuhan yang pernah mereka nikmati (Kejadian 3:8) kini akan mengambil bentuk yang berlainan. Sememangnya demikian kerana apabila Tuhan menghampiri mereka, mereka telah “bersembunyi: dari hadiratNya. Mereka begitu dipenuhi dengan rasa malu, bersalah dan malah takut sehingga mereka melarikan diri daripada Dia yang telah menciptakan mereka.

            Betapa ia merupakan satu gambaran hebat tentang apa sebenarnya yang dosa telah lakukan – dan masih lakukan – kepada kita.

Fikirkan mengenai suatu ketika dalam hidup anda apabila satu pengalaman, mungkin suatu dosa, telah membuat anda merasa bersalah, malu dan mempunyai perasaan untuk mengyembunyikan diri dari Tuhan. Bagaimana hal ini membawa kesan kepada keinginan anda untuk berdoa? Apakah yang ia lakukan terhadap keupayaan anda untuk menyembah Dia dengan segenap hati anda? Bukankah ia merupakan satu perasaan yang pasti tidak menyenangkan?

 

ISNIN                 27 Jun

 

Penyembahan Di Luar Taman Eden

            Selepas pembuangan mereka, Adam dan Hawa memulakan kehidupan di luar Taman Eden. Walaupun janji pertama mengenai Injil telah diberikan kepada mereka di sana, iaitu di Taman Eden (Kejadian 3:15), namun Alkitab tidak menunjukkan kepada kita sebarang korban yang dipersembahkan sehinggalah selepas Eden (walaupun seseorang boleh mengandaikan daripada Kejadian 3:21 suatu bentuk yang bersifat demikian, akan tetapi ayat itu sendiri tidak mengatakan sesuatu mengenai korban atau penyembahan). Namun, dalam Kejadian 4, melalui cerita Kain dan Habel, buat pertama kali Kejadian menyatakan sistem korban persembahan secara jelas.

Sila baca dengan teliti cerita pertama yang dicatit mengenai upacara penyembahan (Kejadian 4:1–7). Mengapakah persembahan Kain tidak diterima oleh Tuhan sementara persembahan Habel diterimaNya?

      ____________________________________________________________

      ____________________________________________________________

            Kain dan Habel melambangkan dua jenis penyembahan yang telah wujud sejak Kejatuhan. Kedua-dua mereka telah membina mezbah. Kedua-dua mereka yang datang kepada Tuhan dengan membawa persembahan. Tetapi salah satu persembahan itu diterima oleh Tuhan sementara yang satu lagi tidak.

            Apakah perbezaan di antaranya? Jawapannya harus difahami dalam konteks keselamatan adalah oleh iman sahaja, iaitu Injil yang pertama kali telah diberikan kepada Adam dan Hawa di Taman Eden walaupun rencana itu sendiri telah disediakan sebelum dunia bermula (Efesus 1:4, Titus 1:2).

            Persembahan Kain melambangkan usaha untuk mendapat keselamatan melalui pekerjaan, yang merupakan dasar kepada semua bentuk agama dan penyembahan yang palsu. Hakikatnya ialah bahawa jurang di antara Syurga dan bumi terlalu besar, terlalu dalam, sehingga tidak ada sesuatu yang manusia berdosa boleh lakukan untuk menghubungkan kedua-duanya. Unsur pada legalisme, keselamatan melalui pekerjaan, adalah suatu percubaan manusia untuk berbuat demikian.

            Berbeza dengan hal itu, persembahan Habel yang terdiri daripada haiwan menyatakan (walau ia samar sekalipun) satu kebenaran agung bahawa hanya melalui kematian Kristus, yang adalah sama dengan Tuhan (Filipi 2:6), boleh membuat orang berdosa itu dibenarkan dengan Tuhan.

            Dengan demikian, kita telah diberikan satu pelajaran kuat tentang penyembahan: semua bentuk penyembahan yang sejati mestilah berpusat kepada kesedaran bahawa kita tidak berdaya untuk menyelamatkan diri kita sendiri dan semua usaha kita untuk mendapatkan keselamatan melalui perbuatan adalah satu pernyataan tentang tindakan Kain di sini. Penyemabahan sejati mestilah berdasar kepada kesedaran bahawa hanya melalui kasih kurnia Tuhan maka kita boleh memiliki sebarang pengharapan terhadap kehidupan yang kekal.

Sila periksa fikiran, tujuan dan perasaan dalaman anda sendiri mengenai penyembahan (perbaktian). Sejauhmanakah penyembahan anda itu berpusat pada Kristus, atau adakah anda mungkin terlalu menumpukan pada diri anda sendiri?

 

SELASA    28 Jun

Dua  Warisan Penyembah

            Dalam Kejadian 4, kita mula melihat keruntuhan moral yang muncul selepas Kejatuhan. Lamekh menjadi orang pertama yang berpoligami lalu terlibat dalam suatu bentuk keganasan yang telah membawa ketakutan dalam hatinya. Berbeza dengan hal itu, Kejadian 4:25, 26 menunjukkan bahawa sesetengah di antara mereka berusaha untuk menjadi setia kerana pada ketika itu, “orang mulai memanggil nama Tuhan”.

Sila baca Kejadian 6:1–8. Apakah proses yang kita lihat sedang berlaku di sini dan mengapakah ia sangat berbahaya? Apakah yang menyusul akibat angkara ini?

      ____________________________________________________________

      ____________________________________________________________

            Sedikit demi sedikit, dua kelompok penyembah mula muncul (Kejadian 6:1–4).  Namun, di sebalik kejahatan besar di dalam dunia, terdapat manusia alim berintelek luarbiasa yang memelihara pengetahuna tentang Tuhan. Walaupun hanya sedikit sahaja di antara mereka yang disebut dalam Kitab Suci, namun “pada sepanjnag zaman Tuhan mempunyai para saksi yang setia, penyembah yang sejati.”—Ellen G. White, Patriarchs and Prophets, ms. 84. Kejahatan dalam hati manusia sudah menjadi terlalu besar sehingga Tuhan harus membinasakan bangsa manusia dan memulakan yang baru. Maka terjadilah air bah.

Apakah perkara pertama yang Alkitab catitkan sebagai dilakukan oleh Nuh selepas dia keluar dari bahtera dan mengapakah hal itu sangat penting? (Kejadian 8:20).

      ____________________________________________________________

      ____________________________________________________________

            Betapa menariknya bahawa perkara pertama yang Nuh lakukan ialah menyembah Tuhan. Dan inti pada penyembahan itu ialah korban bakaran. Inilah catatan pertama mengenai para moyang yang membina satu tempat beribadah, sebuah mezbah untuk mempersembahkan korban persembahan mereka. Dengan demikian, sebelum melakukan sebarang pekerjaan lain, Nuh mengakui kebergantungannya yang penuh kepada Tuhan dan kepada kedatangan Mesias, yang akan menyerahkan nyawaNya agar dapat menebus umat manusia. Nuh telah mengetahui bahawa dia telah diselamatkan hanya melalui kasih kurnia Tuhan; tanpanya, dia tentu sudah binasa bersama dengan yang lain.

Bagaimanakah anda boleh menunjukkan setiap hari penerimaan anda terhadap kasih kurnia Tuhan dalam hidup anda? Atau yang lebih penting, bagaimanakah seharusnya cara anda mempamerkan penerimaan itu?

RABU        29 Jun

Iman  Abraham

Sila baca Kejadian 12:1–8. Apakah yang ayat ini nyatakan mengenai Abram (yang kemudiannya Abraham) dan panggilan Tuhan terhadapnya?

      ____________________________________________________________

      ____________________________________________________________             

            Abraham, keturunan dari Set adalah seorang yang setia walaupun sesetengah di antara sanak saudaranya telah mula mengamalkan penyembahan berhala yang sangat berleluasa dalam budaya mereka. Tetapi Tuhan telah memanggil dia untuk berpisah dari saudara maranya dan daripada persekitarannya yang selesa agar menjadi bapa kepada satu bangsa penyembah yang akan mendukung dan mwakili Tuhan yang benar.

            Tidak hairanlah maka dia dan Sarah telah mempengaruhi ramai orang untuk menerima penyembahan kepada Tuhan yang sebenar. Tetapi terdapat satu alasan yang lain juga mengapa Tuhan telah memanggil Abraham untuk menjadi bapa kepada satu bangsa yang baru. “Kerana Abraham telah mendengarkan firmanKu dan memelihara kewajibannya kepadaKu, iaitu segala perintah, ketetapan dan hukumKu.” (Kejadian 26:5). Dan satu lain alansan lain iaitu: “Lalu percayalah Abram kepada TUHAN, maka TUHAN memperhitungkan hal itu kepadanya sebagai kebenaran.” (Kejadian 15:6). Namun pada masa yang sama, Abraham juga mempunyai beberapa pelajaran penting dan menyakitkan yang perlu dipelajari.

Sila baca Kejadian 22:1–18. Mengapakah ujian dahsyat ini diberikan kepada Abraham? Apakah mesej sebenar yang Tuhan mahu difahami olehnya? ayat 8, 13, 14.

      ____________________________________________________________

      ____________________________________________________________

            Sebagaimana telah kita lihat, rencana keselamatn itu berpusat kepada kematian Yesus, Anak Tuhan dan sejak dari mula kematian ini dilambangkan oleh sistem penyembahan korban persembahan. Ketika Tuhan mahu manusia menggunakan haiwan, dalam budaya kekafiran mansuai sebenarnya mempersembahkan anak mereka sendri sebagai korban, suatu perkara yang Tuhan katakan sebagai dibenciNya (Ulangan 12:31). Apapun pelajaran peribadi dan kukuh tentang iman dan percaya yang Abraham telah pelajari melalui ujian ini,  namun tindakan ini menonjol selama sepanjang zaman sebagai lambang kukuh yang luarbiasa kepada kematian Kristus sebagai pusat untuk keselamatan. Kita boleh bayangkan  bahawa Abraham telah merasai secebis kesakitan penderitaan yang dirasai oleh Bapa akibat daripada kematian Kristus, namun hanya melalui kematian Kristus maka bangsa manusia boleh diselamatkan.

Sila perhatikan pafa jenis iman yang Abraham tunjukkan di sini. Ia sememangnya menakjubkan; seseorang pasti tidak mampu membayangkan. Apakah yang hal ini seharusnya ajarkan kepada kita mengenai kelemahan iman kita sendiri?

 

KHAMIS  30 Jun

Betuel, Rumah Tuhan

            Sama seperti Kain dan Habel, Yakub dan Esau melambangkan dua jenis penyembah. Semangat Esau yang berani dan suka mengembara disukai oleh bapanya yang pendiam dan selalu bersendirian. Di sebaliknya, Yakub bersifat lebih rohani. Tetapi dia juga memiliki beberapa kecacatan tabiat yang serius. Yakub menginginkan hak kesulungan yang secara sah adalah hak abang kembarnya. Dia bersedia terlibat sama dalam rencana penipuan ibunya untuk mendapatkannya. Akibatnya, Yakub terpaksa melarikan diri dalam penuh ketakutan untuk melepaskan diri daripada kemarahan dan kebencian abangnya dan tidak lagi akan dapat bertemu dengan ibu kesayangannya.

Sila baca cerita hal Yakub melarikan diri dalam Kejadian 28:10–22. Perhatikan pesanan tentang dorongan dan keyakinan yang Tuhan beriukan kepadanya melalui sebuah mimpi. Apakah respons Yakub?

      ____________________________________________________________

      ____________________________________________________________

            Inilah catatan pertama di dalam Kejadian mengenai “rumah Tuhan” (ayat 17). Walaupun bagi Yakub ia hanya sekadar satu tiang batu, namun Betuel menjadi satu tempat penting dalam sejarah kudus ini. Di sinilah Yakub telah meyembah Tuhan yang disembah oleh moyangnya. Di sinilah di membuat satu perjanjian untuk tetap setia kepadaNya. Dan sama seperti Abraham, di sinilah dia telah berjanji untuk mengembalikan kepada Tuhan persepuluhan – iaitu sepersepuluh daripada berkat materialismenya – sebagai satu tindakan penyembahan.

            Perhatikan kesedaran terhadap perasaan takut dan terharu yang dirasai oleh Yakub oleh kerana hadirat Tuhan.  Pastinya dia telah memahami dengan lebih dalam daripada sebelum ini tentang kebesaran Tuhan berbanding dengan dirinya dan dengan itu tercatatlah dalam Alkitab tingkahlakunya tentang takut, hormat dan gerun. Perkara seterusnya yang dia lakukan ialah menyembah. Di sini juga kita melihat satu prinsip berhubung dengan jenis tingkahlaku yang kita miliki dalam penyembahan, suatu tingkahlaku yang dinyatakan di dalam Wahyu 14:7 berkaitan dengan panggilan untuk “takut akan Tuhan.”

            Penyembahan bukanlah suatu hal berkaitan dengan menghampiri Tuhan sebagai anda menghampiri seorang sahabat atau rakan karib. Sifat kita haruslah menggambarkan seorang yang berdosa yang sangat memerlukan kasih kurnia, tersungkur di hadapan Pencipta kita dengan satu kesedaran terhadap suatu yang diperlukan, rasa takut dan kesyukuran bahawa Tuhan, Pencipta alam semesta akan mengasihi kita dan melakukan yang terbesar agar dapat menebus kita.

Sejauhmanakah perasaan kagum, hormat dan takut yang ada pada anda apabila anda menyembah Tuhan? Atau adakah hati anda keras, sejuk dan tidak bersyukur? Jika yang kemudian disebutkan ini, bagaimanakah anda boleh berubah?

 

JUMAAT  1 Julai

Kajian Selanjutnya: Sila baca Ellen G. White, “The Creation,” ms. 47–51; “The Temptation and Fall,” ms. 60–62; “Cain and Abel Tested,” ms. 71–74; “After the Flood,” ms. 105–107; “The Test of Faith,” ms. 148-153; “The Night of Wrestling,” ms. 197–203, dalam Patriarchs and Prophets.

      “Janji-setia [Yakub di Betuel] merupakan luahan dari hati yang dipenuhi dengan perasaan syukur kerana keyakinan yang diterima mengenai kasih dan belas kasihan Tuhan. Yakub merasai bahawa Tuhan mempunyai tuntutan terhadapnya yang harus diakuinya dan tanda khas terhadap pemberian Ilahi yang telah diberikan kepadanya menuntut balasan. Demikianlah juga semua berkat yang dicurahkan kepada kita memerlukan respons kepada Pencipta atas semua belas kasihan kita. Seorang Kristian harus sering mengimbas kembali kehidupannya yang lalu dan mengingat kembali dengan rasa syukur semua penjagaan bernilai yang Tuhan telah berikan kepadanya. . . . Dia harus mengakui semuanya sebagai bukti tentang penjagaan para malaikat dari Syurga. Dengan melihat kepada semua limpahan berkat itu, dia harus sering bertanya dengan hati yang syugul dan bersyukur, ‘Bagaimana akan kubalas kepada TUHAN segala kebajikan-Nya kepadaku?’ Mazmur 116:12.”—Ellen G. White, Patriarchs and Prophets, ms. 187.

Soalan Perbincangan:

  1. Renungi dengan teliti topik mengenai cara kebenaran melalui iman dalam apa yang Kristus telah lakukan untuk kita seharusnya menjadi pusat kepada semua bentuk penyembahan kita. Sementara anda lakukan ini, perhatikan pertanyaan berikut: (1) Mengapakah kita menyembah dia? (2) Apakah yang Dia telah lakukan yang membuat Dia layak disembah? (3) Apakah matlamat yang mahu dicapai oleh penyembahan kita kepada Tuhan?
  2. Bagaimanakah upacara penyembahan kita boleh menjadi alat yang lebih berkesan dalam menjadi saksi kepada dunia tentang siapa Tuhan sebenarnya dan seperti apakah dia? Apakah unsur-unsur dalam penyembahan yang telah kita pelajari dalam pelajaran minggu ini yang secara khusus boleh membantu dalam kesaksian?
  3. Imbas kembali cerita mengenai Abraham yang menyerahkan persepuluhannya kepada Melkisedek (Kejadian 14:20). Dalam cara apakah persepuluhan itu merupakan satu tindakan penyembahan? Apakah yang kita katakan kepada Tuhan apabila kita mengembalikan kepadaNya persepuluhan kita?
  4. Renungi dengan lebih teliti dua idea tentang merasa kagum dan hormat dalam acara penyembahan. Mengapakah hal ini merupakan satu unsur yang penting? Apakah salahnya dalam penyembahan yang nampaknya seperti meletakkan Tuhan setaraf dengan kita dalam cara kita berhubungan dengan Dia dalam penyembahan, sama seperti yang kita lakukan kepada seorang sahabat yang baik dan tidak lebih daripada itu?

 

PANDUAN GURU

 

Ringkasan Pelajaran

 

Ayat Utama: Kejadian 28:16, 17

Pelajar Akan:

Mengetahui: Buat perbandingan dan perbezaan di antara dua kumpulan penyembah yang dilambangkan oleh Kain dan Habel sebagaimana dinyatakan dalam Kejadian.

Merasakan: Menyedari perbezaan tingkahlaku di antara para penyembah yang menghargai apa yang Tuhan berikan dengan mereka yang penyembahannya tertumpu kepada apa yang mereka bawa ke mezhbah penyembahan.

Melakukan: Menyembah Tuhan dengan menghormati pengorbanan Tuhan akan AakNya Yesus,  yang telah dipersembahkan untuk keselamatan kita.

 

Garis Panduan Pembelajaran:

II. Mengetahui: Pemberian Kita Lawan Pemberian Tuhan

  1. Apakah sifat-sifat penyembah yang sejati seperti Habel, Abraham dan Yakub?
  2. Mengapakah korban persembahan meruapakan sebahagian yang penting dalam penyembahan mereka? Apakah lagi kegiatan lain yang menjadi sebahagian daripada penyembahan mereka?
  3. Mengapakah ibadah Kain tidak diterima oleh Tuhan? Apakah lagi kegiatan kebaktian lain dinyatakan dalam kitab Kejadian yang tidak diterima? Apakah bahayanya dalam menyertai perbaktian yang palsu?

 

II. Merasakan: Kagum dan Hormat

  1. Bagaimanakah para penyembah dalam kitab Kejadian menyatakan perasaan mereka tentang Tuhan dan hubungan mereka kepadaNya dalam dalam tindakapan penyembahan mereka? Bagaimanakah kita meluahkan perasaan dan hubungan yang sama pada hari ini?

 

III. Melakukan: Korban adalah Penyembahan

  1. Bagaimanakah kita boleh membuat pengorbanan Kristus sebagaia sebahagian yang penting dalam penyembahan kita?
  2. Apakah bahaya yang kita akan hadapi jika kita tinggalkan pengorbanan dari pelayanan ibadah peribadi dan umum kita?
  3. Apakah lagi kegiatan lain yang kita masukkan sebagai sebahagian daripada perbaktian kita, dan mengapa?

 

Ringkasan: Para penyembah yang sejati dalam Kejadian memusatkan kegiatan kebaktian mereka ke atas apa yang Tuhan telah sediakan untuk membebaskan kita dari dosa.

 

Cara Pembelajaran                                 

                                                                       

LANGKAH 1-Mendorong

 

KUNCI UTAMA UNTUK PERTUMBUHAN ROHANI: Penyembahan bukan sekadar satu aktiviti manusia yang terpisah dan diasingkan tetapi ia merupakan kunci kepada segala perkara mengenai identiti dan perhubungan kita dengan orang lain serta hala tuju kita yang terakhir. 

 

Hanya Untuk Guru: Tujuan pelajaran minggu ini ialah mencabar para pelajar untuk menjadikan Tuhan pusat utama dalam penyembahan mereka.

            Ibadah yang berpusat pada diri sendiri meletakkan diri di atas takhta dan menyalib kembali Juruselamat kita yang telah bangkit. Ia menggunakan agama untuk menunjukkan kepada Tuhan betapa baiknya kita dan bukan pula memuji Dia atau kebaikanNya kepada kita.

            Kain menjalankan bentuk perbaktian seperti ini (Kejadian 4:3–5). Dia telah membawa kepada Tuhan suatu persembahan dari hasil pertanian yang dia sendiri telah tanam dan pelihara agar dapat menarik perhatian kepada Tuhan tentang kebaikan dirinya. Tuhan telah menolak pemberian Kain kerana antara lain alasannya (seperti hakikat bahawa Tuhan menuntut korban persembahan berdarah), Dia mengetahui sifat mementing diri sendiri dan mempromosi diri di sebalik tindakan itu. Jenis “penyembahan” seperti ini berlanjutan hingga ke hari ini. Mungkin kita juga sering bersalah dalam meniru cara Kain.

            Tuhan memanggil kita kepada penyembahan yang sejati, memanggil kepada namaNya seolah-olah nyawa kita bergantung kepadanya. Sememangnya, nyawa kita bergantung kepadanya.

Bincang Bersama Kelas: Tuhan mempersembahkan diriNya sebagi korban untuk memberikan kepada kita sesuatu yang tidak ada pada kita dan tidak akan pernah kita miliki atas usaha kita sendiri. Apakah seharusnya respons kita dan mengapa?

 

LANGKAH 2-Mengkaji

Hanya Untuk Guru: Menekankan bahawa Alkitab melihat kepada penyembahan sebagai satu contoh tentang cara kita berinteraksi dengan Tuhan dalam setiap ruang hidup kita. Penyembahan adalah satu usaha gigih dalam mencari hadirat Tuhan. Ketika kita menyembah, kita mengundang Tuhan untuk memasuki setiap ruang kehidupan kita dan membolehkan Dia memulihkan hubungan yang terputus akibat dosa.

 

Ulasan Alkitab

I.    Memanggil Nama Tuhan (Imbas kembali  Kejadian 4:25, 26.)

 

            Salah satu permulaan yang dijelaskan dalam bab ini ialah bahawa pada masa ini “orang mulai memanggil nama Tuhan” (Kejadian 4:26). Sementara kenyataan ini mungkin kelihatan sesuatu yang terus-terang, terdapat beberapa tahap maknanya di sini.

            Konteks ini membawa kita untuk mempercayai bahawa bentuk penyembahan seperti ini  berlaku khususnya – atau secara eksklusif – di kalangan keturunan Adam melalui Set, anaknya yang ketiga. Malah, dengan semua perkara “pertama” yang disebutkan dalam fasal ini – iaitu kota-kota, kehidupan berpindah-rendah, alat-alat muzik, dan sebagainya – hal ini merupakan kejayaan yang dicapai khususnya oleh keturunan Set dan bukan keturunan Kain . Adakah ini bermakna bahawa keturunan Kain tidak memiliki sebarang bentuk penyembahan? Di sebaliknya, adakah ini bermakna bahawa keturunan Set menolak semua bentuk inovasi teknologi atau budaya?

            Sementara ayat ini tidak menyebut hal-hal berkaitan dengan pertanyaan ini, namun apa yang kita tahu mengenai sifat semula jadi manusia menunjukkan suatu hal yang berlainan. Perkembangan sosial dan budaya yang kompleks seperti yang direkabentuk oleh keturunan Kain, secara umum mempunyai suatu bentuk keagamaan atau penyembahan pada dasarnya. Semua bentuk budaya dan tamadun zaman purba di Timur Dekat mendasarkan kewujudan mereka atas dewa-dewa atau pejuang bangsa yang menggambarkan kekuatan dan nilai-nilai pada budaya atau tamadun mereka. Kebudayaan atau tamadun mewajarkan kewujudan mereka sendiri dengan menunjukkan kepada para dewa atau pejuang yang membela mereka. Dalam satu pengertian, sistem buatan manusia ini menjunjung dan memuliakan manusia yang menempatkan mereka di situ, sama dengan apa yang kain harapkan dari Tuhan yang sebenar apabila dia menyerahkan persembahannya dalam Kejadian 4:3. Oleh itu, apabila penulis menghuraikan keturunan Kain, dia menyebutkan apa yang penting bagi mereka; kemenangan dan pencapaian mereka – atau dalam istilah moden, kesedaran terhadap “keagungan” mereka sendiri.

            Dalam cara yang sama, apabila kita memikirkan mengenai Set, kita beranggapan bahawa mereka mungkin sama bijak dan pintar dengan kaum Kain. Mereka juag berhadapan dengan dunia yang tidak lagi sekadar menyediakan keperluan mereka tanpa sebarang usaha oleh mereka sendiri. Tidaklah wajar untuk menganggap bahawa mereka tidak memiliki sebarang pencapaian kebudayaan atau teknologi. Tetapi berbeza dengan kaum Kain, kaum keturunan Set tidak melihat kepada pencapaian ini sebagai alasan utama kepada kewujudan mereka. Apa yang penting bagi mereka ialah mereka adalah umat yang berseru kepada nama Tuhan. Penekanan inilah yang dimaksudkan oleh penulis Kejadian apabila menghuraikan mengenai mereka dan warisan mereka. Warisan mereka adalah berbentuk rohani berdasarkan kepada hubungan mereka dengan Tuhan dan bukan berdasar kepada pekerjaan tangan mereka.

            Adalah juga penting untuk melihat kepada kekhususan kenyataan ini. Puak Set bukan sekadar satu kaum yang berpendapat bahawa Tuhan itu mungkin wujud di suatu tempat tertentu atau merasa suatu keperluan untuk menjadi “rohaniah.” Mereka berseru kepada nama Yahweh itu sendiri. Di sebalik melihat Tuhan sebagai alat kepada nilai-nilai tamadun mereka atau sebagai suatu pengesahan kepada tindakan dan pencapaian mereka, mereka berusaha mencari dan menyembah Tuhan dan kehendakNya dan meletakkan Dia sebagai pertama dan yang terdahulu dalam kehidupan mereka.

 

Perhatikan Hal ini: Walaupun kita memanggil diri kita Kristian, namun kita mesti berusaha dalam hati kita untuk menentukan sama ada kita mencari Tuhan dan kehendakNya terlebih dahulu atau kita menganggap Tuhan  sebagai suatu alat bantuan tambahan atau cara untuk mencapai sesuatu. Oleh yang demikina, apakah maknanya untuk mencari Tuhan dan kehendakNya terlebuh dahulu? Bagaimanakah kita menyatakan tingkahlaku seperti ini?

II. Takut Akan Tuhan (Imbas Kembali Kejadian 28:10–22 bersama kelas anda.)

            Ayat ini bermula dengan Yakub melarikan diri dalam ketakutan daripada kemarahan Esau. Yakub datang ke suatu tempat yang ramai penterjemah rujuk sebagai “suatu tempat.” Dalam bahasa asalnya, ungkapan ini menunjukkan satu tempat yang sudah dikenali oleh kebanyakan orang di situ sebagai tempat yang kudus; yang dipercayai sebagai satu tempat yang Tuhan dan makhluk ghaib lain diam menyatakan dirinya. Malah sesetengah pakar menganggap istilah yang diterjemahkan “tempat” sebagai bermaksud sanktuari, yang sememangnya satu perkara yang benar.

                                Akub mendapatkan apa yang difikirnya sebagai satu keytul batu biasa untuk dijadikan bantal ketika hendak tidur. Dia terlena dan dia melihat para malaikat sedang naik dan turun atas sebuah tangga yang hujungnya samapi ke langit, satu janji bahawa saluran di antara jiwa yang penuh dosa dengan Juruselamat adalah terbuka. Mimpi itu mengukuh kembali perjanjian yang Tuhan telah buat dengan ayah dan datuk Yakub, yang mungkin sering diberitahu kepadanya semasa dia membesar.

            Akibatnya ialah seluruh kesedaran Yakub terhadap nilai diri berubah pada waktu yang singkat itu. Sebelum itu dia merasa takut kepada Esau dan mungkin juga dengan bahaya yang ada di padang gurun, tetapi kini dia mengetahui bahawa dia sedang berdiri di hadapan hadirat satu Mahkluk yang mengasihi dia sepenuhnya dan yang sangat berkuasa sehingga, jika Dia mahu, boleh memadamkannya dengan sekelip mata. Mungkin yang disebutkan sebagai suatu tempat ini sebenarnya bukanlah tempat yang biasa. Respon Yakub ialah (apa lagi kalau bukan) menyembah.

            Dalam Cara yang sama, kita mungkin memikirkan bahawa kehidupan kita adalah suatu yang biasa dan tidak penting, atau mungkin kita meletakkan kepentingan pada benda-benda yang kepentingannya adalah sedikit atau sementara sahaja. Tetapi dalam realitinya kita berdiam dalam hadirat Tuhan. Jika anda seorang Kristian, semua kawasan adalah tempat yang kudus. Kadangkala kita melupakannya. Perbaktian adalah cara kita mengingatinya.

Perhatikan hal ini: Bagaimanakah Ibadah anda kepada Tuhan boleh menolong anda menyedari kehadiran, kuasa dan keagunganNya?

 

LANGKAH 3—Menerapkan

Hanya Untuk Guru: Sila gunakan pertanyaan berikut untuk membantu para pelajar agar dapat mengenalpasti di antara perbaktian yang benar dan palsu dan memilih dengan penuh bijaksana.

 

Soalan Renungan:

  • Pada pendapat anda, bagaimanakah mungkin keadaan perbaktian di Taman Eden, di mana hadirat Tuhan sangat mudah ditemukan?
  • Pada awal dalam kitab Kejadian kita melihat satu amalan mengorbankan haiwan. Sesetengah orang menyusuri asal-usul amaln ini kembali kepada tindakan Tuhan dalam membuat kulit binatang sebagai pakaian untuk ibubapa pertama kita. Kemudian dalam Keluaran dan dalam beberapa buku berikutnya, korban persembahan diberikan perincian. Pada pendapat anda, bagaimanakah amalan mengorbankan haiwan dimulakan dan lebih penting lagi, apakah matlamat rohani pada amalan ini?

 

Soalan Penerapan:

  • Dalam cerita mengenai kehidupan dan tindakan oleh ramai watak Alkitab, kelihatan bahawa perbaktian adalah perkara yang mereka lakukan terlebih dahulu. Dengan banyak perkara yang bersaing mendapatkan perhatian kita, bagaimanakah kita dapat pastikan bahawa kebaktian mendapat perhatian utama?
  • Apakah peranan yang dilakukan oleh pembelajaran dan pengetahun tentang Kitab Suci dalam perbaktian kita?

 

LANGKAH  4—Mewujudkan

Hanya untuk guru: Pelajaran ini menyatakan dengan jelas bahawa terdapat dua jenis penyembah yang disebutkan dalam Alkitab. Pertama adalah mereka yang berharap dapat diterima oleh Tuhan melalui perbuatan baik yang mereka sendiri lakukan. Kedua adalah mereka yang benar-benar berusaha mengenali Tuhan dan mengakui segala kebaikan dan kemuliaan itu adalah milik Tuhan. Aktiviti berikut bertujuan untuk menekan dan mendorong para pelajar menjadi jenis penyembah yang kedua.

            Sila mabil beberapa watak dalam Alkitab dan ceritakan kisah mereka secara ringkas. Sila ambil kadarjumlah yang sama di antara watak “baik” dan yang “tidak baik”. Tanya pada ahli kelas di bawah kumpulan manakah mereka berada. Jika anda ingin melakukan penambahan, jangan nyatakan nama watak tersebut dan biarkan ahli kelas anda untuk meletakkan watak kepada kumpulan berdasar kepada keterangannya tanpa membuat sebarang andaian.

 

Alternatif: Mungkin cara terbaik untuk memahami perbaktian ialah melaksanakannya. Minta setiap ahli kelas untuk menulis pada sekeping kertas apa yang dia lihat sebagai salah satu sifat Tuhan yang terpuji. Ambil sedikit masa untuk membaca senar tersebut dan memuji Tuhan secara bersama kerana apa yang Dia telah lakukan. Hal ini boleh dilakukan sama ada pada permulaan atau di akhir kelas.

About Sekolah Sabat Bahasa Melayu - Sabah

Penterjemah Sekolah Sabat untuk Misi SDA Sabah.
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s