Pelajaran 5 *23–29 Julai Berbahagialah Engkau, Hai Israel!

23 SABAT PETANG     

Bacaan Untuk Pelajaran Minggu Ini: Imamat 9; 10:1–11; Ulangan 33:26–29; 1 Samuel 1; 15:22, 23; Wahyu 20:9.     

Ayat Hafalan: “Celakalah mereka yang menyebutkan kejahatan itu baik dan kebaikan itu jahat, yang mengubah kegelapan menjadi terang dan terang menjadi kegelapan, yang mengubah pahit menjadi manis, dan manis menjadi pahit. Celakalah mereka yang memandang dirinya bijaksana, yang menganggap dirinya!” (Yesaya 5:20, 21).

Dalam budaya yang menumpukan kepada keperibadian individu, adalah mudah untuk melupakan apa yang sepatutnya sentiasa menjadi titik permulaan kepada semua perbaktian: perbuatan Tuhan dalam sejarah. Perbaktian yang tulen seharusnya respons yang muncul dari hati seorang Kristian kepada perbuatan agung Tuhan, baik dalam Penciptaan dan juga dalam Penebusan (sekali lagi, tujuan dalam perkhabaran malaikat pertama). Perbaktian sejati seharusnya datang dari respons kita kepada kasih Tuhan dan seharusnya membawa kesan kepada setiap ruang kehidupan kita. Pada akhirnya, perbaktian sejati bukan sekadar apa yang kita lakukan pada hari Sabat; ia seharusnya menyerap di seluruh ruang kehidupan kita dan bukan di dalam gereja sahaja.

                Khususnya dalam keinginan kita untuk menjadi relevan, adalah sangat mudah untuk mengubah tumpuan perbaktian kita hanya kepada dri kita sendiri, kepada keperluan, keinginan dan kemahuan kita. Walaupun kebaktian itu secara peribadi seharusnya sesuatu yang memuaskan, bahayanya datang dari cara kita berusaha mengalami kepuasan itu. Hanya dalam Tuhan, hanya dalam Dia yang telah mencipta dan menebus kita maka kita boleh mendapat kepuasan sebenar, seberapa yang mungkin diperolehi dalam dunia yang berdosa dan telah jatuh.

                Minggu ini kita akan mempelajari lebih lanjut kepada beberapa pelajaran mengenai perbaktian sejati yang kita boleh pelajari daripada sejarah bangsa Israel, sama ada daripada perkara baik yang telah berlaku dan juga dari perkara yang tidak baik.

      *Sila kaji pelajaran minggu ini untuk persediaan Sabat, 30 Julai.

AHAD       24 Julai

     

Pentahbisan      

            Tujuh hari masa pentahbisan telah berlalu (sila lihat Imamat 8). Pada hari ke lapan para imam memasuki pelayanan mereka yang kudus dalam khemah suci. Mereka akan memulakan satu pekerjaan yang akan bertersuan (bukan tanpa gangguan) selama 1,400 tahun, satu pekerjaan yang membayangi terlebih dahulu pekerjaan Kristus dalam sanktuari di Syurga, sanktuari sebenar yang Kristus sekarang melayani bagi pihak kita.

Sila baca Imamat 9. Apakah unsur yang mucul di sini, yang mengajar kita tentang perbaktian? Iaitu, apakah kebenaran yang di ajar oleh pelbagai bentuk ritual yang membantu kita memahami pekerjaan Tuhan untuk umat manusia dan mengapa kita menyembah Dia? Sebagai contoh, apakah yang diajar kepada kita oleh pekerjaan “pendamaian” tentang apa yang Tuhan telah lakukan untuk kita dan mengapa kita menyembah Dia?

            Ayat 22–24 secara khusus adalah menarik. Sukar untuk membayangkan apa yang telah berkisar dalam minda dan hati Musa dan Harun semasa mereka memasuki rumah suci lalu keluar hanya untuk melihat “kemuliaan Tuhan” muncul di hadapan semua khalayak ramai. Walaupun ayat itu tidak mengatakan secara khusus apa sebenar yang telah berlaku, namunterdapat banyak orang di sekitar perkhemahan ketika itu dan bagi mereka semua mereka yang menyaksikannya bermakna ia semestinya suatu yang menakjubkan. Mungkin kemuliaan itu dinyatakan oleh apa yang terjadi seterusnya: “Dan keluarlah api dari hadapan TUHAN, lalu menghanguskan korban bakaran dan segala lemak di atas mezbah. Tatkala seluruh bangsa itu melihatnya, bersorak-sorailah mereka, lalu sujud menyembah” (Imamat 9:24).

            Khemah Suci sudah ditahbiskan dan para Imam ditahbiskan kepada pelayanan kebaktian yang kudus. Api suci turun sebagai tanda bahawa korban persembahan itu sudah diterima. Umat itu menyahut serentak – dengan sorakan pujian dan tunduk menyembah dalam kerendahan diri di hadapan hadirat Tuhan yang kudus. Apa yang kita lihat di sini merupakan satu penghormatan yang tinggi, perasaan kagum, dan penurutan; setiap perincian dari perintah Tuhan itu dituruti, dan Tuhan menunjukkan penerimaanNya kepada apa yang mereka telah lakukan.

Perhatikan tindakan mereka: mereka bersorak-sorai dan tunduk menyembah. Betapa sungguhnya sekalipun seluruh upacara itu, namun reaksi mereka adalah suatu yang penuh hormat, sukacita dan rasa takut-semua pada masa yang sama. Bagaimanakah kita dapat menyatakan jenis penghormatan dan sukacita yang sama ini dalam upcara kebaktian kita sendiri?

 

ISNIN        25 Julai

Api Datang Di Hadapan Tuhan

            “Dengan dibantu oleh anak-anaknya yang lelaki, Harun mempersembahkan korban yang dituntut oleh Tuhan dan dia mengangkat tangannya serta memberkati bangsa itu. Semua telah dilakukan seperti yang diperintahkan oleh Tuhan dan Dia telah menerima korban itu serta menyatakan kemuliaanNya dalam cara yang menakjubkan; api turun dari Tuhan dan menghanguskan korban persembahan yang di atas mezbah. Umat itu melihat kepada pernyataan indah tentang kuasa Ilahi ini dengan terpegun dan minat yang mendalam. Mereka melihat di dalamnya satu tanda mengenai kemuliaan dan kebaikan Tuhan dan mereka menyuarakan satu seruan pujian dan penyembahan menyeluruh sambil mereka tunduk menyembah seolah-olah mereka berada benar-benar di hadapan Yahweh.”—Ellen G. White, Patriarchs and Prophets, ms. 359.               

            Adalah sukar untuk mempercayai bahawa setelah suatu peristiwa yang sangat dramatik berlaku maka satu kejatuhan yang dahsyat akan serta merta menyusul. Seseorang mungkin berpendapat bahawa dengan pernyataan kuasa Tuhan yang sangat hebat itu maka semua bangsa, terutamanya para imam (kuhsusnya para imam yang terhormat seperti mereka ini) akan pasti menjadi penurut. Betapa aibnya kita dalam keserbakurangan andaian tentang betapa buruknya hati manusia, khususnya hati kita!

Sila baca cerita mengenai Nadab dan Abihu dalam Imamat 10:1–11. Siapakah mereka ini? Apakah dosa mereka? (Bandingkan Keluaran 30:9, Imamat 16:12, 10:9). Selepas apa yang baru berlaku dalam fasal sebelum ini, apakah unsur-unsur nyata yang terdapat dalam cara mereka mati? Apakah pelajaran Injil penting yang boleh kita ambil dari cerita yang menyedihkan ini?

            Kata-kata Ibrani dalam Imamat 9:24 dan 10:2 adalah sama: “Dan  keluarlah api dari hadapan TUHAN, lalu menghanguskan” . . . (9:24). Menghanguskan apa? Dalam hal yang pertama ia menghanguskan korban persembahan; bagi hal yang kedua ialah orang berdosa. Betapa suatu paparan berkuasa tentang rencana keselamatan. Ketika di Salib, “api dari hadapan Tuhan,” iaitu murka Tuhan telah “menghanguskan” persembahan, iaitu Yesus. Dengan demikian, semua mereka yang meletakkan imannya dalam Dia tidak perlu lagi berhadapan dengan api kerana seorang pengganti telah lakukan hal itu untuk mereka. Namun mereka, yang sama seperti para imam ini, yang telah menolak cara Tuhan dan melakukan cara sendiri  akan berhadapan dengan api tersebut (Wahyu 20:9). Kemuliaan yang telah dinyatakan di Salib adalah juga kemuliaan yang sama yang akhirnya akan memusnahkan dosa. Betapa nyata dan jelas pilihan yang berada di hadapan kita.

            Dalam pengertian lain, jika anda memikirkannya, api adalah api. Apakah bezanya? Jelas sekali bahawa dalam hal ini dalam hal ini perbezaannya adalah besar. Sila fikirkan bukan sahaja cara anda berbakti tetapi mengenai kehidupan anda secara umum. Jika ada, apakah “api ganjil” yang mungkin anda perlu padamkan dalam kehidupan anda?

 

SELASA    26 Julai

Berbahagialah Engkau, Hai Israel

            Sila gambarkan babak tersebut: Musa, hamba yang setia, ditegur oleh Tuhan kerana kemarahannya, berdiri di hadapan bangsa Israel (Bilangan 20:8–12).

            Selepas itu, Musa menyedari bahawa tidak lama lagi dia akan mati. Betapa mudah baginya untuk bergelumang dalam rasa kesal diri dan kekecewaan. Namun begitu, fikirannya hanyalah untuk umatnya dan masa depan yang mereka akan hadapi. Ketika berdiri kali terakhir di hadapan umat itu sebagai pemimpin mereka, Musa di bawah inspirasi Roh Kudus melafazkan berkat kepada setiap suku. Lalu dia mengakhiri dengan doa perestuan.

Sila baca Ulangan 33:26–29. Apakah yang Musa sedang katakan di sini yang boleh membantu kita lebih memahami apa maknya untuk menyembah Tuhan? Apakah kebenaran, apakah prinsip yang boleh kita serapkan sementara kita berusaha mempelajari lebih banyka mengenai perbaktian yang sejati?

            Perkataan Yeshurun merupakan satu istilah puisi bagi Israle (sila lihat Ulangan 33:5, 26). Ia berasal dari kata dasar (yashar) yang bererti “jujur” atau “tegak,” bukan sekadar secara fizikal tetapi juga secara moral. Ayub disebutkan (Ayub 1:1) sebagai “saleh dan jujur” (dari perkataan yashar); lihat juga Mazmur 32:11, 97:11, dan  Amsal 15:8. Oleh yang demikian, Musa sedang berbicara mengenai bagaimana umat Tuhan dengan sesuai bertingkahlaku sebenarnya, iaitu mereka yang sudah memasuki ke dalam satu perjanjian perhubungan dengan Dia.

            Sebagaimana selalunya, tumpuan utama di sini ialah terhadap tindakan Tuhan bagi pihak umatNya. Semua perkara yang akan terjadi ke atas Israel – kemenangan ke atas musuh, keselamatan fizikal, keselamatan dari dosa dan buah-buah dari tanah itu – adalah milik mereka kerana apa yang Tuhan telah lakukan untuk mereka. Betapa pentingnya bagi mereka untuk tidak melupakan kebenaran yang penting ini. Di antara banyak perkara yang perbaktian boleh lakukan untuk kita ialah bahawa ia boleh menjadi peringatan tetap terhadap apa yang “Tuhan bagi orang Yesyurun” telah lakukan untuk kita. Pujian, penyembahan dan pemujaan – boleh membantu kita dalam jangka panjang untuk sentiasa menumpukan kepada Tuhan dan bukan kepada diri kita sendiri dan masalah kita.

            Fikirkan mengenai semua alasan untuk anda dalam memberikan pujian dan beribadah kepada Tuhan. Mengapakah sangat penting untuk sentiasa mengingati semua berkat-berkat, semua yang Dia telah lakukan bagi pihak anda sepanjang masa? Jika tidak demikian, seberapa mudahkan anda boleh terperangkap dalam keputusasaan?

RABU        27 Julai

Satu Sifat Berserah

            Dalam Alkitab, ibadah itu merupakan satu urusan yang serius. Ia bukan satu hal yang berkaitan dengan citarasa peribadi dan bukan juga suatu hal yang berkaitan dengan hal-gal seseorang atau mengikuti kecenderungan seseorang. Walaupun selalunya terdapat bahaya terjatuh ke dalam ritual mati dan tradisi yang menjadi matlamat kendiri dan bukan alat untuk mencapai matlamat itu – dan bahawa matlamat tersebut ialah penyembahan sejati kepada Tuhan dalam cara yang akan mengubah kehidupan kita dan membawa keadaan kita sesuai dengan kehendak dan tabiatNya (Galatia 4:19)-kita harus berhati-hati agar tidak membiarkan peninggian diri sendiri, kepuasan yang bersifat dosa serta keinginan memuliakan diri untuk menentukan cara kita beribadah.

            Kini kita melompat beberapa tahun kemudian dalam sejarah bangsa Israel dan membaca satu cerita sederhana yang boleh membantu menerangkan kepada kita bagaimana perbaktian sebenar itu boleh dinyatakan dalam hati jiwa yang bertaubat.    

Sila baca 1 Samuel 1, sebuah cerita mengenai Hana. Apakah yang kita boleh pelajari dari pengalamannya yang boleh menolong kita memahami makna ibadah dan cara kita seharusnya beribadah kepada Tuhan?

            Sejauhmana sekalipun kita mesti ingat bahawa Tuhan sendiri seharusnya menjadi tumpuan penyembahan kita, namun kita tidak menyembah Tuhan dalam vakum (keadaan kosong). Kita tidak menyembah suatu mahkluk abstrak yang berada terlalu jauh; kita menyembah Tuhan yang telah mencipta dan menebus kita dan yang berinteraksi dengan hal ehwal manusia. Kita menyembah Tuhan yang berperibadi yang turut campur tangan dalam hal kehidupan kita dengan cara yang paling intim, cara yang boleh menolong kita dengan keperluan kita yang paling mendalam jika kita membiarkan Dia berbuat demikian.

            Hana menyembah Tuhan dari rongga jiwanya yang paling dalam. Dalam pengertian lain, kita adalah sama dengan Hana. Kita semua mempunyai keperluan yang paling dirasai dan mendalam yang kita sendiri tidak dapat memenuhinya. Hana telah datang kepada Tuhan dalam sifat penyerahan diri yang sepenuhnya (Kerana, berapakah besarnya penyerahan diri yang seseroang boleh temukan selain daripada orang yang rela menyerahkan anak sendiri?). Kita boleh dan seharusnya datang kepada Tuhan dengan keperluan kita; tetapi kita harus sentiasa membuat keperluan kita itu lebih rendah daripada panggilan Tuhan dalam hidup kita. Perbaktian sejati harus mengalir dari hati yang lebur, yang sedar sepenuhnya tentang ketidakberdayaan sendiri dan kebergantungan kepada Tuhan.

Apakah tempat-tempat dalam diri anda yang telah remuk? Bagaimanakah anda boleh belajar untuk menyerahkannya kepada Tuhan?

KHAMIS            28 Julai

Ibadah dan Penurutan

            “Tetapi jawab Samuel: ‘Apakah TUHAN itu berkenan kepada korban bakaran dan korban sembelihan sama seperti kepada mendengarkan suara TUHAN? Sesungguhnya, mendengarkan lebih baik dari pada korban sembelihan, memperhatikan lebih baik dari pada lemak domba-domba jantan. Sebab pendurhakaan adalah sama seperti dosa bertenung dan kedegilan adalah sama seperti menyembah berhala dan terafim. Karena engkau telah menolak firman TUHAN, maka Ia telah menolak engkau sebagai raja” (1 Sam. 15:22, 23).

Sila baca petikan ayat di atas. Apa prinsip penting yang boleh kita ambil dari ayat ini tentang apa yang merupakan suatu penyembahan yang benar? Tentang apakah yang kita diingatkan olehnya? Bagaimanakah kita  What does it warn us against? Bagaimanakah kita boleh memastikan bahawa kita tidak melanggar amaran yang diberikan kepada kita oleh ayat ini?

                Ayat-ayat tersebut terungkap dalam konteks kejatuhan dan kemurtadan Saul yang berterusan, raja Israel yang pertama. Saul seharusnya menyerang dan memusnahkan sepenuhnya (istilah Ibrani bererti “didedikasikan untuk kehancuran”) setiap orang dan setiap ternakan. Tuhan bercadang menggunakan Israel untuk membawa penghukuman ke atas bangsa yang jahat, iaitu bangsa Amalik yang dalam belas kasihannya telah dibiarkan selama tiga abad. Di sebalik arahan-arahan nyata tentang apa yang harus dilakukan, secara terbuka Saluh mengingkari (1 Samuel 15:1–21), dan sekarang dia akan menerima akibat daripada tindakannya. Jawapan Samuel kepada Saul dalam ayat 22 dan 23 menolong kita memahami apa makna ibadah sejati itu sebenarnya.

  1. Tuhan lebih inginkan hati kita daripada persembahan kita. (Jika Dia benar-benar memiliki hati kita, maka persembahan itu akan menyusul.)
  2. Penurutan itu lebih menyenangkan kepadaNya daripada korban. (Penurutan adalah cara kita untuk menunjukkan makna pada korban persembahan itu sebenarnya.)
  3. Kedegilan, berkeras untuk mengikuti cara sendiri merupakan suatu bentuk berhala kerana kita mendewakan diri kita sendiri, keinginan dan pandangan kita.

            Biarkan Roh Kudus berbisik ke dalam hati anda sementara anda bertanya pada pada diri sendiri soalan berikut” Ruang manakah dalam kehidupan saya maka saya mungkin memilih untuk menuruti keinginan dan pandangan saya sendiri dan bukan membiarkan Tuhan memimpin saya? Apakah penerapan yang saya boleh lakukan kepada ibadah saya dari contoh Saul dan anggapannya yang membahayakan?

JUMAAT 29 Julai

Kajian Selanjutnya: Sila baca Ellen G. White, “The Sin of Nadab and Abibu,” ms. 359–362; “The Presumption of Saul,” ms. 616–626, dalam Patriarchs and Prophets.

            “Tuhan telah melafazkan kutuk ke atas orang yang membelakangkan perintah-perintahNya, dan tidak membezakan antara hal-hal biasa dan hal-hal kudus.”—Ellen G. White, Patriarchs and Prophets, ms. 360.

            “Anggapan [Saul] yang membahayakan harus dikaitkan dengan sihir kesyaitanan. Saul telah menunjukkan semangat jitu dalam membenteras penyembahan berhala dan ilmu sihir; namun dalam keingkarannya terhadap perintah Ilahi maka dia telah digerakkan oleh semangat menentang yang sama kepada Tuhan dan sebenarnya telah didorong oleh Syaitan sama seperti halnya dengan mereka yang mempraktikkan ilmu sihir; apabila ditegur maka dia telah menambahkan kedegilan kepada pemberontakan. Penghinaan yang diberikannya terhadap Roh Tuhan adalah yang lebih besar daripada seandainya secara terbuka dia bersatu dengan penyembah berhala.”—Ellen G. White, Patriarchs and Prophets, ms. 635.

Soalan Perbincangan:

  1. Menagakah sangat penting dalam perbaktian untuk benar-benar membuat Kristus sebagai pusatnya? Betapapun halus caranya, apakah lagi hal-hal lain yang muncul dan mengalihkan tumpuan kita daripada Tuhan ketika kita sedang berbakti? Dalam cara apakah kemungkinan kita berada dalam bahaya ketika menggunakan Tuhan atau nama Tuhan dalam pujian dan nyanyian sebagai sekadar satu alasan untuk suatu kebaktian yang berlainan?
  2. Apakah cara yang kita boleh bersifat  hipokrit dalam perbaktian? Iaitu, apakah yang ia katakan tentang diri kita apabila kita berada di luar gereja itu sendiri kelakuan kita berlainan dan apabila berada di dalam gereja kita penuh dengan pujian, pemujaan dan ibadah? Walaupun tiada di antara kita yang sempurna, bukankah cara hiudp kita harus berkaitan dengan cara ibadah yang kita amalkan? Menyedihkan bahawa sesetengah orang pergi ke gereja, “berbakti,” lalu pulang dan mendera suami/isteri dan anak-anak mereka atau terlibat dalam tingkah laku yang tidak baik. Bagaimanakah amalan seumpama ini menghina perbaktian kita?
  3. Sila kembali kepada ayat hafalan untuk minggu ini dan serapkannya dalam konteks kebaktian. Bagaimanakah kita dapat pastikan bahawa kita tidak melakukan apa yang kita diingatkan mengenainya di sini?
  4. Bagaimanakah anda boleh pelajari dengan lebih baik “seni” kebaktian dan “seni” menyerahkan diri kepada Tuhan? Bagaimanakah anda boleh belajar untuk membawa diri lebih dekat kepada Tuhan  dalam masa peribadi dan perbaktian anda?

 

Ringkasan Pelajaran

Ayat Utama: Yesaya 5:20, 21

Pelajar Akan:

Mengetahui: Mengenalpasti perbezaan di antara perbaktian yang berpusat pada diri sendiri dan perbaktian yang berpusat pada Tuhan.

Merasakan: Memupuk sifat menyerah diri dan penurutan dalam perbaktian.

Melakukan: Tunduk kepada kehendak dan cara Tuhan dan bukan mengganti tuntutanNya dengan idea dan cara kita.

 

Garis Panduan Pembelajaran:

I. Mengetahui: Perbaktian Yang Berpusat Pada Tuhan

  1. Mengapakah sangat penting untuk mengenali cara Tuhan membezakan di antara hal yang kudus dan hal yang umum?
  2. Apakah contoh dalam Kitab Suci yang menerangkan akibat dalam menggantikan tuntutan Tuhan dalam hal perbaktian dengan cara dan gaya kita sendiri?
  3. Mengapakah langkah-langkah drastik yang Tuhan ambil terhadap Nadab dan Abihu sangat penting pada ketika ini dalam pembangunan konsep perbaktian bangsa Israel?
  4. Mengapakah Tuhan menolak kepimpinan Saul dan menarik balik kerajaan itu daripadanya?

II. Merasakan: Penurutan Di Sebalik Korban Persembahan

  1. Bagaimanakah tingkah laku Hana dalam perbaktian berbeza dengan tingkah laku Saul? (Sila lihat  1 Samuel 1 dan 1 Samuel 15.)
  2. Bagaimanakah tabiat Nadab dan Abihu terhadap perbaktian sama dengan tabiat Saul? (Sila lihat  1 Samuel 15 dan Imamat 10.)
  3. Apakah tabiat yang penting untuk dipelihara dalam perbaktian dan mengapa?

III. Melakukan: Bukan Kehendakku Melainkan KehendakMu

  1. Di manakah kita mendapati pencubaan terbesar dalam melakukan hal-hal kita sendiri dan bukan berserah kepada kepimpinan Tuhan?
  2. Apakah yang harus kita lakukan untuk menumpukan kepada Tuhan dan bukan kepada dirikita sendiri semasa kebaktian?

Ringkasan: Apabila mereka menuruti arahan jelas Tuhan dalam perbaktian, Israel telah diberi ganjaran melalui kehadiranNya. Mereka yang menggantikan cara Tuhan dengan cara mereka sendiri menemui akibat yang merugikan.

 

Cara Pembelajaran                          

 

LANGKAH 1-Mendorong

KUNCI UTAMA UNTUK PERTUMBUHAN ROHANI: Tuhan bukan suatu makhluk bayangan yang kita boleh bentuk sesuai dengan citarasa kita. Terdapat cara yang dinamik dan memuaskan untuk menyembah dan melayani Tuhan dan juga cara berbentuk layan-diri. Apabila kita berbakti, marilah kita meletakkan Tuhan terlebih dahulu daripada keinginan dan pendapat kita sendiri.

Hanya Untuk Guru: Tekankan hakikat bahawa mengasihi Tuhan bererti menunjukkan bahawa kasih itu melalui penurutan, satu keinginan untuk menyenangkan Dia dan satu keinginan untuk mencaritahu apa yang terlibat sama dalam kasih tersebut.

            Kita semua mungkin telah melalui pengalaman di mana pendapat dan pilihan kita dianggap seolah-olah ianya tidak penting. Contohnya, pernahkah anda ditanya apa yang anda inginkan sebagai hadiah harijadi atau Krismas dan hanya menerima sesuatu yang anda tidak minta atau sesuatu yang jelas menunjukkan bahawa orang yang memberikan hadiah tersebut tidak mengambil masa untuk mencarinya? Bagaimanakah perasaan anda mengenainya? Ia jelas menunjukkan bahawa pandangan itu seharusnya diambil kira tetapi tidak dilakukan. Bukankah hal ini suatu yang lebih menyedihkan jika ia datang dari seseorang yang mengaku sebagai mengasihi atau menghormati anda?

            Pada beberapa minggu sebelum ini kita telah mempelajari makna pada perbaktian yang sebenar, perbaktian yang timbul dari hati yang benar-benar ditahbiskan kepada Tuhan dan satu keinginan untuk mempelajari dan melakukan kehendaknya. Tetapi berapa kerapnya kita mengabaikan apa yang Dia mahu dari kita dan sekadar memberikan kepadaNya apa yang kita fikir Dia harus terima atau apa yang kita rela berikan? Tuhan inginkan jiwa, minda dan penurutan kita. Kurang daripada itu tidak akan memadai.

 

Perhatikan Hal Ini: Bagaimanakah anda boleh menunjukkan kasih anda kepada Tuhan melalui penurutan?

 

LANGKAH 2-Mengkaji

Hanya Untuk Guru: Tekankan hakikat bahawa mengasihi Tuhan bererti menolak apa yang tidak menyenangkan Dia. Dari sudut positif, menyenangkan Tuhan seharusnya menjadi suatu yang lebih penting bagi kita daripada hal-hal lain termasuklah kejayaan duniawi.

 

Ulasan Alkitab

A. Yesaya dan Sukatan Nilai yang Menurun (Imbas kembali  Yesaya 5:18–23.)

            Telah dikatakan bahawa realiti adalah suatu yang tidak akan hilang walaupun anda berhenti mempercayainya. Kebanyakan di antara kita sentiasa bersedia menerima hakikat ini apabila ia berkaitan dengan kereta yang sedang bergerak di hadapan, cendawan yang beracun dan ular yang berbisa. Jika seseorang telah dipatuk oleh ular berbisa, dengan mengatakan bahawa ular itu tidak berbisa tidak akan mengubah keadaan si mangsa. Tiada juga terdapat sebarang perbahasan sama ada sesuatu benda itu pahit atau manis dengan bersandarkan kepada suatu bentuk perbezaan budaya. Contohnya, orang Cina akan menganggap bahawa teh itu adalah manis sementara ramai orang Barat menganggapnya sebagai pahit. Namun demikian, reaksi terhadap rasa yang dianggap sebagai pahit adalah serta-merta, dan sepenuhnya mengelakkan daya “rasional” yang congkak. Tiada sesiapapun yang bersifat relativis ketika berada dalam kegelapan, terutamanya apabila diberikan lampu suluh.

            Oleh yang demikian, dalam hal sebenar, tidak ada perbahasan tentang hal yang manis atau pahit, atau gelap lawan terang. Bagaimanakah pula dengan hal tentang baik dan jahat, benar atau salah? Kebanyakan di antara kita memiliki skala, di mana seorang diktator kejam di satu hujung kejahatan dan kemungkinan seorang yang bersifat seperti Mother Teresa di hujung yang bertentangan. Tetapi di antaranya, kita cenderung berada dalam skala yang menurun, terutamanya jika “semua oarng melakukannya,” atau lebih-lebih lagi jika kita atau mereka yang dalam lingkungan kita melakukannya. Kita tahu membezakan benar dan salah, tetapi yang benar itu hanya sedikit sahaja. Jika kita sendiri tidak melakukannya – apapun “hal” yang dilakukan – mungkin kita merasa sedikit teruja dan selesa untuk mewajarkan atau mengabaikannya.

            Dalam ayat ini Yesaya menembusi terus kepada inti hal yang dimaksudkannya. Celakalah mereka yang menyebutkan kejahatan itu baik dan kebaikan itu jahat, satu perbezaan nyata yang seharusnya menjadi nyata dan penting bagi kita sama seperti gelap lawan terang. Perhatikan bahawa dia sama sekali tidak menyebut orang yang melakukan kejahatan dalam ayat ini. In this passage Isaiah cuts right to the heart of the matter. Woe to those who call good evil, and evil good, a distinction that should be as real and important to us as darkness versus light. Notice that he doesn’t mention people who do evil in this passage at all. Dia merujuk kepada mereka yang mewajarkan kejahatan atau yang enggan mengakui wujudnya jahat dan baik.

Perhatikan Hal Ini: Dari manakah datangnya piawaian anda bagi perbaktian atau kehidupan itu sendiri? Mengapakah hal itu penting untuk didasarkan kepada Tuhan dan bukan didasarkan kepada apa yang orang lain lakukan dan fikirkan sebagai benar, atau sekurang-kurangnya apa yang mereka fikirkan sebagai “tidak begitu jahat”?

II. Penurutan Lebih Penting Daripada Hasil (Imbas kembali  Numbers 20:8–12 bersama kelas anda.)

            Ramai pembaca dan pengkaji Alkitab tertanya-tanya mengapa hukuma Tuhan ke atas Musa dan turutan persitiwa yang dicatatkan dalam ayat ini terlalu kejam. Musa merupakan seorang pemimpin yang penuh dedikasi kepada umat yang seringkali bersifat bengis dan keras kepala. Dia telah berhadapan dengan penentangan dan keganasan yang sudah pasti boleh menyebabkan seseorang yang lemah semangat berteriak sambil melarikan diri di tengah malam dan tidak akan kembali lagi. Setelah semua hal ini, umat yang sama ini, yang telah dipimpinnya dan dibekalkannya, telah menuduh dia sebagai tidak tahu apa yang dia lakukan dan yang membawa mereka melalui pengembaraan maut yang tidak menentu. Lalu Musa telah menjadi marah dan di sebalik berbicara kepada batu tersebut, dia telah memukulnya. Apakah yang telah terjadi?

            Ia tetap menjadi juga. Air keluar dari batu itu sama seperti sekiranya Musa telah menuruti arahan sebagaimana yang dinyatakan. Tetapi kita juga tidak membaca mengenai sebarang rungutan atau penentangan dari umat itu dalam ayat seterusnya. Musa telah menutupi mulut mereka. Apakah lagi tindakan yang lebih baik daripada hal itu?

            Apa yang ditunjukkan melalui akibatnya ini ialah bahawa Tuhan boleh membawa hasil yang positif daro kesilapan dan keingkaran kita. Dia adalah pengasihan dan memandang ke arah yang jauh. Namun, apa yang tidak dimaksudkan oleh hal ini ialah bahawa kita membiarkan diri kita menuruti keinginan dan perasaan kita – sama ada dalam kehidupan, pelayanan atau perbaktian— melakukan suatu yang kelihatan benar pada saat itu tanpa mengira apa yang terbaik dalam pandangan Tuhan. Tuhan akan membiarkan kita mengecapi kejayaan di sebalik kejahilan dan kegagalan kita tetapi Dia menjangka agar kita belajar semasa minda kita semakin menjadi sama dengan mindaNya. Musa bersemuka dengan Tuhan ketika berbicara denganNya. Kita harus berusaha bukan sekadar terhadap apa yang cukup untuk mencapai matlamat kita tetapi kehendak Tuhan yang baik dan sempurna dalam segala hal.

Perhatikan Hal Ini: Ketika Tuhan memberkati kita dan memberikan kita pengetahun yang lebih lengkap tentang rencana dan sifatNya, Dia berharap lebih banyak dari kita. Jika kita berkata bahawa kita ingin mengenali Tuhan dan rencanaNya, bagaimanakah kita harus merangka hidup kita untuk mencapainya?

 

LANGKAH 3-Menerapkan

Hanya Untuk Guru: Sila gunakan pertanyaan dan latihan berikut untuk menekankan perlunya memakai juba kebenaran Kristus agar dapat didamaikan dengan Tuhan.

Soalan Renungan:

  • Dalam Ulangan 33:5, 26, Musa merujuk kepada bangsa Isarel sebagai umat yang “jujur,” “benar” secara literal (dalam bahasa Ibrani ialah “Jeshrun”). Tetapi kita tahu dari catatan sejarah bahawa mereka sering bertindak dalam cara yang sama sekali tidak kelihatan benar. Dari semua orang sudah tentu Musa mengetahui hal itu. Oleh yang demikian, mengapakah dia merujuk kepada mereka sebagai benar? Apakah yang disingkapkan oleh hal ini tentang cara Tuhan memandang kepada kita atau mengenai apa yang boleh terjadi dengan kita?
  • Kecenderungan semulajadi kita sebagai manusia ialah menumpukan kepada dosa-dosa khusus yang mungkin kita anggap sebagai sangat keji dan yang (selalunya) kita tidak lakukan secara peribadi. Kita boleh melihat hal ini dalam perjuangan moral yang sering mewarnai landskap politik kita. Dalam 1 Samuel 15:22  kita telah diberitahu bahawa pemberontakan (sebarang tindakan yang diketahui tentang keingkaran kepada Tuhan) adalah sejajar dengan salah satu dosa yang paling besar dan menjolok: iaitu ilmu sihir. Apakah yang hal ini katakan tentang jarak di antara piawai Tuhan dan piawai kita yang sering bersifat cetek?

Soalan Penerapan:

  • Walaupun kita semua adalah orang berdosa, namun Tuhan sentiasa berdiri dan bersedia untuk menganggap seolah-olah kita benar. Bagaimanakah kita dapat menunjukkan dengan terbaik rasa kesyukuran kita kepada penerimaan Tuhan terhadap kita dalam Kristus?
  • Kita tidak mengetahui semua keadaan pada persembahan Nadab dan Abihu yang terdiri daripada “api yang asing” dalam Imamat 10:1–3. Adakah mereka bersikap angkuh atau mencemar dengan sengaja atau adakah mereka berpendapat bahawa apa yang mereka telah lakukan itu adalah benar? Akhirnya, dengan mengetahui jawapan tersebut tidak akan mengubah ceritanya. Mereka meletakkan kaedah dan piawai mereka sendiri mengatasi apa yang Tuhan tetapkan. Bagaimanakah kita melindungi diri kita daripada melakukan perkara yang sama walaupun akibatnya jarang sekali tiba dengan cepat dalam dunia masa kini?

 

LANGKAH 4-Mewujudkan

Hanya Untuk Guru: Aktiviti berikut bertujuan untuk membantu kita agar menumpu kepada pelbagai alasan yang ada pada kita untuk bersyukur kepada Tuhan kerana pimpinanNya.

            Sebagai umat Kristian kita percaya kepada Tuhan yang bertindak selama ini dalam sejarah. Bukan sahaj dalam hal itu – seperti yang disebutkan dalam Alkitab dan buku teks sejarah – tetapi bertindak dalam kehidupan kita juga. Kebanyakan di antara kita mungkin pernah merasa bahawa Tuhan sedang cuba memberitahu kita sesuatu walaupun bukan dalam cara yang literal serta boleh didengar.

            Sila tanya ahli kelas jika mereka pernah sedar ketika Tuhan berkomunikasi dengan mereka tentang kehidupan mereka atau tentang tindakan yang hendak dilakukan. Bagaimanakah mereka bertindak balas? Adakah mereka menurutinya? Adakah mereka mengabaikannya? Apakah akibatnya?

 

Alternatif: Sila tumpukan kepada perbaktian. Gunakan papan tulis atau kertas carta untuk aktiviti ini. Akui bahawa Tuhan berbicara kepada pelbagai manusia dalam pelbagai cara tetapi bahawa terdapat sifat-sifat berbeza terhadap perbaktian sejati yang akan membawa kepada penurutan. Apapun rupabentuknya dari luar, apakah yang seharusnya dirangkumkan dalam perbaktian seumpama ini? Sila tuliskan jawapan yang diberikan oleh ahli kelas. Apakah yang dinayatakan oleh jawapan tersebut tentang tingkah laku kita terhadap Tuhan? Tentang perbaktian? Tentang diri kita sendiri?

About Sekolah Sabat Bahasa Melayu - Sabah

Penterjemah Sekolah Sabat untuk Misi SDA Sabah.
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s